Sihat

Patutlah Anak Dah Makan Ubat Demam Tapi Badan Panas Lagi, Rupanya…

29
SHARES
ANAK DEMAM TAK KEBAH

Ibu bapa pasti risau dan pelik bila melihat anak demam dalam tempoh masa yang lama walapun ubat sudah diberi tapi tetap juga tidak sembuh. Rupa-rupanya ubat yang diberikan sudah terlalu lama disimpan dalam peti sejuk dan sudah rosak.

Akibatnya? Anak demam tak kebah kerana ubat yang diberikan tidak berfungsi seperti penerangan Dr Luqman di laman Twitternya. Rugi kalau tak baca!

Baca juga: Jangan Risau Bila Anak Mudah Demam, Batuk & Selesema? Ini Penjelasan Pakar…

PATUTLAH ANAK DEMAM TAK KEBAH WALAPUN DAH MAKAN UBAT

ANAK DEMAM TAK KEBAH

Siapa dekat sini yang tak tahu bahaya sebenarnya kalau simpan ubat demam paracetamol lama sangat dekat dalam peti sejuk?

Ubat demam asalnya masa dibotolkan dekat kilang ubat, ianya dah terisi dengan clean air. Ada juga yang diisi dengan nitrogen. Cecair ubat dah dicampur preservatives sebab nak cegah pembiakan bakteria dalam ubat.

Cuma masa buka penutup botol ubat demam, clean air tadi akan terkeluar lalu udara biasa mula masuk ke dalam. Sebab itu tak bagus simpan ubat demam yang dah dibuka lama-lama kerana udara biasa itu mengandungi bakteria dan kulat.

Lagi satu kesilapan biasa dilakukan adalah letak ubat demam berbulan-bulan lama dekat dalam peti sejuk. Suhu yang rendah dalam peti sejuk akan membuatkan proses kondensasi berlaku dalam botol ubat tersebut.

ANAK DEMAM TAK KEBAH

Kalau tak percaya, nanti bukalah bahagian dalam penutup botol dan akan nampak wap air berkumpul. Bakteria dan kuman senang sangat membiak bila wap air bercampur dengan ubat.

Jadi, ibu ayah dinasihatkan agar ubat demam dekat rumah letak sahaja di tempat kering pada suhu bilik. Cukup simpan selama dua bulan sahaja walaupun masih ada lagi baki ubat.

Kasihan sangat dekat anak-anak yang terpaksa menanggung demam panas sebab mak ayah tersilap berikan ubat demam yang dah rosak.

Sumber: Twitter Dr Ahmad Luqman Bukhari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×