Sebuah keluarga yang mempunyai anak ramai lelaki ternyata mempunyai seribu satu kelebihan. Tak perlu mengeluh kerana ada sebabnya Allah kurniakan anda ramai anak lelaki dan tiada langsung anak perempuan.
Bagi anda yang mempunyai berderet anak lelaki, ingat tak perlu kecewa. Hal ini kerana, di bawah ini antara sebahagian kelebihan yang dapat dirasakan oleh anda nanti sebagai ibu bapa mereka.
Baca juga: Khas Untuk ‘First Time’ Mama, Dr. Kongsi 6 Ilmu Berguna Sewaktu Uruskan Bayi Baru Lahir!
ANAK RAMAI LELAKI & KELEBIHAN
1. Ada ruang banyak di rumah
Salah satu kelebihan ramai anak lelaki ialah mereka tidak perlu tidur di bilik berasingan. Jadi, anda sebagai ibu bapa pun tidak perlu nak pening kepala.
Bilik-bilik lain yang kosong boleh digunakan untuk fungsi lain seperti bilik stor, bilik hobi dan sebagainya.
2. Tumpuan lebih kepada si ibu
Apabila mahligai perkahwinan diramaikan dengan anak-anak lelaki, sudah tentu satu-satunya wanita di dalam sesebuah keluarga itu iaitu ibu akan difokuskan dan diratukan oleh mereka.
Dan kalau betul asuhannya, anak-anak lelaki anda pasti boleh diharapkan untuk sama-sama membuat kerja rumah terutamanya tugasan berat yang memerlukan tenaga lelaki.
3. Suka berkongsi baju
Anak-anak lelaki ini senang dijaga kerana sifat mereka lebih kepada tidak kisah asalkan ada, termasuklah pemakaian. Jadi, baju-baju mereka ini boleh dikongsi bersama atau diturunkan daripada abang kepada adik-adik.
Paling penting, kualiti dan kebersihan baju itu mestilah terjaga. Tak akan nak beri anak-anak pakai baju kotor dan lusuh pula kan?
Baca juga: Ibu Terkilan Anak Mild Autism Tetap Dipukul Guru Walau Dah Minta Maaf, “Mana Belas Kasihan Dia…”
Baca juga: Ibu Kongsi 10 Tips Bawa Si Kecil Ke Disneyland, Walau Anak Ramai Mudah Je Nak ‘Handle’!
4. Cepat bersiap bila nak keluar
Lagi satu kelebihan ramai anak lelaki ini adalah ketika bersiap untuk keluar rumah. Mereka sangat pantas!
Hal ini kerana, tumpuan ‘bersolek’ mereka hanya satu iaitu jenis gaya rambut sahaja. Cukup minyak dan sikat, mereka sudah kelihatan kemas bergaya.
5. Senang beli baju
Fesyen pakaian anak lelaki tidaklah sebanyak anak perempuan. Jadi, ibu pun tidak akan rambang matanya ketika membeli pakaian mereka.
Kalau anak perempuan, sudah tentu ibu geram tengok fesyen mereka yan memang pelbagai dan cantik-cantik belaka. memanggang
6. Pemegang amanah
Anak lelaki juga pemegang amanah dan bertanggungjawab terhadap ibu selepas bapanya. Andai ditakdirkan bapanya pergi dulu, anak-anak lelakilah yang mesti mengambil-alih tanggungjawab si bapa.
Kesimpulan
Tahniah buat pasangan suami isteri yang mempunyai ramai anak lelaki kerana mereka bakal mengimamkan solat 5 waktu anda dan menantu cucu nanti.
Jangan timbul rasa anak lelaki sebagai bebanan, biar pun nak menjaga mereka tidak semudah menjaga anak perempuan yang lebih sopan dan mendengar kata.
Sumber: Pa&Ma
FT Image: The Asian Parent