Sihat

Hanya 70mg Sehari, Tak Perlu Berlebihan! Ini 9 Makanan Tinggi Vitamin C Semulajadi

59
SHARES
makanan tinggi vitamin c

Sebut saja pasal Vitamin C, kita akan terbayangkan buah oren. Bila tengok buah oren pula, kita akan terbayangkan Vitamin C. Macam sinonim betul Vitamin C dengan buah oren ni kan?

Memang betul buah oren mengandungi nilai Vitamin C yang baik, iaitu sekitar 70mg bagi setiap cawan. Namun sebenarnya banyak lagi buah-buahan serta sayuran yang kaya dengan Vitamin C, malah jauh lebih tinggi berbanding buah oren.

Selain itu, kita juga tidak perlu berlebihan kerana boleh memudaratkan kesihatan selain pembaziran.

Selain itu, pengambilan berlebihan juga boleh menyebabkan kesan berikut:

  • penyerapan vitamin C menurun kepada 50% jika pengambilan melebihi 1000mg sehari
  • meningkatkan risiko pembentukan batu karang bagi individu yang tinggi kandungan kalsium urinari

makanan tinggi vitamin c

Bukan apa, sekarang ni sibuk dengan pelbagai produk kesihatan yang claim perlunya mengambil Vitamin C, sampai ada yang rasa risau kalau tak makan suplemen.

Jangan risau, menurut KKM, orang dewasa hanya perlukan 70 mg Vitamin C sehari.

3 sajian sayuran dan 2 sajian buah-buahan sudah dapat memenuhi keperluan Vitamin C harian anda.

Jadi kalau nak tahu makanan tinggi Vitamin C, malah ada yang lebih tinggi berbanding buah oren tu, jom tengok senarai di bawah ini.

9 Jenis Makanan Tinggi Vitamin C Semulajadi. Murah & Sesuai Untuk Semua!

1. Jambu Batu

Jambu batu merupakan antara buah yang paling tinggi kandungan Vitamin C. Setiap cawan jambu batu mengandungi hampir 377mg Vitamin C, iaitu sekitar 4-5 kali ganda lebih banyak berbanding buah oren!

Beruntunglah kita yang berada di negara tropika ni sebab buah jambu batu mudah didapati dan agak murah harganya berbanding buah-buahan lain.

Bukan itu saja, pengambilan sebiji buah jambu batu sehari saja telah melengkapkan hingga 140% keperluan Vitamin C harian.

Hebat kan?

buah tinggi vitamin c

2. Brokoli

Mungkin ada anak-anak kita yang cukup benci dengan brokoli.

Tapi ibu ayah patut tahu bahawa sayur ini pula bukan sahaja rendah kalori, malah kaya dengan vitamin C! Dengan hanya 30 kalori secawan, ia mampu memberikan kebaikan vitamin C sebanyak 132 mg.

Brokoli ini juga dikira sebagai superfood kerana mempunyai banyak khasiat antaranya mampu melawan kanser, membekalkan tenaga, dan meningkatkan kesihatan jantung.

So, kenalah pujuk anak makan brokoli ya!

3. Betik

Kebanyakan orang akan makan betik ketika ada masalah penghadaman kan?

Selain melawaskan, betik juga ada banyak kelebihan tersendiri seperti membantu mencerahkan kulit dan menguatkan tulang.

Satu cawan betik boleh memberikan kebaikan vitamin C sebanyak 88.3 mg.

4. Strawberi

Warna yang merah dan ceria, semua orang pasti suka strawberi lebih-lebih lagi kanak-kanak. Bagi yang agak masam, boleh buat smoothie yang dicampur sedikit susu. Memang sedap!

Khasiat mineral lain di dalam strawberi mampu meningkatkan kesihatan jantung, mengawal kandungan gula dalam darah serta mengurangkan tekanan darah tinggi.

Vitamin C yang terkandung di dalamnya juga cukup banyak iaitu sekitar 84.7 mg secawan.

Cara buat air detox

Foto Kredit: wishesndishes.com

5. Longan

Ramai peminat buah longan ni di Malaysia kan?

Isinya yang manis dan sedap sebenarnya mengandungi banyak khasiat termasuklah kandungan vitamin C yang tinggi!

Mungkin ramai yang tidak tahu longan juga mengandungi pelbagai zat termasuk mineral seperti vitamin A, B, B1, B2, B3, kalsium, zat besi, fosfor, kalium, zink, magnesium dan juga asid tartik.

makanan tinggi vitamin c

6. Nanas

Satu lagi buah tropika ini memang cukup disukai ramai. Ada yang makan sebagai jeruk dan ada yang suka jadikan lauk dalam masakan.

Nanas bukan sahaja mempunyai kandungan vitamin C yang cukup tinggi (78.9 mg), malah ia juga mengandungi bromelain iaitu enzim khusus untuk memudahkan penghadaman serta mengurangkan risiko kembung.

Bukan itu sahaja, komponen ini juga bertindak sebagai agen anti-radang semulajadi.

7. Kiwi

2 biji buah kiwi pula mempunyai vitamin C sehingga 137.2 mg. Ia juga padat dengan mineral seperti kalium(potassium) dan kuprum(copper).

Satu kajian terkini juga mendapati kiwi mampu melancarkan sistem penghadaman serta meningkatkan kesihatan jantung dengan mengurangkan kandungan lemak dalam darah.

8. Sawi

Sayuran yang murah dan mudah didapati di Malaysia ini sememangnya superfood yang patut diamalkan terutamanya oleh kita yang dewasa.

Sayur ini mengandungi dua kali ganda vitamin A dan 7 kali ganda vitamin K daripada berbanding kuantiti pengambilan harian yang disyorkan.

Secawan sayur ini mengandungi sehingga 76.6 mg vitamin C, di mana ia bukan sahaja kaya dengan pelbagai vitamin, malah ia juga merupakan sumber mineral dan asid lemak yang baik untuk tubuh.

Basuh bersih-bersih dulu sebelum masak

Basuh bersih-bersih dulu sebelum masak

9. Lada Benggala

Kalau jambu batu paling banyak Vitamin C dalam kategori buah-buahan, lada benggala pula adalah antara champion bagi kandungan Vitamin C dalam kategori sayuran.

Berbanding 70mg dalam oren, lada benggala atau capsicum ini mengandungi 240mg Vitamin C tau.

Jadi dah tahu ni, bila masak spageti, tom yam, ayam black pepper, atau apa-apa lauk yang sesuai, jangan lupa sertakan sekali lada benggala dalam masakan ya!

Kepentingan Vitamin C

Umumnya kita disyorkan untuk mengambil sekitar 70mg hingga 90mg vitamin C dalam diet seharian. Berbanding suplemen, eloklah makan sayur dan buah-buahan semulajadi yang lebih segar dan berkhasiat serta kaya dengan mineral-mineral lain untuk kesihatan menyeluruh.

Vitamin C amat penting bagi meningkatkan tahap imuniti badan daripada penyakit. Vitamin C juga bertindak sebagai antioksida yang mengawal kesihatan sel dalam badan.

Walaupun buah oren sering dikaitkan dengan kebaikan vitamin C, namun banyak lagi sayur dan buah yang dapat menandingi jumlah vitamin C dalam sebiji oren.

Sekarang dah tahu, kini anak-anak punya banyak pilihan lain untuk melengkapkan pengambilan vitamin C harian mereka. Kebanyakannya juga mudah didapati di pasaraya.

Dapatkan nasihat profesional daripada ahli farmasi sebelum mengambil suplemen Vitamin C di pasaran ok!

 

*Sumber: KKMHealthline.com, Reader’s Digest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×