40 Minggu

5 Tips Atasi Kemurungan Selepas Bersalin Agar Tidak ‘Gila Meroyan’

676
reads
4bd69fe1_42-53824012-xxxlarge_2x
Foto Kredit : wholeparent.com

Menyambut kelahiran bayi sepatutnya menjadi satu detik gembira buat anda, namun selepas bersalin boleh membuatkan emosi anda menjadi tidak tentu.

Anda akan berasa gembira dan gelisah pada masa yang sama. Semuanya menjadi bercampur-baur seperti ada sahaja benda tak kena.

Kemurungan atau meroyan selepas bersalin boleh menyebabkan perasaan sedih dan gelisah yang melampau serta ia boleh memberi kesan terhadap penjagaan bayi anda.

Apakah itu meroyan atau Postpartum Depression?

Tekanan emosi selepas bersalin atau nama lain yang diberikan oleh masyarakat melayu ialah “penyakit angin meroyan”.

Ia dikaitkan sebagai penyakit tekanan emosi bagi ibu-ibu yang mengalaminya sewaktu atau selepas dalam pantang.

Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai postnatal depression iaitu kelakuan aneh sebagai kesan emosi yang dihadapi oleh wanita selepas melahirkan anak.

Kemurungan posnartum ini selalunya terjadi sekitar 4-6 minggu selepas bersalin, atau beberapa bulan selepas kelahiran bayi anda.

Meroyan adalah penyakit dan perlu dirawat dari segi psikologi serta boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa menunjukkan tanda-tanda awal.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar Regency, Dr. Sharifah Halimah Jaafar, kemurungan selepas bersalin ialah penyakit psikologi serius yang boleh berlaku dalam beberapa bulan pertama selepas bersalin. Ini juga boleh berlaku selepas keguguran dan kelahiran mati.

Tanda-tanda anda mengalami kemurungan selepas bersalin.

o-postpartum-depression-facebook-49870c4157f82b7505d884c317cce222

Foto Kredit : life.idntimes.com

Menurut satu kajian oleh Universiti Malaya mengenai kemurungan ibu lepas bersalin di Malaysia, didapati faktor risiko yang berkaitan rapat dengan kemurungan lepas bersalin ialah ibu muda (umur kurang 30 tahun), ibu yang kurang berpengalaman (anak pertama atau kedua), ibu yang tidak berkerja dan ibu yang mengandung tak terancang.

1) Masalah sukar tidur

Wanita yang mengalami masalah postnatal depression seringkali menghadapi masalah sukar untuk tidur dan sentiasa mengalami kepenatan.

Hal ini kerana mereka terlalu banyak berfikir perkara-perkara negatif mengenai banyak perkara. Ia secara tidak langsung akan menjejaskan kesihatan diri dari segi mental dan fizikal.

2) Kawalan emosi yang rendah

Wanita yang mengalami kemurungan ini akan mempunyai emosi yang tidak menentu. Mudah marah, menangis dan berasa rendah diri berkaitan banyak aspek.

Perubahan emosi mereka akan berlaku secara tiba-tiba dan orang sekeliling mereka mungkin runsing dan terganggu dengan perubahan tersebut.

Bertambah teruk lagi apabila mereka mula mengabaikan keperluan bayi yang baru dilahirkan itu. Ia akan mengganggu proses tumbesaran bayi tersebut.

3) Menolak untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan

Mereka yang mempunyai kemurungan ini juga turut menjauhi hubungan seksual dengan suami malah membencinya.

Suami mungkin menganggap isteri berubah laku bukan kerana penyakit postnatal depression tetapi semulajadi.

Keadaan akan menjadi semakin teruk apabila suami tidak memahami keadaan tekanan emosi isteri seperti kurang memberi perhatian, seterusnya emosi si isteri akan menjadi lebih serius kerana terasa diabaikan.

Faktor yang membawa kepada tekanan emosi postnatal depression

Sebenarnya terdapat banyak faktor psikologi yang boleh membawa kepada postnatal depression ini berlaku.

Antaranya, berkemungkinan anak yang dilahirkan adalah jantina anak yang tidak seperti yang dihajati.

Ini kerana kehamilan yang tidak terancang, tidak bersedia, tidak rela atau tidak dikehendaki adalah faktor risiko utama yang boleh membawa kepada kemurungan lepas bersalin.

Selain itu, tekanan dan kesakitan ketika bersalin turut menyumbang kepada masalah ini. Kesakitan melahirkan anak diharap dapat difahami bersama oleh suami, tetapi sebaliknya suami menganggap isteri telah biasa dengan kelahiran.

Tekanan emosi dan perasaan isteri akan lebih tertekan apabila suami tidak cuba memahami kepayahan dan kesakitan isteri.

Rutin kehidupan yang berubah selepas kelahiran bayi antara faktor yang membawa kepada kemurungan ini. Ini membuatkan isteri tidak dapat menikmati masa rehat yang cukup kerana merasakan ia sebagai tugas yang bosan dan membebankan.

Tips Tangani Kemurungan Selepas Bersalin.

1) Banyakkan Berehat.

Semasa tempoh berpantang, rehat merupakan satu tempoh pemulihan yang sangat penting. Cuba cari waktu semasa bayi tidur untuk tidur seketika.

Sekiranya berpantang sendiri abaikan semua kerja-kerja rumah dahulu sehingga betul-betul sihat dan bertenaga untuk melakukannya.

2) Makan Makanan Yang Sihat Dan Berkhasiat.

shutterstock_90153808

Foto Kredit : vitamin-cerdik.com

Pentingnya makanan yang sihat adalah supaya badan kita cepat sihat dan tenaga cepat pulih selepas melahirkan anak. Juga untuk pastikan luka bersalin cepat sembuh.

Setelah 9 bulan mengandung dan menghadapi pelbagai perubahan hormon tempoh berpantang amat diperlukan untuk memastkan keseimbangan hormon yang stabil dan emosi yang tenang.

Mungkin boleh membaca perkongsian Amalan Pemakanan Sihat Semasa Berpantang Untuk Elak Sakit Di Usia Muda.

3) Berurut Dan Bertungku.

Kedua-dua amalan tradisional ini sangat bermanfaat untuk kesihatan badan.

Berurut dan bertungku membantu melancarkan kembali aliran darah dan menghilangkan sakit-sakit badan.

Juga melancarkan pengeluaran darah nifas. Ini penting bagi menjamin tubuh sihat dan tidak terganggu dengan ‘darah kotor’ yang tidak habis keluar.

Bertungku juga membantu mengecutkan kembali rahim seperti sediakala. Ini boleh dilakukan oleh bidan-bidan yang berpengalaman dan mereka yang arif dalam bidang perbidanan.

4) Aktifkan Diri Dengan Kumpulan Sokongan.

Picture presenting psychotherapy for people with problems

Foto Kredit : seleni.org

Ibu-ibu boleh mengaktifkan diri dalam pelbagai laman sosial dengan menyertai kumpulan sokongan ibu-ibu berpantang dan menyusu.

Di sini, anda boleh berkongsi pengalaman, bertanya tentang perihal masalah yang dihadapi semasa berpantang dan tentang penjagaan bayi.

Tapi pastikan cari kumpulan sokongan yang membina dengan adanya ahli seperti pakar psikologi dan pakar sakit puan.

5) Bersikap Positif Selalu.

Walau pelbagai dugaan yang menimpa, sentiasa ingat bahawa Tuhan selalu ada untuk kita.

Pasti ada sesuatu yang baik sedang menunggu kita. Jangan bebankan diri dengan memikirkan sesuatu yang negatif.

Nikmatilah waktu berpantang dengan penuh gembira. Disaat ini, sokongan orang terdekat sangat diperlukan.

Carian Yang Berkaitan:

  • kemurungan selepas bersalin
  • hilangkan kemurungan lepas bersalin
  • meroyan selepas bersalin
  • pengurusan kemurungan semasa pantang
  • meroyan#spf=1
  • penyakit meroyan cekik anak cara hilangkan
  • tak tentu rasa selepas bersalin
  • tanda meroyan
  • tanda meroyan lepas bersalin
  • tanda tanda depression selepas mengandung
1 Comment

1 Comment

  1. seri nian

    April 11, 2017 at 11:32 pm

    yang penting ahli keluarga turut membantu urusan semasa berpantnag, dah la sakit tp macam2 plak kene pikir…tu jadi meroyan tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top