Cantik

Cara Penjagaan Rambut Panjang ‘Rapunzel’ Anak Supaya Tak Penuh Dengan Kutu

5
SHARES
cara hilangkan kutu rambut

“Alamak! Tahun ini dah tiga kali kepala anak aku ada kutu! Macam mana cara hilangkan kutu rambut ini supaya tak kembali?”

Teringat lagi kisah semasa zaman sekolah apabila ada rakan-rakan sekolah yang mempunyai kutu pada rambut, pasti kita tidak mahu duduk dengan rapat kan? Bukannya apa, risau pula dijangkiti oleh kutu tersebut dan bingung macam mana nak hilangkan kutu ini.

Jadi, bila sudah mempunyai anak sendiri, ini merupakan salah satu penjagaan yang perlu diambil berat oleh mak ayah khususnya yang sudah bersekolah. Pastikan anda praktikkan langkah yang disenaraikan di bawah ini supaya dapat dicegah pada peringkat awal.

Baca juga: 10 Cara Mustajab Elak Wajah Cepat Berkedut, Umur Dah 40 Tahun Tapi Kulit Macam 20 Tahun!

CARA HILANGKAN KUTU RAMBUT ANAK, ELAK MAKIN TERUK

cara hilangkan kutu rambut

Seperti yang diketahui ramai, kutu kepala merupakan sejenis serangga kecil, tidak bersayap yang hidup membiak pada rambut. selain dikenali sebagai kutu, haiwan yang menjadi mimpi ngeri buat orang ramai ini juga dirujuk sebagai head lice. Mempunyai saiz yang kecil lebih kurang sebesar biji bijan, agak sukar untuk menyedari bahawa anak anda mempunyai kutu kepala.

Selain itu, berhati-hati juga dengan ‘nits’ yang mempunyai saiz yang lebih kecil, berwarna seakan-akan kuning, coklat mahupun putih. Sekali pandang, nampak seperti kelemumur, cuma teksturnya agak melekit dan sukar untuk ditarik keluar daripada rambut.

Macam mana nak tahu anak dijangkiti kutu?

Apa yang anda perlu perhatikan adalah:

-Telur berwarna kuning, kelihatan seperti kelemumur yang melekat pada rambut berdekatan akar rambutnya
-Kantung telur berwarna putih kosong yang melekat pada rambut dan agak jauh dari bahagian akar rambut
-Kutu kepala yang berwarna seakan hitam-kelabu, yang hidup pada bahagian kulit kepala dan rambut
-Ada serangga kecil pada barangan anak. Anda mungkin terlihat serangga kecil berwarna hitam pada tempat tidur atau pakaiannya
-Walaupun agak kurang untuk berlaku, tetapi anak anda mungkin mengalami kemerahan atau ruam pada bahagian belakang lehernya yang disebabkan kerengsaan kutu kepala

Apa yang anda perlu lakukan?

cara hilangkan kutu rambut

1.Pilih produk yang betul

Apabila sudah mempunyai masalah kutu pada rambut, penggunaan shampoo yang berlainan perlu dilakukan bagi menghilangkan kutu-kutu yang berada di rambut. Produk yang digunakan juga boleh didapati di farmasi. Namun, jika ingin menjaga rambut anak-anak supaya bebas dari kutu, anda perlu memilih produk berdasarkan kadar pH antara 4.5 hingga 5.5. Selain itu, pastikan ianya bebas daripada bahan kimia merbahaya seperti paraben, silikon dan sulfat.

2.Potong rambut pendek

Jika anak-anak sudah ‘terkena’ dengan jangkitan kutu, apa yang selalunya dilakukan adalah dengan memotong rambut pendek. Bukan sahaja untuk menghilangkan kutu, malah rambut pendek lebih mudah diuruskan ketika bersiap untuk ke sekolah. Tidak mengambil masa yang lama untuk kering, tidak perlu hair dryer dan tidak mudah kusut, ini merupakan salah satu solusinya.

3.Guna losyen,cecair dan krim anti-kutu

Seperti yang diberitahu, produk penjagaan rambut yang digunakan jika anak-anak sudah dijangkiti kutu adalah berbeza dari biasa. Antara rawatan utama yang disarankan untuk kutu rambut anak adalah dengan menggunakan pediculide topikal, antaranya adalah termasuk Pyrethroids (pyrethrins, permethrin), Malathion, Benzyl alcohol, Spinosad, Topical ivermectin.

Produk ini mungkin akan mendatangkan ketidakselesaan kepada anak anda kerana baunya yang agak kuat dan ada masanya ia mungkin menyebabkan kerengsaan kepada kulit kepala. Pastikan anda mengikut arahan yang tersedia dengan sebaiknya.

4.Guna sikat buang kutu

Inilah antara alatan yang paling popular ketika zaman sekolah bukan? Bila ada sahaja berita mengenai rakan-rakan sekolah yang mempunyai masalah kutu, pasti mereka akan menggunakan sikat ini. Jadi, mak ayah perlu ‘standby’ sikat buang kutu ini di rumah dan gunakan selepas basuh kepala anak.

5.Keringkan rambut selepas mandi

Ini merupakan proses yang sangat penting namun ramai yang terlepas pandang. Bahkan ada juga dalam kalangan ibu yang menyiapkan anak ke sekolah, mengikat rambut mereka dalam keadaan masih basah. Inilah yang menyebabkan rambut mereka mudah untuk menjadi ‘kepam’ dan menjadi tempat untuk kutu bertelur.

*Kalau tak mahu anak dipulaukan di sekolah, jaga rambut mereka elok-elok ya!

Baca juga: Kulit Gebu Bebas Jerawat Dengan Masker Guna Beras Pulut, Petua Kecantikan Orang Siam!

Sumber: Hello Doktor, Kelab Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×