Dapur

Resepi Bakso Sambal Cili Power, Sama Macam Di Indonesia!

28
SHARES

Bakso merupakan hidangan terkenal daripada negara sebarang yang menjadi antara menu pilihan para pelancong ketika berada di Indonesia.

Bukan itu sahaja, makanan ini juga sudah sebati dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Buktinya, dapat dilihat banyak kedai makan di sini yang menjual menu bakso sehingga mudah untuk dinikmati.

Baca juga: Resepi Mudah Pecal Viral, Tiap Kali Raya Mesti Licin!

RESEPI BAKSO SAMBAL CILI POWER, SAMA MACAM DI INDONESIA!

Selain itu, ianya mengandungi bebola daging sebagai salah satu bahan utama yang menjadi tarikan keenakan bakso. Malah, dipadankan bersama sambal cili pedas menambahkan lagi kesedapan hidangan ini.

RESEPI BAKSO MANTOP!

1. BAHAN-BAHAN KUAH BAKSO:

  • 500 gm bebola bakso (jangan guna meatball untuk spageti).
  • 500 gm daging tetel.
  • 12 biji bwg putih.
  • 6 biji buah keras.
  • 2.5 sb lada putih.
  • 1 btg daun bwg besar.
  • 3 liter air @secukupnya.
  • 1.5 kiub pati daging.
  • 1 sb garam.
  • 1 sk ajinamoto.
  • 1 sb gula.
  • Daun bawang.

CARA MEMASAK:

1. Rebuskan daging dengan 1 Liter air sehingga empuk.

2. Rebuskan bebola bakso dengan 1.5 Liter air sehingga masak dan kembang.

3. Kisar halus bawang putih, buah keras, lada putih dan batang daun bawang.

4. Tumiskan bahan kisar sehingga keperangan. Pastikan rencah tidak hangit. Kemudian tapiskan menggunakan penapis.

5. Satukan rebusan daging dan rebusan bebola bakso (tambahkan 600ml air jika perlu).

6. Masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan.

7. Perasakan dengan garam, gula, ajinamoto & kiub pati daging.

8. Masukkan hirisan daun bawang.

9. Sedia dihidang bersama mee kuning, suhun dan lain-lain.

P/s: sekiranya anda ada perencah bakso jenama rasako, boleh la dimasukkan dalam kuah untuk rasa yang lebih enak.

2. BAHAN-BAHAN SAMBAL CILI POWER:

  • 30 cili api merah.
  • 2 biji bawang putih.
  • 2 senduk kuah bakso.
  • 1 sk garam.
  • 1 sk gula.
  • 1/2 sk ajinamoto.
  • 2 sb cuka

**kisar kasar kesemua bahan**

CARA PENYEDIAAN:

1. Rebuskan cili api merah dan bawang putih sehingga lembut sebelum dikisar bersama 2 senduk kuah bakso.

2. Kemudian, perasakan dengan garam, ajinamoto, gula dan cuka. Kacau sehingga sebati. Siap!

3. RENCAH TAMBAHAN:

  • Kubis
  • Mee kuning
  • Suhun
  • Taugeh

Nak lebih enak boleh tambahkan kicap manis dan sos cili. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Noor Hasliana Hashim via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×