Dapur

Resepi Chinese Noodles Bersos Daging Cincang, Menu Popular & Unik Di Beijing

30
SHARES
resepi chinese noodles

“Sedapnya mi yang dekat kedai Chinese Muslim tu tapi ramainya orang! Nak google jelah resepi chinese noodles ni..”

Tidak dapat dinafikan bahawa makanan yang disajikan di restoran Cina Muslim semuanya sedap-sedap belaka. Makanan yang berasal dari negara seperti China dan Taiwan ini sebenarnya boleh dimasak secara sendiri di rumah dengan menggunakan bahan yang betul. Bila guna bahan dan teknik yang betul, anda akan dapat rasa yang sama tanpa perlu beratur di kedai!

Baca juga: 4 Resepi ‘Meal Prep’ Paling Mudah, Jimat Duit Poket Sampai Hujung Bulan!

RESEPI CHINESE NOODLES MEAT MACAM DI KEDAI

resepi chinese noodle

Bahan-bahan untuk dimasak:

-Spaghetti

-Daging cincang

-Bawang putih, bawang merah, daun bawang

-Chili bean sauce

-Cuka hitam

Karamel masakan

-Kicap cair

Cara-caranya:

1.Panaskan minyak masak lansung tumiskan hirisan daun bawang dan bawang putih cincang.

2.Masukkan daging (daging lembu ya) dan kacau sehingga masak.

3.Ini dia lada sinchuan, sedap bau dia.

4.Masukkan lada sinchuan yang telah ditumbuk hancur.

5.Tuang sos hitam ke atas masakan. Resepi sos hitam – Sediakan mangkuk, masukkan bahan seperti berikut:

-Enam sudu besar kicap pekat (dark soy sauce)
-Empat sudu besar kicap cair (light soy sauce)
-Tiga sudu besar taucu masin (chili bean sauce)
-Tiga sudu besar sos tiram
-Sesudu serbuk lada sulah (white pepper)
-Tiga sudu cuka hitam (black vinegar)

(Kacau semua bahan menjadi sebati)

6.Campurkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Boleh tambahkan garam sesuai selera.

7.Siap kuah daging pekat likatm Sekiranya kuah agak kering, boleh tambahkan air untuk cairkan kuah.

8.Tuang kuah ke atas mi kemudian boleh letakkan hirisan timun dan lobak merah untuk kerangupan.

9.Gaul sebati dan boleh dimakan.

10.Siap bungkus mi lengkap dengan chili oil.

resepi chinese noodle

*Tak perlu lagi keluar beratur di kedai makanan Cina Muslim untuk dapatkan rasa chinese noodles yang autentik! Memang sedap!

Baca juga: Resepi Sambal Nasi Lemak Turun Temurun, Sekali Makan Teringat Masakan Nenek Di Kampung

Sumber: Zurina Zulkefli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×