Sihat

8 Khasiat Limau Bali (Pomelo) Yang Ramai Tak Tahu. Tinggi Vitamin C Tau!

22
SHARES
khasiat limau bali

Limau bali (pomelo) dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Citrus maxima atau Citrus grandis.

Ia adalah dari kumpulan buah-buahan sitrus seperti limau, oren, dan limau gedang (grapefruit).

Di Malaysia, limau bali banyak ditanam di Perak, Kedah, Melaka, Kelantan dan Johor manakala di luar negara ia ditanam secara meluas di China Selatan, Thailand Selatan, Selatan Jepun, Taiwan, India Selatan, Papua New Guinea, Indonesia dan Tahiti.

Ciri Fizikal Limau Bali

Ia merupakan spesies yang tumbuh setinggi 15 meter dengan mahkota bulat.

Pokok ini mempunyai daun berbentuk elips berukuran 4 hingga 8 inci. Bentuk buahnya bervariasi dari bentuk bulat hingga bentuk pir. Buahnya berukuran diameter 30 cm dan berat sekitar 9 kg.

Warna isinya berwarna kuning kehijauan, merah jambu, kuning atau merah dan terbahagi dari 11 hingga 18 segmen.

Buahnya mempunyai rasa manis hingga agak berasid. Selain dimakan buahnya, limau bali sering diolah dalam bentuk jus.

Limau bali merupakan buah yang sangat popular terutamanya ketika musim Tahun Baru Cina. Kaum cina
mempercayai limau bali membawa tuah kepada rumah tangga serta melambangkan perpaduan keluarga.

khasiat limau bali

8 Khasiat Limau Bali Yang Ramai Tak Tahu

Berikut adalah antara khasiat limau bali untuk kesihatan.

1. Tinggi Vitamin C

Seperti buah-buahan sitrus yang lain, buah limau bali amat sinonim dengan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Vitamin C merupakan sumber utama asid askorbik yang digunakan untuk meningkatkan sistem imun.

Vitamin C juga adalah antioksidan yang mendorong aktiviti sel darah putih dan mecegah radikal bebas yang boleh merosakkan organ tubuh.

Ia mengurangkan gejala batuk, selesema, demam dan gejala serius atau jangkitan virus, mikrob dan bakteria kerana fungsinya yang membantu menguatkan semula sel-sel imun dan juga antibodi.

Ini dapat melindungi tubuh dari bakteria serta virus yang menjadi penyebab.

2. Baik Untuk Kesihatan Jantung

Limau bali adalah sumber kalium yang hebat di mana sebiji buah menyediakan 37% dari keperluan harian.

Kalium pada limau bali bertindak membantu melepaskan ketegangan pada saluran darah dan melancarkan peredaran darah dan pengoksigenan organ.

Ia berpotensi menurunkan tekanan pada jantung dan juga mengurangkan kemungkinan serangan jantung, aterosklerosis dan strok.

Foto Kredit: csn.org

3. Mengurangkan Kekejangan

Khasiat limau bali antara lainnya adalah membantu mengurangkan kekejangan.

Ini kerana kalium pada limau bali mampu untuk mengimbangi cairan dalam badan yang merupakan aspek penting untuk mengurangkan kekejangan otot dan juga kekakuan.

Kekejangan juga biasanya disebabkan oleh kekurangan cecair dan elektrolit seperti magnesium, kalium dan
natrium. Natrium juga terdapat dalam jumlah yang banyak dalam buah limau bali.

Foto Kredit: momjunction.com

4. Kaya Dengan Serat

Seperti juga buah-buahan sitrus lain, buah limau bali juga amat kaya dengan serat.

Pengambilan serat dalam diet membantu sistem pencernaan yang baik, sekaligus membantu mengawal berat badan dan mencapai berat badan impian!

makanan menurunkan berat badan

Foto Kredit: watchfit.com

5. Membantu Penyerapan Zat Besi

Risiko untuk mendapat anemia kekurangan zat besi boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi.

Selain itu digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C kerana vitamin C dapat membantu badan menyerap zat besi dengan lebih baik.

Foto Kredit: alamystockphoto.com

6. Awet Muda

Khasiat limau bali yang mungkin ramai paling suka ialah ia membantu kita awet muda kerana ia bersifat anti-penuaan.

Kandungan Vitamin C yang tinggi yang terdapat pada limau bali mempunyai aktiviti antioksidan yang menghapuskan radikal bebas yang berbahaya.

Radikal bebas adalah penyebab penurunan kulit yang mengakibatkan tanda-tanda penuaan pramatang
seperti kulit kendur, kedutan dan bintik-bintik usia.

Oleh itu, rajin-rajinlah makan buah-buahan yang tinggi Vitamin C, contohnya limau bali kerana pengambilan Vitamin C yang tinggi dapat mengelakkan masalah ini.

Petua Awet Muda

7. Menjaga Kesihatan Gigi & Gusi

Menjadi sumber Vitamin C yang hebat, buah limau bali dapat membantu menjaga kesihatan gigi dan juga gusi.

Kekurangan Vitamin C menyebabkan pendarahan gusi dan gigi longgar.

Ia bermanfaat untuk mengatasi gusi berdarah kerana kolagen yang terdapat pada buah ini berguna untuk mewujudkan keseimbangan dan kesihatan gigi dan gusi.

Ia juga melindungi gigi dan gusi dari jangkitan bakteria.

Foto Kredit: mynahcare.com

8. Kulit Buah Limau Bali Bersifat Antibakteria

Selain khasiat limau bali yang didapati secara oral, kulit limau bali juga mungkin mempunyai sifat antibakteria dan antifungal, menurut sebuah kajian yang dilaporkan melalui artikel Healthline.com.

Oleh sebab itu, kulit limau bali sering digunakan dalam essential oil untuk membantu meningkatkan kesihatan luaran di samping memberi aroma yang menenangkan.

Kulit limau bali juga sesuai digunakan sebagai pewangi semulajadi. Jadi, jangan terus buang tau!

khasiat buah limau bali

Wah, Banyaknya Khasiat Limau Bali Kan?

Wah, memang banyak kelebihan buah limau bali yang mungkin selama ini kita tak perasan.

Ada tak peminat limau bali dekat sini?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×