Dapur

Guna 10 Teknik Ini Cuci Kerang Sampai Bersih, Isi Pun Lebih Sedap!

396
SHARES
cara basuh kerang

Makan kerang memang sedap tetapi kalau salah cara basuh kerang memang akan mengambil masa yang lama untuk menghilangkan lumpur dan pasir yang melekat pada kulit kerang.

Antara petua biasa digunakan adalah dengan memberus kulit kerang tersebut tetapi agak remeh kerana memakan masa yang lama. Jadi, untuk menjimatkan masa, ini 10 teknik cara basuh kerang sehingga bersih. Guna bahan di dapur je. Mudah kan?

Baca juga: Rupanya Ini Rahsia Goreng Ikan Bilis Rangup & Tahan Lama, Baru Tahu!

CARA BASUH KERANG GUNA 10 TEKNIK INI, LEBIH BERSIH & MUDAH

cara basuh kerang

Kerang yang dijual warnanya gelap. Nak masak perlu bersihkan sampai putih berseri. Rupa-rupanya ada petua mudah nak bersihkan kerang.

Cara 1

Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Kulit kerang akan lebih bersih.

Cara 2

Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. Dengan cara ini isi kerang lebih enak dan mudah dicuci.

Cara 3

Gaul dengan daun ubi dan ramas-ramaskan.

Cara 4

Guna daun betik pun boleh. Caranya mudah sahaja sama seperti menggunkan daun ubi.

Cara 5

Gaul kerang dengan menggunakan hampas kelapa dan biarkan selama satu hingga dua jam. Kulit kerang akan putih bersih.

cara basuh kerang

Cara 6

Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh.

Cara 7

Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang.

Cara 8

Rendam menggunakan asam keping pun boleh. Rendam selama setengah jam dan kerang akan menjadi lebih bersih.

Cara 9

Rendam kerang guna garam.

Cara 10

Rendam kerang dalam semangkuk air yang dah masukkan serbuk kunyit. Rendam selama 16 minit.

Macam-macam cara boleh guna untuk bersihkan kulit kerang. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Shida Rahman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×