Sihat

Selain Lindungi Mata, Sebenarnya Ada 9 Khasiat Kacang Gajus Yang Lain Untuk Tubuh Badan Anda!

33
SHARES
khasiat kacang gajus

Kacang gajus kerap digunakan dalam masakan sama ada dalam lauk ataupun biskut. Ada juga yang jadikannya sebagai snek ringan apabila ia digoreng dan dipanggang. Sebenarnya ada banyak khasiat kacang gajus untuk tubuh badan selain digunakan dalam masakan.

Apa yang sedap dengan kacang gajus ini adalah rasanya yang lemak. Ia merupakan sebab utama kenapa lebih ramai gemar kacang gajus ini berbanding jenis kacang yang lain. Bukan sahaja rasa yang sedap, malah memberi banyak manfaat kepada tubuh badan. Ikuti perkongsian penulis mengenai khasiat kacang gajus kepada kesihatan tubuh seseorang.

Baca juga: Bukan Hanya Boleh Merawat Masalah Kencing Manis, Ini 7 Khasiat Labu Air Anda Kena Tahu

10 KHASIAT KACANG GAJUS UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN

1. Kurangkan paras tekanan darah

khasiat kacang gajus

Kajian telah dijalankan ke atas penghidap diabetes mellitus tentang kesan pengambilan kacang gajus sebanyak 30 g sehari selama 12 minggu. Hasil kajian itu menunjukkan paras tekanan darah sistolik dapat dikurangkan manakala paras HDL ditingkatkan (kolesterol baik)  dalam darah pesakit diabetes mellitus ini.

2. Lindungi mata

Terdapat satu komponen dalam kacang gajus yang dikenali sebagai zeaxanthin. Komponen ini menghasilkan perlindungan terhadap mata dari kesan-kesan bahaya sesetengah jenis cahaya jika ia dibawa ke bahagian mata.

3. Cegah anemia

khasiat kacang gajus

Terdapat kandungan vitamin C yang tinggi dalam kacang gajus. Untuk pengetahuan anda, pengambilan vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi untuk penghasilan hemoglobin yang membina sel darah merah. Elemen copper juga terkandung dalam buah ini untuk pembentukan sel darah merah sekaligus membantu penghidap anemia.

4. Cegah kerosakan sel

Terdapat polifenol dalam kacang gajus yang bertujuan untuk mencegak kerosakan sel yang berpunca daripada radikal bebas. Selain itu, kandungan vitamin C di dalam kacang ini, bersifat antioksida yang sama seperti polifenol di mana kedua-dua ini berupaya untuk menjaga kesihatan sel tubuh badan anda.

5. Kurangkan paras kolesterol LDL di dalam darah

Kesan pengambilan kacang gajus ke atas pesakit yang mempunyai risiko dan juga telah menghadapi paras LDL tinggi mendapati buah ini mengurangkan kadar jumlah kolesterol dan paras kolesterol LDL di dalam darah.

6. Mengandungi serat

Kacang gajus juga mengandungi kandungan serat yang tinggi. Serat penting untuk pelbagai tujuan kesihatan seperti dapat menurunkan kadar kolesterol di dalam darah dan melambatkan kenaikan gula dalam darah. Selain itu, serat juga mampu menghalang sembelit kerana ia merangsang proses peristalsis.

7. Mengandungi vitamin C

Untuk pengetahuan anda, setiap 100 g buah gajus boleh membekalkan sebanyak 140 mg vitamin C berdasarkan jadual komposisi mikronutrisi. Apa yang bagusnya, jumlah ini telah dapat memenuhi lebih dari separuh keperluan vitamin C harian anda.

Pengambilan vitamin C yang mencukupi boleh menghalang penyakit skurvi, meningkatkan sistem imunisasi badan dan menolong penyerapan zat besi.

8. Untuk kesihatan tulang dan sendi

khasiat kacang gajus

Kerapuhan tulang dan kehilangan mineral dari tulang dapat dicegah dengan kandungan copper dalam kacang gajus. Di samping itu, copper juga penting dalam pembentukan kolagen dan tisu penghubung yang berupaya untuk menjaga kesihatan sendi.

9. Turunkan paras insulin

Hasil kajian terhadap pesakit diabetes yang mengambil kacang gajus dalam diet mereka selama lapan minggu mendapati bahawa paras nisbah LDL-HDL dan juga kadar serum insulin telah dikurangkan. Paras insulin yang terlampau tinggi akan mengakibatkan penyakit jantung dan juga obesiti.

10. Menurunkan nisbah kolesterol LDL-HDl

Satu kajian ke atas 50 orang pesakit diabetes telah dijalankan demi mengkaji keberkesanan kacang gajus dalam menurunkan paras nisbah kolesterol LDL-HDL Kajian ini telah berjalan selama 8 minggu dan hasilnya menunjukkan nisbah kolesterol LDL-HDL dalam pesakit yang mengambil kacang gajus lebih rendah berbeza dengan yang tidak memakan buah itu dalam pemakanan mereka.

Kesimpulannya, kacang gajus ini memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan seseorang. Selain kelazatannya dalam masakan, ia juga memberi banyak kebaikan kepada kesihatan tubuh badan yang tak patut anda abaikan. Cuba makan lebih banyak kacang gajus melalui masakan yang melibatkan buah ini untuk meningkatkan tahap kesihatan anda.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Root of Science

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×