Asuh

7 Tanda Ibu Ayah Dah ‘Rampas’ Hak Anak Untuk Bermain, Jaga-Jaga!

1
SHARES
HAK ANAK BERMAIN

Apabila bergelar ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak sehingga ada yang melampaui batas dengan ‘merampas’ hak anak bermain. Ini bermakna, si anak tidak dibenarkan bergaul dan menikmati zaman masa kecil mereka kerana perlu belajar sepanjang masa.

Tindakan ini tidak sewajarnya berlaku dan sebagai ibu ayah, hak anak bermain perlu diberikan agar otak sentiasa cerdas. Jadi, elak melakukan 7 perkara ini.

Baca juga: Anak Bawa RM3k Pergi Sekolah, Siap Bagi Dekat Kawan-Kawan. Berderau Darah Ibu!

HAK ANAK BERMAIN JANGAN DIABAIKAN, PENTING

HAK ANAK BERMAIN

1. Terlalu ‘pushy’ dalam akademik hingga abaikan waktu bermain anak

Ibu bapa sememangnya inginkan yang terbaik untuk masa depan anak namun jangan abaikan waktu bermain mereka. Hal ini kerana itulah masa untuk melepaskan tekanan di minda.

2. Larang anak bermain sebab nak dia belajar sepanjang masa

Masa bermain dan belajar perlu diseimbangkan agar anak tidak terlalu stres.

3. Terlampau penuhkan jadual harian

Hak anak bermain perlu diberikan dan sebagai ibu bapa janganlah anda memenuhkan jadual harian mereka dengan hanya belajar. Berikan sedikit masa untuk si anak bermain agar fikiran mereka lebih tenang.

4. Nak anak cepat dewasa

Sesetengah ibu ayah beranggapan bahawa bermain untuk hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja.

5. Terlampau banyak tanggungjawab

Jangan ‘hilangkan’ hak anak bermain dengan memberikan tanggungjawab dan beban pada anak sehingga mereka hilang minat untuk bermain bersama rakan-rakan.

6. Kurung anak dalam rumah

Kurung anak dalam rumah sepanjang masa hingga anak tak boleh keluar langsung untuk bermain. Carikan kejiranan yang selamat untuk anak kalau memang kejiranan itu bahaya untuk dia.

7. Sibuk sangat mengadap telefon

Akhir sekali, sikap ibu ayah yang sibuk bermain telefon sehingga lupa untuk bermain dengan anak. Wahai ayah, tahu tak anak kita dapat “peak of oxytocin” ketika bermain bersama ayahnya.

Anakmu perlukanmu wahai ayah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: “Tulisan Buruk Itu Redflag” – Cikgu Kecewa Ibu Ayah Biarkan Anak ‘Lemas’ Dalam Aliran Perdana

Sumber: Facebook Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×