Kerjaya

Lelaki Ini Bongkar ‘Rahsia’ Dapat 5 Angka Sebulan Guna Affiliate TikTok, Semudah ABC!

2
SHARES
CARA BUAT AFFILIATE TIKTOK

TikTok merupakan salah satu platform media sosial yang paling popular di dunia kerana anda boleh menjana pendapatan lumayan menerusi aplikasi tersebut. Sekiranya anda masih belum mengetahui cara buat affiliate TikTok dan ingin mencuba, boleh ikuti perkongsian Izzad Saad di bawah ini.

Affiliate TikTok membolehkan anda mempromosikan produk tertentu dan memperoleh komisen setiap jualan yang terhasil daripada usaha promosi tersebut.

Baca juga: Doa Sempena Sambutan Hari Lahir Anak, Ubah Nyanyian Happy Birthday Kepada Doa, Jom Amalkan!

CARA BUAT AFFILIATE TIKTOK, BOLEH DAPAT 5 ANGKA SEBULAN

CARA BUAT AFFILIATE TIKTOK

Siapa nak buat affiliate TikTok, ini rahsia untuk anda dapat sale 5 angka sebulan. Tips ini saya belajar dari top affiliate sendiri yang memang dah buat 300k sebulan.

1. Pertama sekali, anda boleh request atau minta sample percuma dekat mana-mana penjual yang anda suka untuk review produk tersebut.

2. Kemudia, bila dah dapat barang, buat video review bawah 60 saat. Dapat 30-40 saat pun ok. Yang penting jangan lebih 1 minit.

3. Waktu buat video itu, bagi 200% komitmen dan usaha untuk buat sehabis baik agar dapat hasilkan video yang kualiti, struktur  kuat, konten yang bagus.

4. Bila dah siap, post video macam biasa dekat akaun TikTok yang adan gunakan. Jangan lupa untuk link kan showcase produk anda review itu.

5. Tips ‘rahsia’ perlu tahu adalah terus hantar kod video iklan tersebut kepada penjual. Tak perlu tunggu dia minta. Boleh guna ayat macam ini:

Hi seller. Saya dah buat 1 video review untuk produk _______. Ini link video (bagi link). Saya sertakan sekali (ads code) untuk kegunaan pihak tuan/puan pada masa akan datang. Semoga kita dapat terus bekerjasama di masa akan datang. Terima kasih.

6. Selesai. Lebih bagus jika anda boleh membuat banyak video untuk 1 produk. Jangan lupa untuk hantar kod iklan setiap kali membuat video baharu.

Akan ada juga HQ yang tak run ads pada video affiliate. Jangan risau. Ada banyak lagi produk dan HQ lain di tiktok. Jangan terkejut kalau 1 video sahaja dah boleh cecah sale atas RM50,000.

Sekian dan semoga bermanfaat.

Baca juga: “Semoga Terus Istiqamah” – Norman Hakim Bangga Maria Danisha Dapat 8A Dari 10 Subjek

Sumber: Facebook Izzad Saad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×