Mata adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Kalau tak ada mata, macam mana lah kita nak menikmati apa yang kita sedang lalui setiap hari kan? Namun, mata kita juga perlukan perhatian dan kasih sayang. Penjagaan yang rapi dan berkala juga perlu dilakukan supaya mata kita sentiasa sihat. Tahukah anda bahawa mata juga adalah lambang untuk kita menentukan tahap kesihatan badan seseorang itu? Tengok, penting betul mata kita ni kan. Jadi, jangan lakukan 8 perkara ini kalau anda sayang mata anda!
1. Pakai kanta lekap yang sama berulang kali

http://www.beautifeye.co.uk/
Buat pemakai kanta lekap atau lebih dikenali sebagai ‘contact lens’ ini, anda perlu berhati-hati. Memakai kanta lekap yang sama berulang-ulang kali memang tidak digalakkan walaupun anda berpendapat bahawa sudah menggunakan ‘solution’ yang baharu. Bakteria akan mudah merebak di kanta lekap tersebut dan apabila anda menggunakan ia kembali, mulalah nak sakit mata dan sebagainya. Kalau anda selalu buat begini, jangan hairan kalau mata anda selalu bengkak secara tiba-tiba. Ingat, tukar ‘solution’ setiap hari tau!
2. Terlampau suka gosok mata

http://www.huffingtonpost.com/
Kadang-kadang gatal mata ni tak dapat dibendung kan? Rasa macam nak korek-korek saja mata kita ni. Memang kalau gosok mata ni rasa lega sikit tetapi tahukah anda, dengan menggosok mata boleh menjejaskan pengaliran darah dalam urat tu. Ada yang gosok mata sampai boleh nampak urat-urat dekat mata tu kan? Itulah dia, lama-lama akan jadi pedih pula. Jadi, janganlah gosok mata dengan gerakan yang melampau yang sampai boleh mencederakan mata kita tanpa kita sedari.
3. Sentuh mata tanpa cuci tangan dahulu

www.naukrinama.com
Menurut kajian dari Journal of Occupational and Environmental Hygiene, normal untuk kita menyentuh wajah kita sebanyak 16 kali sehari. Oleh itu, kebarangkalian yang tinggi juga untuk anda menyentuh mata yang telah ‘dijangkiti’ bakteria yang lain. Oleh itu, elakkan menyentuh mata anda tanpa mencuci tangan terlebih dahulu. Hal ini kerana, kita tak tahu bakteria apa yang ada di tangan kita berdasarkan rutin kita sebelum itu.
4. Cabut bulu mata

http://www.pinsdaddy.com/
Mungkin kedengaran pelik tetapi sebenanrnya ada antara kita yang suka mencabut bulu mata tau. Bulu mata sebenarnya bertindak sebagai penapis kepada habuk dan bakteria untuk masuk ke dalam mata kita, jadi tanpa bulu mata, bahayalah mata kita betul tak? Ada yang suka cabut bulu mata ni apabila terdapat salah satu helaian bulu mata yang tidak sekata. Jadi, mereka cabut sahaja bulu mata tersebut tanpa memikirkan kesan sampingan. Kasihanilah mata kita.
5. Guna air paip atau air liur untuk cuci kanta lekap

www.canadiancontactlenses.com
Penting lagi sekali untuk pemakai kanta lekap ialah air yang digunakan untuk mencuci kanta lekap tersebut. Jangan sesekali gunakan air liur dan air paip untuk mencuci kanta lekap! Hal ini kerana, kedua-dua jenis air yang berbeza ini mempunyai bakteria dan untuk pengetahuan anda, kalau anda gunakan air paip untuk mencuci, risiko untuk mata menjadi buta adalah tinggi tau! Jadi, untuk langkah lebih selamat, gunakan air yang sudah ditapis untuk mencuci ‘contact lens’ tersebut.
6. Berenang tanpa guna ‘goggles’

http://www.thetrishop.com/
Mungkin ramai yang berpendapat bahawa memakai goggles hanyalah untuk mereka yang merupakan perenang profesional sahaja. Salah anggapan itu. Jika anda suka berenang, tidak kira sama ada dalam kolam ataupun pergi mandi air terjun, pemakaian googles adalah sangat disarankan. Hal ini kerana, goggles berfungsi sebagai pelindung mata dari air yang mungkin mempunyai bakteria yang boleh menjejaskan mata kita.
7. Selalu guna ubat titis mata sepanjang masa

www.wisegeek.ne
Bila mata pedih saja guna ubat titis mata atau ‘eyedrop’. Boleh untuk gunakan tetapi janganlah sampai setiap masa pun nak guna ‘eyedrop’ ni. Hal ini kerana, mata anda akan terbiasa dengan penggunaan ubat ini dan akan menjejaskan urat saluran darah dalam mata. Bila anda sudah terbiasa, akan tiba di satu tahap anda akan berhenti menggunakan ‘eyedrop’ ini. Ha, disinilah punca mata akan menjadi kemerah-merahan dan bengkak. Jangan lupa untuk jumpa doktor ya!
8. Tak guna ‘protection’
Maksud apabila tak guna perlindungan ini adalah ketika anda membuat kerja-kerja yang terdedah kepada habuk. Contohnya, kalau nak bersihkan rumah atau stor yang penuh dengan debu tu, eloklah pakai kaca mata khas untuk melindung mata dari dimasuki habuk tersebut. Begitu juga dengan sesiapa yang bekerja yang selalu terdedah dengan habuk kayu, mesti kena pakai kaca mata khas untuk melindung mata kita dari habuk.
*Jadi, jaga mata kita elok-elok ok!

giphy.com