Luahan perasaan seorang individu yang tidak dikenali ini, begitu merobek jiwa mereka yang membacanya. Pengalamannya sewaktu membesar tanpa sekelumit pujian daripada ibu bapanya, menyebabkan dia begitu ketagih akan hal itu.
Biarpun, dia telah berusaha dengan memperoleh keputusan akademik yang terbaik dalam hidupnya, namun apakan daya ia bagai angin yang berlalu pergi. Kehendak besar cuma inginkan lontaran pujian dan dibanggakan ibu bapanya atas setiap pencapaian, bukanlah wang mahupun harta.
Baca juga: Bank Kenakan Syarat Lebih Ketat BUKA AKAUN Baharu Pelajar, Suri Rumah & Warga Emas!
LUAHAN PERASAAN INDIVIDU UNDANG SEBAK WARGA MAYA
Perkongsian komen di hantaran Mohd Fhais Salim ini, secara tidak langsung mengundang simpati warga maya yang membacanya.
Malah, Fhais juga menasihati ibu bapa di luar sana agar tidak menjadikan anak-anak sebagai trofi yang mengukur pencapaian mereka berdasarkan akademik semata-mata.
Panjang luahan ini tapi percayalah banyak lagi yang dipendam tak terluah oleh anak seperti ini. Rasa ‘tak cukup bagus’ itu normal, walaupun dah berjaya tetap rasa tak cukup bagus.
Expectation pada anak sulung ini tinggi. Sama, expectation anak sulung kepada mak ayah pun tinggi. Kita kadang tak perasan benda ini.
Nasihat saya pada mak ayah semua. Jangan melihat anak sebagai trofi dan hanya mengukur kejayaan seorang anak pada pencapaian akademik semata-mata.
Sedih…ramai mak ayah hari ini berkira-kira untuk melakukan IHSAN pada anak-anak.
Wallahu a’lam.
Baca juga: Bayi Kuat Hadapi Pelbagai Ujian, Bermula Muka Bengkak Hingga Ada Sel Kanser Dalam Cyst!
Baca juga: Tak Berkesan Kerap Rotan Anak Degil, Sebaliknya Raikan Mereka Dengan 8 Tips Ini!
Reaksi warga maya yang turut bersimpati
Meninjau di ruangan komen, ternyata ramai individu di luar sana yang pernah mengalami pengalaman sebegitu.
Biarpun begitu, mereka mengambil pendekatan yang positif dengan menerapkan sikap sebaliknya terhadap anak-anak mereka.
“Dendam itu sampai hari ini, tapi saya balas itu dengan sedaya upaya pastikan setiap kejayaan kecil saya ucap tahniah. Saya tak nak anak-anak mewarisi kelukaan saya,” komen seorang ibu.
“Saya memilih untuk berdamai dengan apa-apa kekurangan dari mak ayah. Sebab disebalik kekurangan tu, pasti ada kelebihan dan keringat ibu ayah yang ikhlas membesarkan Kita sebagai anaknya,” nasihat seorang warga maya.
“Pernah merasa macam itu, tapi saya dah terbiasa. Bila ada anak, saya praktikkan benda itu. Saya sentiasa puji apa-apa pencapaian yang anak-anak dapat. Walaupun dia mewarna ala kadar, dapat baca ayat qursi pelat-pelat…tetap puji sebab tak nak dia rasa apa yang saya rasa dulu,” komen ibu lain.
“Dik apa yang awak rasa akak pon rasa. Dekan setiap semester dapat anugerah pelajar terbaik diploma dulu tak rasa dihargai pun. Tak apa, nanti awak dah ada anak pastikan mereka tak akan rasa macam apa yang kita rasa. Relationship itu mulakan dari awal dan kekalkan, jadi tak janggal,” nasihat seorang warga maya.
Baca juga: Berakhirnya Pagi Tadi Perjuangan Bayi IVF Hadapi Sindrom Jarang Berlaku, Undang Sebak!
Sumber: Mohd Fhais Salim
FT Image: Mohd Fhais Salim / jcomp