Dapur

Tiap Kali Goreng Mesti Hangit, Nah Ini 5 Tips Goreng Kacang Tanah Anda Wajib Try!

36
SHARES
kacang tanah

Tahukah anda sebenarnya menggoreng kacang tanah bukanlah suatu perkara yang mudah? Walaupun anda dianggap ‘expert’ di dapur, tapi satu kesilapan atau kecuaian, pasti kacang tanah akan hangit dalam sekelip mata. Boleh juga katakan kacang tanah ini sensitif sewaktu digoreng, memang perlu diberi sepenuh perhatian kepadanya!

Ada juga kisah di mana suri rumah menggoreng kacang tanah sehingga pahit dan liat disebabkan ‘undercooked’. Itulah susahnya menggoreng kacang tanah ini kerana memerlukan kaedah yang betul.

Tapi, usah risau kerana penulis akan berkongsikan tips menggoreng kacang tanah, elak hangus dan liat!

Baca juga: 20 Petua Masakan Dari Sudut Sains, Rupanya Memasak Jadi Mudah & Hidangan Lebih Lazat!

5 TIPS GORENG KACANG TANAH, ‘CONFIRM’ TAK HANGIT

1. Rendam dalam air mendidih

Jika anda ingin menggoreng kacang tanah tanpa kulit, lebih baik untuk merendamkannya dalam air mendidih selama 10 minit. Ini adalah supaya kulit arinya lembut dan paling penting, mudah dibuang.

Sebelum mula menggoreng, tos air kacang tanah. Kemudian, anda perlu memastikan semua kulit kacang telah dibuang untuk elak hangit dan pahit.

2. Pemilihan kacang tanah 

kacang tanah

Sebenarnya ini adalah tips yang paling penting. Untuk pengetahuan anda, kualiti kacang yang elok mempunyai kulit ari yang terang dan saiz bijinya sama.

Jangan pula membeli kacang yang berbeza saiznya kerana boleh mengakibatkan kacang tanah tidak masak sekata ketika digoreng.

3. Guna api sederhana

kacang tanah

Anda perlu menggunakan api sederhana jika ingin menggoreng kacang tanpa minyak atau sangai.

Penting untuk anda kerap kacau supaya kacang tanah masak dengan sekata. Namun, anda perlu tahu bahawa cara ini agak makan masa berbanding goreng menggunakan minyak.

4. Gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng

Anda perlu memastikan semua kacang tenggelam dalam minyak yang panas semasa menggoreng, jadi guna kuantiti minyak yang lebih banyak daripada kacang.

Sama seperti sangai, anda juga perlu sentiasa kacau kacang dalam kuali agar ia masak sekata dan sepenuh tumpuan perlu diberikan kepadanya supaya tak hangit!

5. Angkat kacang sebelum ia terlalu masak

kacang tanah

Tips ini penting untuk anda ‘alert’ dengan warna kacang tanah, sama ada telah bertukar kuning muda dan ia perlu diangkat segera. Ini kerana kacang tanah akan betul-betul masak dan garing hanya dalam beberapa saat jika tidak diangkat.

Jangan pula menunggu kulit kacang bertukar warna kehitaman atau terlalu garing kerana boleh menyebabkan ia menjadi pahit (terlebih masak).

Selain itu, jangan biarkan kacau dalam kuali walaupun api telah ditutup. Ini kerana kuali panas akan menyebabkan kacang tanah hangit dengan mudah.

Lepas ini, apa kata anda cuba 5 tips di atas yang penulis kongsikan ini. Barulah kacang yang digoreng itu sedap dan lebih rangup. Malah, boleh dijadikan sebagai bahan kepada masakan lain. Jadi, tunggu apa lagi? Selamat Mencuba!

Sumber: Rasa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×