Dah bosan asyik makan rendang dan ketupat walaupun Hari Raya dalam PKP? Apa kata anda cuba pula buat soto ayam yang paling mudah dimana anda yang tinggal bujang atau baru belajar memasak pun boleh cuba. Bila masak sendiri soto di rumah, baru boleh tambah bermangkuk-mangkuk!
RESEPI SOTO AYAM PALING SENANG!
BAHAN-BAHAN
-Bawang putih, bawang merah
-Halia
-Rempah soto Mak Siti
-Dada ayam
-Kaki ayam
-Serai
-Taugeh, limau nipis, nasi impit, suhoon (digoreng)
1.Kisar bawang merah, bawang putih,halia
2.Ketuk 2 batang serai, i paket kecil rempah soto Mak Siti
3.Dada ayam dicuci bersih. Kaki ayam (pilihan) direbus awal supaya lembut.
4.Panaskan kuali, tumiskan serai sampai wangi
5.Gunakan serbuk rempah soto Mak Siti
6.Bancuhkan rempah bersama air kemudian masukkan selepas anda tumis serai dengan bahan kisar hingga garing
Dah pecah minyak, masukkan air.
7.Masukkan dada ayam.
8.Dah masak, toskan dada ayam kemudian kita akan carikkan dia.
9.Masukkan kaki ayam yang dah direbus ke dalam kuah soto.
10.Dah siap boleh tabur bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
11.Cili kicap
-Goreng cili api dan bawang putih
-Angkat, tumbuk dan letak kicap serta perah limau nipis.
12.Siap!
Sumber: Nabila Zaidi