40 Minggu

Pulihkan Bayi Songsang Guna Cahaya Lampu Suluh Adalah Mengarut, Ini Jawapan Pakar

95
SHARES

“Risaunya, bila scan tadi doktor cakap bayi macam songsang. Apa yang aku kena buat eh..”

Mungkij ada dalam kalangan sesetengah ibu yang akan berasa sedikit ‘ngeri’ untuk menghadapi proses bersalin apabila mengetahui bahawa kandungan songsang. Antara punca yang menyebabkan kandungan songsang adalah pernah hamil kandungan songsang sebelum ini, hamil kembar atau ketidaknormalan pada rahim.

Timbul juga isu mengatakan penggunaan cahaya lampu suluh dikatakan dapat ‘menarik’ kandungan supaya dapat kembali ke posisi yang asal. Betul atau tidak? Ini adalah jawapan dari pakar.

ECV BANTU PUSINGKAN BAYI SONGSANG?

PROSEDUR BIDAN ZAMAN DAHULU PUSING KANDUNGAN

Penting untuk anda pastikan bahawa proses ini dilakukan oleh pakar untuk menjaminkan keselamatan ibu dan kandungan.

PETUA UNTUK BAYI SONGSANG

Antara petua bayi songsang yang boleh dilakukan adalah:

1. BERENANG

Menurut laman web turningbaby.com, berenang dipercayai antara senaman yang paling bagus untuk membuat otot perut lebih santai dan memberi ruang kepada bayi untuk berpusing. Ia juga mudah dilakukan kerana kita berasa ‘ringan’ dalam air walaupun perut semakin membesar. Selain berenang, bergerak aktif dan melakukan senaman lantai boleh membantu meningkatkan kesihatan bayi dan anda.

Tetapi, sesetengah pakar tidak menggalakan senaman mencangkung (squat) jika bayi anda songsang kerana ia akan menyebabkan bayi lebih selesa dan cepat menurun ke pangkal serviks dalam keadaan tersebut.

Foto Kredir=t: fusionwellness.com

Posisi senaman lantai yang sesuai untuk bayi songsang. / Foto Kredit: fusionwellness.com

 

Foto Kredit: fusionwellness.com

Senaman merangkak atau ‘cat pose’ ini juga sesuai untuk memusingkan bayi. / Foto Kredit: fusionwellness.com

2. ‘BREECH TILT’

Posisi ini antara posisi yang selalu diamalkan oleh wanita di luar negara. Caranya, berbaring di atas lantai sambil menaikkan kaki anda di atas sofa. Sasarkan kedudukan 45 darjah.

Jika perlu, tambahkan beberapa biji bantal untuk menyokong belakang anda. Kekalkan posisi ini selama 5 minit atau pada bila-bila masa anda rasa kurang selesa.

petua bayi songsang

Foto Kredit: spinningbabies.com

3. POSISI SUJUD

Posisi bersujud ini serupa dengan gerakan ‘knee-chest position’ yang diamalkan oleh ramai wanita seluruh dunia. Lakukan posisi bersujud seperti dalam solat 2 kali setiap pagi dan petang dalam tempoh sekitar 10 minit. Bagi yang Muslim, anda boleh mengoptimakan kedudukan ini untuk melakukan solat hajat dan banyakkan berdoa agar dapat bersalin dengan mudah.

petua bayi songsang

Foto Kredit: wikihow.com

4. BERJALAN

Berjalan juga adalah salah satu gerakan yang paling mudah untuk membantu memusingkan bayi songsang. Cuba berjalan selama 30 minit setiap hari sepanjang kehamilan. The Health Sitemenerangkan bahawa ketika anda berjalan, daya graviti akan menarik bahagian kepala bayi (yang paling berat) agar menurun ke posisi normal.

Foto Kredit: reference.com

Foto Kredit: reference.com

5. BERDOA

Selain daripada gerakan di atas, anda juga digalakkan untuk bertenang dan memperbanyakkan doa. Ini kerana, hati yang tidak tenteram dan stres dapat mengganggu proses bersalin anda. Selain membaca surah Al-Insyirah, ini antara doa yang boleh diamalkan oleh anda dan suami:

Sumber : Dr.Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×