Asuh

Tips Beli Kalkulator Untuk Anak Sekolah, Salah Satu Model CASIO Ini Paling Bagus Tunjuk Jalan Kira!

18
SHARES
kalkulator casio

Anak-anak yang bakal masuk ke sekolah menengah, sudah pasti memerlukan kalkulator untuk subjek Matematik. Umumnya, kalkulator CASIO banyak digunakan di sekolah menengah terutamanya model fx-570MS.

Namun, tahukah anda menurut seorang cikgu tuisyen, Seno Rita, terdapat satu lagi kalkulator CASIO model fx-570 yang menunjukkan jalan kira lebih bagus dan mengurangkan risiko anak salah pengiraan iaitu model fx-570EX. Kalau tak nak rasa rugi kerana tersalah beli, jom ikuti penjelasannya di bawah.

Baca juga: Bapa Tak Sangka Anak Kerap Menggaru Rupanya Alahan Kuda & Berkongsi Cara Nak Buat Ujian Alergi Pada Anak

KALKULATOR CASIO

kalkulator casio

Gambar: Beli model ini untuk memudahkan anak-anak menempuhi silibus Math yang setinggi lapisan ozon. – Seno Rita.

Dear parents, terutama yang ada anak akan masuk tingkatan 1, jika membeli kalkulator, beli CASIO fx-570EX.

Ia mahal sedikit berbanding model yang MS dihujung tapi berbaloi kerana kalkulator 570EX itu dapat mengelakkan anak anda salah pengiraan.

Range harga yang versi MS adalah dalam lingkungan RM (45 – 60+). Range harga bagi versi EX pula dalam lingkungan RM (60 – 90+). Harga bergantung kepada tempat membeli dan nasib kalau membeli masa offer.

Beli sekali, biasanya boleh dipakai sehingga SPM dan universiti.

Baca juga: Adik-Adik Nak Beli Komputer Riba Tapi Tak Pandai Pilih, 5 Tips Ini Boleh Bantu!

Saya terangkan serba sedikit kelebihan kalkulator 570EX pada gambar-gambar. Banyak lagi perbezaannya tapi yang saya tunjuk ini adalah yang paling banyak digunakan dalam pengiraan.

Bagi pelajar tuisyen saya yang menduduki SPM, saya beli untuk mereka version 570EX jika mereka tidak mampu membelinya (dia sudah terbeli yang MS) kerana saya tak mahu dia mengambil risiko salah pengiraan masa SPM.

Lagipun, ada beberapa nilai yang harus dikira manual berdasarkan rumus jika menggunakn versi MS kerana kalkukator MS tidak ada program setting untuk nilai itu (ini membuang masa jika ujian besar dan penting seperti SPM).

Please, melabur sedikit untuk membeli kalkulator yang lebih tinggi version, ia berbaloi.

Baca juga: Anak 7 Tahun Tak Faham Kenapa Kena Solat, Ini Penjelasan Mudah Mama Papa Boleh Beritahu!

Baca juga: Cara Mudah Buat Sijil Guna Google Form, Lebih Pantas Kerja Cikgu Lepas Ini!

Boleh ke guna di dalam peperiksaan SPM?

Memandangkan ramai yang tanya: fx570EX dibenarkan penggunaannya di peringkat sekolah menengah, dibenarkan dibawa masuk untuk SPM sebenar.

Kalau masih ragu-ragu, sila rujuk kepada guru Math anak anda di sekolah. Semoga bermanfaat.

kalkulator casio

Gambar: Seno Rita

kalkulator saintifik casio

Gambar: Seno Rita

kalkulator saintifik casio

Gambar: Seno Rita

kalkulator saintifik casio

Gambar: Seno Rita

kalkulator sekolah menengah

Gambar: Seno Rita

kalkulator sekolah menengah

Gambar: Seno Rita

Baca juga: 5 Cara Kreatif Tarik Minat Anak ‘Bercinta’ Dengan Matematik, Tak Ada Dah Garu Kepala Lepas Ini!

Sumber: Seno Rita

FT Image: Seno Rita

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×