Famili

Kenapa Anak Sering Jatuh Sakit Selepas Mandi Di Kolam Atau Di Taman Tema?

16
SHARES

“Baru lepas balik bercuti mandi kolam, terus demam..”

Sedar atau tidak selepas sahaja anda pulang bercuti dan bermandi-manda bersama anak-anak di kolam atau tempat rekreasi, pasti anak akan jadi tidak sihat. Mungkin ramai ibu bapa yang tidak tahu bahawa lokasi sebegini sebenarnya boleh menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit jika tidak dijaga dengan baik. Macam mana boleh memberi kesan kepada anak-anak ya?

KENAPA ANAK JATUH SAKIT SELEPAS MANDI KOLAM?

Jika anda perasan, anak anak sering jatuh sakit selepas berkunjung ke kolam renang atau tempat rekreasi. Situasi ini di kenali sebagai, Recreational water illness (RWI) iaitu merujuk kepada pelbagai jenis penyakit yang mungkin disebarkan oleh lokasi rekreasi seperti kolam renang, kolam air panas, spa, sungai, danau, dan lautan.

1. Sekiranya air yang mengandungi kuman masuk ke saluran penghadaman, anak anak akan mengalami gejala muntah dan cirit birit.

2. Kuman yang masuk ke mata dan telinga boleh menyebabkan jangkitan di bahagian bahagian tersebut. Mata akan menjadi pedih dan kemerahan.

3. Selain itu, sekiranya kulit ada luka dan kecederaan, kuman boleh masuk ke tubuh menerusi luka.

4. Jangkitan pernafasan seperti batuk, sakit tekak dan selsema juga boleh berlaku apabila kuman meruap dan masuk ke saluran pernafasan.

Bukankah Klorin Boleh Membunuh Kuman Kuman?

Ya, bahan kimia yang di masukkan ke dalam kolam renang seperti Klorin sepatutnya dapat membunuh segala macam kuman di dalam kolam renang.

Namun begitu, sekiranya kolam renang di cemari dengan najis, air kencing dan kekotoran, bahan kimia ini tidak lagi mampu berfungsi dengan sempurna. Bau bahan kimia yang kuat?

Sekiranya anda menghidu bau “bahan kimia’ yang kuat di kolam renang, ia sebenarnya bau kekotoran, najis dan kencing yang telah bercampur dengan klorin! Oleh itu, sila peka kepada bau dari kolam renang, sekiranya anda menghidu sesuatu yang kurang menyenangkan, ia bermakna kolam tersebut mugkin boleh menjadi punca penyakit berjangkit.

PASTIKAN KEBERSIHAN KOLAM RENANG!

Peranan semua pihak amat penting untuk memastikan kebersihan kolam renang. PALING PENTING:

1. Jangan kencing atau berak didalam kolam renang

2. Jangan biarkan anak anak mandi sekiranya mereka tidak sihat

3. Bersihkan badan di pancuran air sebelum masuk ke kolam renang (ini ramai yang tidak buat)

4. Jangan mandi sekiranya anda mempunyai sebarang luka terbuka

5. Jangan minum air kolam atau berkumur didalam kolam

6. Gunakan lampin pakai buang khas untuk berenang.Air yang biru jangan di sangka tiada kuman!

Jangan jadikan percutian ke kolam renang dan taman tema air sebagai punca jangkitan penyakit anak anak anda.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×