Asuh

Baru Umur 2 Tahun Dah ‘Handal’ Memasak, Ibu Kongsi Tips Di Dapur Untuk Si Kecil!

906
SHARES

Wah, hebat betul adik ni memasak kan?

Itulah keistimewaan adik Syazwi @ Chef Wi yang baru berusia 2 tahun!

Tengok pada gambar yang dikongsikan oleh ibunya, dah macam-macam makanan yang boleh dimasaknya.

Ada telur dadar, lauk pauk, lempeng, carbonara dan macam-macam lagi.

Bukan sekadar itu saja, adik ini juga dilihat turut membantu ibu dalam penyediaan bahan seperti memotong sayur, mengisar bahan dan tidak kekok menggunakan mixer, blender, pisau dan peralatan dapur yang lain.

Seronoknya tengok dia umur 2 tahun pun dah pandai masak. Tapi mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana nak buat anak minat mencuba dan tak bahaya ke di dapur?

Ini tips dan petua yang dikongsikan oleh ibunya sendiri, Puan Nurul Nazireen Khazali

5 Tips Ajar Anak Memasak Di Dapur, Banyak Kelebihannya

Assalamualaikum.

Kali ini saya ingin kongsikan aktiviti memasak saya bersama Syazwi @ Chef Wi. Saya juga ade menerima beberapa soalan bagaimana saya mendidik Syazwi untuk memasak pada usia nya yang baru 2 tahun 6 bulan.

Jadi di sini saya kongsikan beberapa tips berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Mungkin tidak sama untuk anak-anak anda. Jadi boleh sesuaikan ikut keperluan dan tahap perkembangan mereka.

1. Pastikan anak-anak faham apa itu bahaya.

Bila berada di dapur, kita terdedah dengan pelbagai jenis bahaya seperti minyak panas, terpercik dan sebagainya.

Sentiasa awasi anak anda.

Tips ajar anak memasak Tips ajar anak memasak

2. Sediakan kerusi atau peralatan yang sesuai.

Untuk kerusi memasak Syazwi, saya beli dengan ig: dinamitoys

Tips ajar anak memasak di dapur

3. Untuk peralatan tajam seperti pisau, ibubapa lebih tahu keupayaan anak-anak.

Mulakan dengan pisau plastik terlebih dahulu.

Jika anak sudah pandai mengawal baru bertukar ke pisau yang lebih ‘advance’. Syazwi menggunakan pisau dari Ikea.

4. Jangan paksa anak jika mereka tidak minat.

Syazwi sejak kecil memang minat untuk membantu.

Dia terasa sangat dihargai bila saya masak dan panggil dia untuk turut serta.

5. Tidak hanya terhad kepada anak perempuan.

Aktiviti memasak tidak hanya terhad kepada anak perempuan ya!

Antara kebaikan apabila anak-anak turut serta dalam aktiviti memasak, mereka belajar benda baharu.

Selain itu dapat kenal nama bahan-bahan dan sayur-sayuran yang digunakan.

Aktiviti memasak ini juga adalah kemahiran yang dapat membantu anak-anak di masa hadapan mereka (survival skills).

Jom Galakkan Anak Meneroka!

Lumrah anak-anak ialah meneroka dan mencuba benda baharu.

Kita sebagai ibu bapa perlu yakin dan percaya pada anak namun pada masa yang sama juga perlu meletakkan had pada mereka.

Semoga bermanfaat.

*Kredit: Nurul Nazireen Khazali

Wah, menarik kan?

Kalau nak tengok banyak lagi gambar adik Syazwi di dapur, boleh tengok melalui FB ibunya di pautan di atas.

Memang rasa macam nak order makan terus!

Memang bijak dan berbakat… Semoga ibu-ibu dapat manfaatkan tips ini bersama.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×