Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak gemar anak-anaknya bermain kotor kerana takut akan dijangkiti pelbagai kuman. Namun sebenarnya, ada manfaat anak bermain kotor yang mungkin anda belum ketahui.
Kalau anda nak tahu anak yang bermain dan terdedah dengan kotoran akan membantu sistem kekebalan tubuh badannya. Menarik bukan? Jom baca dengan lebih lanjut!
Baca juga: Panggil 10x Si Kecil Tak Menoleh Pun, Mak Ayah Kena Risau Ini Tanda Hilang Pendengaran!
MANFAAT ANAK BERMAIN KOTOR
1. MENINGKATKAN FUNGSI OTAK
Kanak-kanak yang terdedah dengan kotoran seperti lumpur akan membantu meningkatkan fungsi kognitif. Di mana, mereka akan merasai pelbagai rangsangan yang berbeza seperti:
- rumput yang basah
- hembusan angin
- batu yang kasar
- lumpur yang kotor
Fungsi kognitif berkaitan dengan kecerdasan otak. Ibu bapa mana yang tidak mahu anak membersar dengan cerdas bukan?
2. MENGENAL ALAM DENGAN LEBIH DEKAT
Manfaat bermain di luar akan memberikan ilmu berguna mengenai hidupan lain kepada si manja. Flora dan fauna yang terdapat di sekeliling tidak terhitung banyaknya seperti serangga, haiwan dan tanaman liar.
Sewaktu muda belia inilah waktu yang sesuai untuk anak belajar hal berkaitan alam kerana minda mereka yang mudah menyerap ilmu. Selagi anak-anak di bawah pengawasan ibu bapa, maka anda tidak perlu risau.
3. MENJAGA SISTEM KEKEBALAN TUBUH
Penemuan menarik dari ABC Quality menjelaskan, anak bermain kotor akan meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. Hal ini kerana, saat kulit bersentuhan dengan kotoran sistem imun akan bertindak balas dengan membentuk antibodi.
Antibodi inilah yang akan menjaga sistem kekebalan tubuh. Di mana, sewaktu si manja terdedah dengan bakteria dan virus, antibodi tubuh telah terbentuk untuk mudah melawan ia masuk.
4. ANAK LEBIH KUAT
Bermain kotor boleh meningkatkan sistem kekebalan imun anak. Ternyata, pendedahan kepada pelbagai jenis mikroorganisma dari tanah dapat membantu anak menjadi lebih kuat dan tahan penyakit.
Sebaliknya, kebersihan yang terlalu berlebihan akan menurunkan daya tahan tubuh badan. Oleh kerana, ia tidak terdedah dengan pelbagai jenis bakteria.
5. ANAK LEBIH BAHAGIA
Bermain dengan kotor akan mengeluarkan serotonin di dalam otak. Ini bermaksud, ia akan menimbulkan perasaan tenang selain, meningkatkan mood.
Anak yang bahagia akan terhindar dari risiko kemurungan yang sedang dialami.
6. KURANG BERMAIN GAJET
Realitinya anak-anak zaman sekarang memang mudah terdedah dengan gajet sehingga sukar untuk dikawal. Pendedahan anak kepada main kotor dapat mengurangkan fokus dan ketagihan kepada gajet.
Bukan tidak boleh langsung anak bermain gajet, tetapi ibu bapa harus pandai mengimbangi dan mengawal penggunaan gajet dari anak-anak.
7. MENINGKATKAN VITAMIN D
Di kala ini, yang penuh dengan pelbagai jenis virus yang wujud, pengambilan vitamin D amatlah penting kepada tubuh badan. Berjemur di bawah matahari adalah salah satu cara yang mudah untuk mendapatkan vitamin ini.
Sekaligus, bermain kotor sambil berjemur dapat bantu menyihatkan tubuh si manja, badan cergas otak pun cerdas.
KESIMPULAN
Jadi ibu bapa, anda sudah pun tahu pelbagai manfaat yang bakal diperolehi anak-anak sekiranya mereka digalakkan bermain kotor. Tiada salah membiarkan anak bermain kotor asalkan, ibu bapa sentiasa ada di sisi mereka bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini berlaku.
Jom bawa anak bermain kotor!
Sumber: Orami