Asuh

Sistem Pendidikan Jepun Terap Cara Psikologi, Bantu Anak Tak ‘Drama’ Air Mata Ke Sekolah!

60
SHARES

Pada hari pertama persekolahan biasanya, ibu bapa akan menghadapi situasi yang sukar di mana anak kecil mereka pasti akan berjujuran air mata apabila ditinggalkan di sekolah. Kemungkinan kerana mereka berasa takut, tidak selesa dengan perubahan rutin yang berlaku dalam hidup. Lagi-lagi apabila berada di tempat yang asing tanpa ditemani ibu bapa.

Melalui perkongsian coretan oleh Puan Zunita Ramli yang sedang menetap di Jepun. Beliau berpandangan anak kecil di sana jarang menangis, ekoran persediaan psikologi anak ke sekolah telah dibuat jauh lebih awal oleh sistem pendidikan di sana. Mari ikuti pengalaman beliau di bawah.

Baca juga: Risau Susu Badan Kurang Ketika Berpuasa? Pakar Kongsi Kandungan Protein Ibu Kena Ambil

SISTEM PENDIDIKAN JEPUN TERAP CARA PSIKOLOGI, BANTU ANAK TAK ‘DRAMA’ AIR MATA KE SEKOLAH!

Gambar hiasan.

Semalam, Isnin, bermula sesi persekolah tahun 2022 di Malaysia. Macam-macam gelagat dipaparkan. Tapi mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana pula suasana sesi persekolahan hari pertama di Jepun?

Di Jepun, sesi persekolahan lepas cuti panjang biasanya bermula pada hari Khamis. Iya, hari Khamis bukan Isnin. Macam pelik kan, kenapa mula Khamis? Kenapa tak Isnin?

Ikutkan nanti sekolah dua hari je, Khamis, Jumaat…lepas tu Sabtu, Ahad dah cuti balik. Kalau mula Isnin sampai Jumaat tu, tak payah la basuh baju sekolah banyak kali kan? Kenapa?

Haa.. Banyak sebab sebenarnya, tapi salah satu sebabnya adalah psikologi.

ELAK PERUBAHAN DRASTIK RUTIN PELAJAR SELEPAS CUTI SEKOLAH YANG PANJANG

Gambar hiasan.

Secara psikologinya, lepas cuti panjang budak-budak biasanya “liat” dan hilang momentum nak ke sekolah. Ye lah, cuti lama kan.

Lagi-lagi bila terpaksa mulakan rutin baru, kena bangun awal pagi dan sebagainya.. jadi nak kurangkan impak perubahan rutin baru tu, sekolah dimulakan pada hari Khamis.

Bermakna, mereka sekolah dua hari je Khamis Jumaat lepas tu cuti. Kira macam nak bagi fasa perubahan murid dari cuti panjang ke sesi sekolah tu tak berapa drastik lah.

Lagi pula, sesi persekolahan Khamis dan Jumaat tu pun biasanya sekolah separuh hari je. Waktu ni murid tak belajar pun, diorang biasanya dibiarkan bermain dan suai kenal dengan kawan-kawan baru, cikgu, dan sebagainya. Jadi biasanya hari pertama persekolahan ni, budak memang suka lah sebab dapat main dan jumpa kawan-kawan.

Bermakna, psikologi “seronok pergi sekolah” dah diterapkan dari hari pertama sesi persekolahan lagi, jadi tak ada isu lah untuk pelajar ke sekolah bagi minggu seterusnya.

PELAJAR TAHUN SATU DIBIASAKAN SUASANA SEKOLAH SEBELUM MASUK HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Gambar hiasan.

Selain tu untuk pelajar baru Tahun Satu, biasanya mereka dah dijemput beberapa kali ke sekolah tu sebelum tu, bagi biasakan mereka dengan suasana kat sekolah baru tu nanti.

Contohnya pada Hari Sukan sekolah, pelajar yang akan bersekolah Darjah Satu di sekolah tersebut akan dijemput untuk sertai Hari Sukan. Sekolah juga akan disediakan acara untuk mereka sertai.

Jadi bila ada aktiviti macam ni, mereka dah rasa tak asing dekat sekolah baru tu nanti. Sebab dah kenal kawan-kawan, dah tahu suasana sekolah macam mana dan sebagainya.

Jadi saya kira secara psikologinya, budak-budak ni dah rasa seronok nak masuk Darjah Satu nanti. Sebab tu kalau tengok dekat Jepun, agak jarang budak Darjah Satu menangis masa hari pertama persekolahan.

Persediaan psikologi anak-anak untuk ke sekolah, dah dibuat jauh lebih awal.

Nampak simple, tapi ia beri impak besar. Bila murid seronok ke sekolah, secara tak lansung akan kurang masalah ponteng, pelajar lebih fokus, semangat dan sebagainya.

Begitulah.

Sumber: Facebook Zunita Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×