Didik

Anak Becok Di Rumah Tapi Pendiam Di Sekolah. 6 Hal Tentang ‘Selective Mutism’ Ibu Ayah Kena Peka

“Peliklah bila Cikgu sekolah Arshad kata dia pendiam sangat di sekolah. Langsung tak dengar suara. Nak kata baru masuk sekolah tak juga. Padahal kat rumah nampak aktif je. Banyak bertanya, suka bergurau, siap menyakat adik-adik dan sepupu lagi. Ada apa-apa yang tak kena ke dengan dia ni agaknya?”

Bila seseorang mula diperkenalkan dengan persekitaran baru dan dikelilingi oleh orang luar, tentulah ada perasaan malu-malu untuk berbual, rasa teragak-agak untuk meluahkan pendapat, atau melakukan aktiviti bersama. Hal seperti ini biasanya berlaku pada anak kecil, terutamanya yang baru pertama kali dihantar ke prasekolah atau taska.

Namun, ibu ayah perlu berwaspada sekiranya anda perasan anak mengalami rasa cemas yang berlebihan sehingga melebihi 2 bulan lamanya. Ini kerana, anak tersebut dikhuatiri mengalami masalah gangguan ‘selective mutism’.

6 Hal Tentang ‘Selective Mutism’ Ibu Ayah Perlu Peka

Berikut adalah beberapa perkara yang ibu ayah kena peka terhadap kondisi berkenaan.

1. Apakah ‘Selective Mutism’?

Menurut laman web One Education, ‘selective mutism’ atau ‘kebisuan selektif’ ini timbul apabila anak berada di situasi sosial yang tertentu. Kanak-kanak yang mengalami gangguan ini boleh bercakap dengan bebas dan konfiden apabila mereka berasa selesa dalam keadaan tertentu.

Namun, dalam keadaan tertentu (contohnya di sekolah) mereka akan mula berasa cemas, gugup, dan takut didengari. Dah macam patung, ‘keras’ semacam dan berbeza sangat personalitinya berbanding di rumah!

Foto Kredit: mamirami.es

2. Perbezaan ‘Selective Mutism’ Dan Pemalu

Benar, kebanyakan yang mengalami masalah ini selalunya disalaherti sebagai pemalu. Bezanya, seseorang yang pemalu mampu beradaptasi dan menyesuaikan diri apabila diberi masa. Tetapi, respon mereka yang mengalami ‘selective mutism’ sentiasa didorong rasa cemas yang esktrem dan seolah-olah fobia.

“…mereka seperti ‘dipaksa’ menutup mulutnya dan tak mampu berbicara,” ungkap Dr. Elisa Shipon-Blum dari Selective Mutism Anxiety Research & Treatment Center menerusi ABC News. Sebaliknya, dalam situasi tertentu mereka ini sangat normal, aktif dan becok bercakap!

Berikan 'full attention' pada anak-anak

3. Siapa Yang Mengalaminya?

Menurut sumber, ‘selective mutism’ dianggarkan berlaku pada 1 dalam 140 kanak-kanak.

Ada pakar berpendapat ia boleh berlaku pada anak seawal usia 2 hingga 4 tahun dan ada juga yang terjadi pada usia remaja.

Foto Kredit: www.activityhero.com

4. Simptom ‘Selective Mutism’

Berikut adalah beberapa simptom ‘selective mutism’.

  • Rasa malu yang melampau, takut pada orang luar dan tak mampu bercakap dalam keadaan tertentu.
  • Penggunaan cara komunikasi pada anggota badan yang lain seperti mengangguk, menggeleng kepala, atau menunjuk menggunakan jari.
  • Dapat bercakap dengan tenang dan konfiden dalam keadaan tertentu (contohnya di rumah).
  • Berasa resah, fidgeting (membuat pergerakan berulang untuk mengatasi rasa gementar – menggerakkan pen, menggoyangkan kaki, dsb) mengelakkan ‘eye contact’ apabila berhadapan dengan situasi cemas.
  • Sebenarnya ingin bercakap, tetapi disebabkan kebimbangan, kerisauan dan ketakutan yang menguasai diri, mereka akhirnya bertindak untuk membisu seribu bahasa pada keadaan atau tempat tertentu.

Foto Kredit: hiveminer.com

5. Punca

Menurut laman web kesihatan VeryWell.com. sungguhpun ia sering dianggap berpunca daripada trauma, kajian terkini berpendapat tiada satu sebab jelas yang menjadi punca gangguan ini.

Ia berkemungkinan juga berkait rapat dengan kebimbangan yang ekstrem (anxiety disorder) serta kecenderungan genetik (genetic predisposition).

Suami cabul adik ipar ketika aku dalam pantang

6. Peranan Ibu Bapa

Jika anak anda dikesan mempunyai tanda-tanda ini, pastikan langkah awal diambil bagi memastikan ia dapat diatasi dengan lebih cepat dan berkesan.

Antara peranan anda dalam membangunkan rasa konfiden dan mengurangkan kerisauan si anak adalah:

  • Kenalpasti sama ada terdapat sesuatu yang ditakuti oleh anak di sekolah.
  • Jangan sesekali membanding-bandingkan anak anda dengan adik beradik atau kanak-kanak lain.
  • Elakkan mengkritik atau memarahinya, terutamanya di hadapan orang lain. Sebaliknya, acknowledge atau cuba fahami perasaan mereka.
  • Bantunya untuk berkawan atau mendapatkan kawan kerana kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya lebih mudah untuk bercakap dengan rakan sebaya.
  • Perhatikan dan cuba ikut apa yang diminatinya – contohnya anak mungkin boleh menyanyi tetapi tidak bercakap di sekolah.
  • Kurangkan masa bermain alatan elektronik, menonton TV dan gajet. Galakkannya bercakap melalui aktiviti secara tidak langsung seperti bercerita, bermain puppet, atau atau membacakan buku untuknya.
  • Hindarkan teknik hukuman dan memaksanya bercakap.
  • Minta kerjasama guru dan sentiasa bertanyakan keadaan anak di sekolah.

www.ecr.co.za

Jika Perlu, Dapatkan Rawatan

Sekiranya anak anda masih kurang memberi respon, tidak mampu beradaptasi dan enggan bercakap secara ekstrem, cuba kenalpasti puncanya dan ambil tindakan secara proaktif untuk mengatasinya.

Berbincanglah dengan guru mereka dan berjumpalah doktor untuk mendapatkan diagnosis yang lebih tepat tentang kondisi mereka. Biasanya, speech therapy adalah antara rawatan yang dianjurkan bagi masalah ini.

Yang Popular

To Top