Dapur

Resepi Bebola Ikan Salut Tepung, Imbau Nostalgia 80an!

32
SHARES

Jika anda sedang membaca artikel ini, cuba tanya dulu kepada mak dan ayah atau atok nenek yang lahir sekitar tahun 80an, pernah tak makan bebola ikan bersalut tepung yang dijual di gerai tepi jalan sewaktu mereka membesar.

Mesti mereka akan teringat kembali makanan nostalgia ini! Jadi apa kata sambil mendengar cerita kenangan lama itu, anda buat sendiri bebola ikan bersalut tepung seperti resepi di bawah. Barulah boleh menikmati saat manis yang sama seolah berada di era 80an.

Baca juga: Kenali Jenis Ketuhar & Fungsinya, Barulah Tak Hangit Kek & Biskut!

RESEPI BEBOLA IKAN SALUT TEPUNG, IMBAU NOSTALGIA 80AN!

Makanan nostalgia masa sekolah rendah sekitar tahun 80an. Lepas balik sekolah sementara menunggu bas sekolah tiba, beli makanan yang dijual di gerai luar sekolah.

Bebola ikan salut tepung, tapi yang dijual tu dia cucuk pada lidi pendek. Sekarang tak pernah jumpa dah. Sekarang banyak dipasaran bebola ikan keluaran Muslim.

RESEPI BEBOLA IKAN SALUT TEPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • Bebola ikan
  • Tepung berempah ( saya guna bestari)
  • Tepung Goreng pisang ranggup

CARA-CARA:

1. Campurkan kedua-dua jenis tepung, masukkan air dan gaul hingga sebati.

2. Masukkan bebola ikan, gaul rata.

3. Panaskan minyak dan goreng bebola sehingga keemasan.

4. Hidangkan bersama sos pencicah.

Selamat mencuba.

Meninjau di ruangan komen, ramai juga yang mengimbau memori bersama makanan ini. Seronok pula membaca reaksi mereka apabila bertemu makanan yang sudah jarang muncul sekarang ini.

Anda dah cuba nanti, boleh kongsikan kepada anak-anak dan jiran tetangga supaya makanan ini tak lapuk ditelan zaman okay!

Sumber: Facebook Nur Masri via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×