Sihat

‘Tak Semua Demam Kena Makan Antibiotik..’- Doktor Jelas Kenapa Antibiotik Tak Diberi Ketika Rawatan

1
SHARES
petua rawat demam

PETUA RAWAT DEMAM

Seringkali apabila ke klinik atau farmasi bagi mendapatkan rawatan dan ubat dari pakar untuk anak-anak, pasti mak ayah akan tertanya-tanya tentang jenis ubat yang diberi. Salah satunya persoalan yang sering ditanya adalah mengapa ubat seperti antibiotik tidak diberikan kepada anak-anak khususnya ketika demam, selesema dan sakit tekak?

Berikut merupakan beberapa faktor ubat antibiotik tidak diberikan kepada anak-anak dijelaskan oleh pakar. Selepas ini, tidak perlu risau lagi jika ubat antibiotik tidak diberikan kepada anak-anak kerana ubat lain pun sudah cukup untuk menyembuhkan.

Baca juga: Doktor Kongsikan Petua Hilangkan Batuk & Kahak Guna 2 Bahan, Tak Payah Minum Ubat Batuk!

PETUA RAWAT DEMAM: PERLU ATAU TIDAK ANAK MAKAN UBAT ANTIBIOTIK?

petua rawat demam

“Doktor memang taknak bagi anak saya antibiotik ke!”…Si ayah dah meninggi suara. Emaknya diam membisu.

“Asal jumpa doktor je,bagi panadol. Kalau takat panadol,beli farmasi pun boleh. Tak payah susah-susah tunggu berjam nak jumpa doktor”

“Sabar encik. Tak semua demam kami bagi antibiotik”

“Ah,sudahlah. Semua doktor sama! Baik aku pergi swasta!”

Antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh BAKTERIA. Antibiotik TIDAK BERKESAN terhadap jangkitan VIRUS seperti demam biasa, selesema dan bronkitis akut iaitu sejenis keradangan pada saluran pernafasan di dalam paru-paru.

Penggunaan antibiotik secara tidak tepat atau berlebihan akan menyebabkan kerintangan antibiotik. Hanya 15% sakit tekak disebabkan bakteria.

Apakah Kerintangan Antibiotik & Puncanya?

antibiotik

Kerintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik hilang keupayaan untuk membunuh bakteria. Mudah cerita, bakteria tengok antibiotik senyum je.

– Penggunaan antibiotik yang berlebihan menyebabkan bakteria jadi kebal.

– Penggunaan antibiotik tidak tepat contohnya merawat jangkitan yang disebabkan oleh virus dengan antibiotik seperti sakit tekak, demam, selsema dan batuk biasa.

– Tidak menghabiskan antibiotik yang diberikan.

Tips Mencegah Kerintangan Antibiotik

Foto: KKMalaysia

1. Mengambil antibiotik apabila dipreskrib oleh doktor SAHAJA.

2. Habiskan semua antibiotik dalam tempoh yang ditetapkan walaupun anda berasa telah sihat.

3. Jangan simpan antibiotik yang tidak habis digunakan untuk tujuan merawat penyakit yang sama pada masa akan datang.

4. Jangan berkongsi antibiotik yang dipreskrib untuk orang lain.

5. Patuhi nasihat doktor APABILA doktor memutuskan kalian tidak memerlukan antibiotik.

Sumber: Twitter @DrSamhan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×