Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ‘Back To School’ di seluruh Malaysia sempena cuti sekolah dan persiapan sesi persekolahan 2025 yang diadakan sebanyak 243 kali di seluruh negara.
Baca juga: Tips Beli Kalkulator Untuk Anak Sekolah, Salah Satu Model CASIO Ini Paling Bagus Tunjuk Jalan Kira!
SESI PERSEKOLAHAN 2025
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali, berkata program ini menawarkan pelbagai barangan keperluan sekolah pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus di pasar raya dan pusat beli-belah terpilih.
“Saya berharap inisiatif ini dapat membantu ibu bapa menjimatkan perbelanjaan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak,” katanya dalam hantaran di Facebook petang semalam.
Menurut Armizan, jualan ini meliputi pelbagai barangan seperti pakaian sekolah, pakaian kokurikulum, kasut, alat tulis dan keperluan lain yang boleh diperoleh pada harga lebih berpatutan.
Beliau turut menyeru ibu bapa untuk mengambil peluang mendapatkan barangan sekolah dengan harga lebih rendah sepanjang tempoh cuti persekolahan ini.
Baca juga: Anak 7 Tahun Tak Faham Kenapa Kena Solat, Ini Penjelasan Mudah Mama Papa Boleh Beritahu!
SENARAI LOKASI & TARIKH!
Berikut merupakan info grafik lokasi bagi Perlis dan Putrajaya sepanjang bulan Febuari untuk Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ‘Back To School’ tahun ini.
Manakala negeri-negeri lain adalah seperti berikut:
1. Johor
Klik di sini untuk tarikh dan lokasi lain.
2. Kelantan
Klik di sini untuk tarikh dan lokasi lain.
3. Kedah
Klik di sini untuk tarikh dan lokasi lain.
4. Kuala Lumpur
Klik di sini untuk tarikh dan lokasi lain.
5. Labuan
Klik di sini untuk tarikh dan lokasi lain.
6. Melaka
Klik di sini untuk tarikh dan lokasi lain.
7. Negeri Sembilan
Klik di sini untuk tarikh dan lokasi lain.
8. Pahang
Klik di sini untuk tarikh dan lokasi lain.
9. Perak
Klik di sini untuk tarikh dan lokasi lain.
10. Pulau Pinang
Klik di sini untuk tarikh dan lokasi lain.
11. Sabah
Klik di sini untuk tarikh dan lokasi lain.
12. Sarawak
Klik di sini untuk tarikh dan lokasi lain:
13. Selangor
Klik di sini untuk tarikh dan lokasi lain.
14. Terengganu
Klik di sini untuk tarikh dan lokasi lain.
Sumber: Kosmo / Portal Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Ft Image: Media Mulia