Dapur

Resepi Original Bakso Bebola Daging Macam Di Indonesia, Mesti Licin Mangkuk!

3.4K
SHARES

“Dah bosan makan nasi, rasa nak makan bakso tapi kedai tak buka pula…”

Bakso merupakan antara juadah popular dari negara Indonesia yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Makanan bersup yang dihidangkan bersama bebola daging ini juga mempunyai pilihan yang banyak seperti bakso beranak. Tetapi, memang susah sebenarnya untuk anda jumpa kedia yang menyajikan bakso mempunyai rasa yang sama seperti negara seberang.

Oleh itu, wanita ini kongsikan resepi bakso ‘sebijik’ macam di Indonesia untuk anda buat sendiri di rumah. Memang puas makan!

KUAH BAKSO INDONESIA (10 org makan)

Bakso Indonesia request by my mom. Resepi ni original dari orang indo ye. Saya guna bebola daging segera je. Kalau nak sedap boleh guna bebola daging jenama  mohd armiya@ramly lebih sedap dan terasa dagingnya. Ni saya kongsikan resepi kuah bakso indonesia.

-Tulang daging RM10

-Bebola daging

-2 biji bawang merah dihiris

-2 batang serai dititik (taknak letak pn takpe)

-1 helai daun pandan(taknak letak pn takpe)

-1 1/2 kiub pati daging

-Perasa ajinomoto (boleh ganti maggi cukup rasa)

-Garam secukup rasa

*2 biji bawang

*6 ulas bawang putih

*3@4 biji buah keras

*1 inci halia

*1 inci kunyit hidup

*1 sb serbuk lada sulah

(Blend@tumbuk bahan bertanda *)

Serai dan pandan tu bahan additional sahaja. Kalau taknak letak pun takpe.

Cara-caranya

1. Rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama lagi sedap.

2. Dalam kuali lain boleh tumis bawang hiris. Kemudian masuk kan bahan blend@tumbuk, pandan dan serai titik.

3. Dah naik bau boleh tuang bahan tumis dalam periuk rebusan tulang tadi. Dan masukkan bebola daging.

4. Perasakan dengan garam dan ajinomoto@maggi cukup rasa.

5. Rebus sampai bebola daging timbul. Timbul tu maknanya kuah dah masak ye. Dah siap !

Boleh makan dgn bihun, mee, kuey teaw. Resepi cili kicap ada di gambar.

Cili Kicap

*Segenggam cili padi hijau

*6 ulas bawang putih

1 sb cuka

1 sb kuah bakso

4 sb kicap manis

Secukup rasa

Garam

1. Rebus bahan bertanda *. Dah lembut boleh blend@tumbuk.

2. Kemudian masuk kan bahan2 lain sesedap rasa. Gaul sebati. Dah siap.

Sumber: Ekynn Aziz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×