Nur

Betul Ke 12 Amalan ‘Viral’ Sempena Awal Muharram Ini Digalakkan? Ini Jawapan Mufti

1
SHARES
amalan awal muharram

Bulan Muharram merupakan bulan dalam kalendar Islam apabila sambutan Maal Hijrah dilakukan. Ini bermaksud ‘Tahun Baharu’ dalam Islam dan semestinya menjadi detik yang dinantikan untuk melaksanakan ibadah dan amalan awal Muharram.

Seperti yang sering diulangi ramai, antara amalan yang digalakkan adalah berpuasa, memakai celak, dan memotong kuku. Namun, ada juga yang bertanya adakah semua amalan ini digalakkan untuk mendapat pahala atau saja-saja diadakan? Berikut merupakan jawapan Mufti.

Baca juga: Ini Sebab Jarang Mimpi Mak Ayah Yang Sudah Meninggal, Bila Tahu Undang Sebak…

ADAKAH AMALAN AWAL MUHARRAM INI SEMUA PERLU DILAKUKAN?

amalan awal muharram

SOALAN:

Assalamualaikum wrt wbt. Moga admin dan group dirahmati dan diberkatiNya.. Saya ada satu soalan:

10 Muharram 1438H merupakan Hari Asyura. Antara amalan yang digalakkan untuk kita amalkan termasuklah:

* Melakukan sembahyang sunat

* Berpuasa

* Menghubungkan silaturrahim

* Bersedekah

* Membersihkan diri (mandi sunat)

* Memakai celak (bagi lelaki)

* Menziarahi orang-orang alim

* Menziarahi orang-orang sakit

* Menyapu kepala anak-anak yatim

* Meluaskan makanan kepada ahli keluarga

* Memotong kuku

* Membaca surah al-Ikhlas 1000x

Ini antara yang diviralkan setiap kali datangnya bulan muharram. Persoalan benarkah amalan-amalan di atas antara yang digalakkan ketika bulan muharram?

Jazakumullahu khairan kathira.

JAWAPAN:

Menurut jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan, berpuasa pada Hari Asyura sememangnya digalakkan, disertai dengan hari sebelum dan selepas berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW.

Amalan-amalan lain yang disebutkan pada asalnya hukum melaksanakan ialah sunat dan berpahala berdasarkan hadis-hadis lain bersikap umum. Mungkin juga itu adalah amalan para ulama zaman silam. Tidak ada masalah untuk melakukannya selagi mana tidak disandarkan kepada Nabi SAW seperti fadilat khusus di dalam Hari Asyura.

Seperti mana yang diketahui bulan Muharram termasuklah dalam senarai bulan-bulan haram, justeru amalan baik akan dilipat gandakan pahalanya.

amalan awal muharram

*Jadi, ayuh kita ‘renew’ amalan dan terus meningkatkan semua ibadah sempena tahun baharu ini!

Baca juga: Terkena Percikan Air Kencing Tak Cuci Habis Sebelum Wuduk Boleh Jadi Punca Seksa Kubur

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×