Sudah semestinya saat paling membahagiakan bagi seorang ibu selepas melahirkan anak adalah ingin melihat dan menyentuh wajah anak dilahirkan dengan selamat. Tapi berbeza pula dengan nasib ibu ini dimana beliau tidak dapat melihat wajah kesayangan kerana mengalami koma selepas bersalin dalam tempoh masa yang lama.
KOMPLIKASI KETIKA C-SECTION
Nur Fadilla atau lebih dikenal dengan Mokla (28), sebagaimana diceritakan dalam status Facebook, mengalami komplikasi ketika melahirkan anaknya yang pertama ketika operasi caesar (C-Section) pada 18 November tahun lalu selepas baru sahaja 6 hari lebih ‘due’ bersalin.
Semasa proses pembedahan C-Section, Moklah mengalami komplikasi dan jantungnya berhenti seketika. Walaubagaimanapun, selepas 10 minit nadi Mokhla kembali dan anaknya selamat dilahirkan. Namun apa yang menyedihkan pihak perubatan adalah Mokhla mengalami koma kerana bekalan oksigen yang tidak cukup di otaknya.
JUMPA ANAK SELEPAS 5 BULAN KOMA
Selepas 5 bulan, pada tanggal 2 April, Mokhla akhirnya sedar dari koma dan berhasrat untuk bertemu dengan anaknya.
Perkongsian gambar ini di laman Facebook menjadi viral dan mendapat lebih dari 1,500 shares. Ternyata orang ramai bersyukur kerana si ibu ini dapat melihat anaknya dan berdoa supaya kembali sihat seperti sediakala.
Sumber: Hasirah Nujiey