Dapur

Banyak Nasi Impit Lebih? Cuba Buat Nasi Impit Goreng Bersalut Tepung Ini. Anak Mesti Suka!

2.2K
reads
resepi nasi impit bersalut tepung

“Rasanya open house kali ni dah tersilap bajet. Banyak pula lebihan nasi impit. Nak dibuang membazir, nak makan macam dah jemu pula. Agak-agak ada tak resepi nasi impit yang boleh diolah kepada makanan yang sedap ya?”

Apa kata cuba resepi nasi impit goreng bersalut tepung ini. Rangup di luar, lembut di dalam. Memang sedap dijadikan snek atau kudapan. Sesiapa yang kurang minat makan nasi impit pun, tentu akan teruja untuk mencuba hidangan ini.

Inilah idea bernas olahan Puan Arieza yang dikongsikannya melalui Facebook. Menurutnya, resepi ini memang cukup digemari oleh anaknya. Mereka yang tak suka makan nasi pun boleh jadi suka bila makan nasi impit goreng bersalut tepung ini.

Resepi Nasi Impit Goreng Bersalut Tepung

Berikut dikongsikan resepi nasi impit goreng bersalut tepung yang simple, tapi rasanya tetap istimewa.

Bahan-bahan

  • Nasi impit yang dah dipotong-potong
  • 1 sudu serbuk ikan bilis
  • *3 sudu makan tepung gandum
  • *3 sudu makan tepung Bestari. (Kalau tak ada boleh buat sendiri atau guna apa-apa tepung goreng ayam)
  • *1 sudu makan tepung jagung
  • *1 cawan air
  • Minyak untuk menggoreng

Nota: Bahan bertanda* untuk buat salutan tepung

1. Potongkan Nasi Impit

Pertama sekali, potongkan nasi impit kecil-kecil. Saya guna nasi impit mini yang dipotong 4 bahagian begini.

resepi nasi impit

2. Gaulkan Dengan Serbuk Ikan Bilis

Seterusnya, saya gaulkan dengan 1 sudu serbuk ikan bilis.

Gaulkan rata pada nasi impit.

3. Bancuh Tepung & Bahan Salutan

Sekarang, kita buatkan pula tepung salutnya. Masukkan semua bahan bertanda * ke dalam mangkuk.

Masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan pekat ya.

4. Celupkan Nasi Impit

Kemudian, ambil nasi impit yang dah digaul dengan serbuk ikan bilis tadi dan celupkan ke dalam bancuhan tepung.

Sementara itu, boleh panaskan minyak dalam kuali dan sedia untuk menggoreng.

5. Goreng

Bila minyak dah panas, masukkan nasi impit tadi. Guna api sederhana saja. Goreng sampai garing atau mengikut citarasa anda. Bila agak-agak dah cukup garing, bolehlah diangkat dan toskan.

Siap!

Inilah hasilnya. Sekali pandang macam goreng pisang. Apapun, memang nampak menyelerakan, bukan?

Jadi, kalau ada nasi impit lebihan di rumah, mesti cuba resepi ini. Jimat, tak payah membazir. Anak saya yang susah nak makan nasi pun boleh jadi suka bila dibuat resepi nasi impit goreng bersalut tepung ini.

Akhir kata, semoga bermanfaat untuk anda semua.

Selamat mencuba!

 

*Resepi nasi impit bersalut tepung ini adalah idea asal Puan Arieza Rieza yang dikongsikan pertama kalinya melalui Group Masak Apa Hari Ni (MAHN).  Ia diterbitkan semula dengan keizinan beliau.

Yang Popular

To Top