0-6 Bulan

Anda Mungkin Tak Tahu, Ini 5 Kelebihan Makan Ayam Untuk Kesihatan Dan Perkembangan Bayi!

237
SHARES

Sedapnya makan ayam kan?

BILA BAYI BOLEH MAKAN AYAM?

http://www.afmfc.com/

Penting untuk anda tahu bahawa makanan pejal boleh mula diberikan kepada anak apabila mereka berumur 6 bulan ke atas. Hal ini kerana, makanan pejal hanya boleh diperkenalkan kepada bayi apabila mereka mencapai umur tersebut. Pada peringkat awal, anda boleh mulakan dengan memberi dua sajian puri ayam dan lama kelamaan apabila perut mereka sudah terbiasa, anda boleh tambah ‘portion’ makanan tersebut.

KEBAIKAN MAKAN AYAM UNTUK BAYI DARI SEGI KESIHATAN

1. Pertumbuhan otot yang sihat

http://staceyzspeech.wixsite.com/

Menurut MomJunction, 100 gram ayam mengandungi 18.6 gram protein di dalam setiap hidangan. Semua orang tahu bahawa protein merupakan nutrisi penting yang patut ada dalam setiap hidangan makanan kerana boleh membantu kepada perkembangan otot yang sihat. Tambah pula untuk bayi, lagilah penting untuk pembesaran mereka. Selain itu, protein yang datang dari sumber haiwan ini sangat bagus dan mudah untuk diterima oleh sistem penghadaman bayi.

2. Bagus untuk sistem saluran pendarahan

http://healthyandbeautyzone.com/

Ayam juga mempunyai kandungan iron yang tinggi dimana dapat melancarkan dan memperbaiki sistem saluran pendarahan badan. Bukan itu sahaja, ayam juga dapat membantu untuk menambahkan sel-sel darah merah. Bukan itu sahaja, potassium yang terkandung dalam ayam juga dapat menstabilkan darah supaya berada dalam kondisi yang baik.

3. Menguatkan tulang

http://drtaylorwallace.com/

Tahukah anda bahawa 100 gram ayam mengandungi  15 mg kalsium dan  182 mg phosphorus. Ternyata, dua mineral ini mampu untuk menguatkan tulang badan kita tau! Jadi, amat bagus untuk anak-anak khususnya bayi dibiasakan dengan menu ayam supaya proses pembinaan tulang yang kuat dapat berjalan dengan lancar.

4. Vitamin yang boleh merangsang perkembangan otak

http://www.parents.com/

Bukan itu saja, isi ayam juga adalah kaya dengan vitamin yang boleh membantu untuk merangsang perkembangan otak bayi. Antara vitamin yang terkandung dalam ayam adalah Vitamin C, A, DAN B12. Vitamin B12 yang juga dipanggil sebagai ‘cobalamin’ adalah kandungan yang penting di dalam ayam yang dapat membantu perkembangan otak anak. Anak boleh jadi genius la ni!

5. Menguatkan immuniti badan anak

www.tesco-baby.com

Nutrisi yang pelbagai yang boleh dijumpai dalam ayam juga sebenarnya dapat menguatkan immuniti badan anak-anak. Nutrisi seperti zinc dan magnesium ini ternyata dapat menjadikan tubuh badan anak anda lebih kuat. Jadi, kalau anak selalu demam dan asyik lemah tu, boleh lah anda menambahkan kekerapan menu ayam dalam diet anak supaya badan mereka akan cepat sembuh dan terhindar dari penyakit.

MACAM MANA NAK PILIH AYAM YANG TERBAIK?

1. Beli ayam dari kedai yang bersih.

http://www.thestar.com.my/

Bila anda ke pasar basah atau pasaraya, memang mudah untuk jumpa orang jual ayam. Tetapi, anda pernah ingat bahawa bukan semua ayam yang dijual adalah segar. Elak untuk membeli ayam yang ‘frozen’ jika mahu diberikan kepada bayi kerana kandungan ‘pathogens’ yang tinggi dapat membahayakan bayi.

2. Pilih ayam yang segar

http://fhmpakistan.com/

Kalau boleh, pemilihan ayam untuk bayi perlu dilakuka dengan teliti. Jika anda mempunyai bajet yang tinggi, boleh lah anda memilih ayam yang organik dimana terhindar dari suntikan antibiotik. Jika tidak, anda perlu memilih ayam yang segar dimana isi ayam masih merah dan bersinar-sinar. Barulah anak nak makan pun sihat.

3. Beli ayam bila perlu

www.linkedin.com

Untuk ibubapa, kalau nak beli ayam tu janganlah pula beli banyak-banyak pula. Bukan apa, bayi ni makan tak banyak, jadi kuantiti ayam yang dibeli perlu diselaraskan dengan penggunaannya. Beli ayam apabila anda perlu masak untuk mereka sahaja kerana, ayam yang ingin diberikan kepada bayi tidak boleh melalui proses penyimpanan yang lama. Janganlah sampai sebulan dalam peti sejuk beku pun masih dimasak untuk mereka. Beli mengikut kuantiti yang diperlukan sahaja ya.

* Amalkan pemakanan anak-anak yang sihat supaya anak dapat membesar dengan sihat juga ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×