Asuh

Tak Sangka Berlebihan Memuji Anak Boleh Beri Kesan Negatif, Tapi Kenapa Ya?

19
SHARES
kanak-kanak

Rupanya dari sudut psikologi, kanak-kanak yang kerap dipuji akan memberikan kesan negatif kepada mereka. Perkara sebegini mesti jarang didengari, bukan?

Melalui perkongsian dari Public Health Malaysia, ayat pujian perlulah dikeluarkan atas kerja keras yang dilakukan oleh kanak-kanak. Namun, apa pula pujian yang memberi kesan negatif itu? Mari baca butiran selanjutnya di bawah.

Baca juga: Sampai Umur Berapa Ayah Boleh Uruskan Anak Perempuan Mandi? Ini Mak Ayah Kena Tahu!

KANAK-KANAK APABILA KERAP DIPUJI…

kanak-kanak

Kajian psikologi menunjukkan bahawa memuji kanak-kanak sebagai “pintar, cantik, kacak” dikaitkan dengan lebih banyak kesan yang NEGATIF untuk kanak kanak.

Apabila kita berulang kali memuji anak sebagai PINTAR/ PANDAI, mereka akan mula mempunyai mindset bahawa mereka adalah kanak kanak yang pintar dan gifted.

Pada permulaan mungkin semuanya baik, tetapi lama kelamaan mereka akan mempunyai fixed mind set bahawa mereka berbakat, bijak secara semula jadi dan mempunyai kelebihan berbanding kanak kanak lain.

KESAN JANGKA PANJANG BILA KANAK-KANAK KERAP DIPUJI

Kesan untuk jangka masa panjang:

  • Mereka tidak banyak berusaha kerana telah percaya diri sebagai istimewa.
  • Tidak mahu atau takut menyahut cabaran baru.
  • Takut dan sukar untuk menerima kegagalan.
  • Mula belajar menipu untuk memastikan reputasi kekal sebagai kanak kanak pintar.

Cuba untuk TIDAK merujuk anak anda sebagai “pintar” atau sebarang label yang merujuk kepada kebolehan mereka (berbakat,” “kreatif,” “ cantik” “kacak” “cantik”).

SEBALIKNYA, PUJI ATAS USAHA MEREKA

kanak-kanak

Sebaliknya, puji kanak-kanak atas kerja keras dan usaha mereka. Anda juga boleh memuji mereka kerana tumpuan mereka pada tugas, berterusan pada sesuatu yang sukar, atau strategi yang mereka gunakan.

  1. Kami sangat berbangga dengan usaha keras kamu.
  2. Kejayaan ini adalah hasil usah keras kamu.
  3. Sebab kamu rajin buat latihan matematik, baru kamu akan dapat markah tinggi.
  4. Kejayaan menjadi juara pada hari sukan ini disebabkan kamu kuat berlatih.

Kanak-kanak yang dipuji kerana “kerja keras” akan mempunyai semangat dan motivasi yang lebih tinggi. Apabila berhadapan dengan kegagalan mereka tahu mereka perlu meningkatkan usaha.

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×