Dapur

Tom Yam Dan Soto Ayam Diiktiraf Antara Sup Terbaik Dunia Oleh CNN, Memang Layak!

36
SHARES

Sebut sahaja tomyam dan soto ayam, siapa sahaja yang tidak terliur bukan? Enak dimakan pada bila-bila masa, rupa-rupanya makanan bersup terkenal dalam masyarakat Asia ini telah diiktiraf dunia! Apa yang lebih membanggakan adalah, kedua-dua jenis makanan ini memang mudah didapati di dalam negara kita walaupun asal usulnya dari negara jiran.

TOMYAM DAN SOTO AYAM SUP TERBAIK DUNIA!

Soto Ayam dari Indonesia dan Tom Yam Goong dari Thailand telah diiktiraf sebagai antara sup terbaik dunia dari media CNN. Kedua hidangan itu berjaya memasuki senarai 20 sup terbaik di dunia.

Soto Ayam yang diperbuat daripada pelbagai jenis rempah seperti kunyit segar, kayu manis, serai dan daun jeruk berjaya menduduki tempat ke-17 sebagai sup terbaik di dunia. Tidak hanya di Indonesia, sup ini juga diminati di Singapura, Malaysia, dan Suriname – yang terletak jauh di Amerika Selatan,  di mana resipi ini tiba bersama dengan pendatang dari Jawa. Bukan itu sahaja, menu soto ayam ini amat mudah untuk kita jumpa semasa musim perayaan, contohnya dihidangkan kepada tetamu semasa Hari Raya Aidilfitri.

Manakala Tom Yam Goong pula yang berasal dari Thailand pula menduduki tempat ke-18 sebagai sup terbaik di dunia versi CNN. Tom Yam goong adalah salah satu daripada banyak jenis tom yam di Thailand yang menjadi kegemaran orang ramai. Hidangan manis, masam, pedas dan masin ini sangat popular di sekitar Thailand, Singapura dan Malaysia. Bahan aromatiknya meliputi lengkuas, serai dan daun limau purut sambil dihidangkan bersama cili merah untuk menambah kepedasan.

Untuk lima teratas sup terbaik di dunia versi CNN, sup Banga yang berasal dari Nigeria berada di tangga pertama, Beef Pho dari Vietnam di tangga kedua, sup Borscht dari Ukraine menduduki tangga ketiga, Bouillabaisse dari Perancis di tangga keempat dan di tempat kelima diduduki oleh sup Caldo verde dari Portugal.

Sumber: CNN Travel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×