Sudah ada kemudahan canggih dan kepakaran seperti hospital, kenapa perlu ambil risiko untuk bersalin sendiri di rumah? Terutamanya, jika kandungan anda adalah bayi songsang. Tinggi risikonya, baik kepada bayi yang dikandung 9 bulan mahupun ibu yang melahirkan.
Hal ini kerana, sewaktu proses menyambut kelahiran bayi songsang, terdapat kemungkinan akan berlakunya beberapa komplikasi seperti tersangkut kepala, terbelit tali pusat ataupun pendarahan yang banyak. Di mana, ia memerlukan tangan pakar seperti pihak hospital untuk mengendalikan situasi kecemasan itu.
Baca juga: ‘Bayi Ajaib’ Disangka Gugur! Namun, Raja Tuah Mohsin Selamat Lahir Daripada Ibu Miliki 2 Rahim
BAYI SONGSANG TAPI IBU PILIH BERSALIN SENDIRI
Mari ikuti lanjut mengenai kisah tersebut daripada perkongsian Suhazeli Abdullah.
“Puan boleh lihat lakaran saya mengenai kemungkinan akan berlaku jika puan tetap memilih untuk bersalin sendiri. Lukisan boleh gambarkan banyak perkara.”
Nada nasihatku agak keras kali ini kerana ada seorang ibu hamil yang sudah cukup bulan, tapi masih berkeras untuk tidak masuk hospital. Sedangkan kedudukan bayi songsang.
“Saat paling getir adalah ketika badan bayi dah terjuntai masa beranak songsang. Hanya doktor pakar, mahir atau anggota terlatih sahaja yang pandai kendalikan suasana itu. Depa banyak pengalaman. Saya ada la juga pengalaman tu, tapi 20 tahun lalu.
“Kalau sekadar belajar teori, ada sikit pengalaman hands-on semasa sesi HO dan tahun pertama MO. Saya pun tak yakin nak jadi bidan beranak songsang ni.”
“Kisah 24 tahun lepas saya masih ingat. Masa tu on call, saya keseorangan handle dekat labour room. Mujurlah dapat guide dari nurse yang berpengalaman, baby selamat keluar.
“Selepas keluar punggung, tarik gently kaki, lepas tu keluar badan, jangan paksa tarik, biar dia ikut proses menggelongsor.
“Kemudian sampai part bahu, tarik perlahan-lahan tangan. Part kepala yang berdebar-debar. Biarkan badan hanging buat seketika, jangan terburu-buru nak tarik.
“Nampak sahaja hair line area tengkuk, baru tarik ke bawah, masukkan jari tengah tangan kiri kita ke dalam mulut bayi dan terus sentap naik ke atas!
“Fuh lega! Saat tu lah paling puas hati pabilla dengar suara tangisan bayi.” Akhirnya berjaya dia lembut hati untuk ke hospital.
Baca juga: 11 Ciri Suami Tak Tunjuk Sokongan Saat Isteri Hamil, Amboi Jangan Buat Perangai Begitu Ya!
Baca juga: Ibu Berpantang Boleh Cuba 14 Jenis Minuman Ini, Jangan Terkejut Susu Badan Melimpah-Ruah!
Jangan pandang ringan kedudukan bayi songsang dalam kandungan!
Secara umum, prevalens kelahiran bayi songsang adalah sekitar 3% hingga 4% daripada semua kelahiran penuh. Ini bermakna, kira-kira 3 hingga 4 daripada setiap 100 kelahiran di kalangan ibu yang hamil penuh akan mengalami kelahiran bayi songsang.
Walaupun kelahiran songsang lipat kajang boleh diuruskan dengan mudah di hospital, tetapi kita tidak tahu serba kemungkinan komplikasi yang mendatang.
Seperti tersangkut kepala, terbelit tali pusat ataupun pendarahan yang banyak yang memerlukan hospital untuk mengendalikan situasi kecemasan itu.
Jangan pandang ringan kedudukan songsang seperti itu kerana seboleh-bolehnya doktor yang berada di klinik kesihatan ini akan memberi nasihat supaya beranaklah di hospital demi mengelakkan komplikasi-komplikasi buruk seperti di atas.
Baca juga: Doktor Kongsi 5 Perkara Suami Perlu Tahu Keadaan Isteri Selepas Bersalin
Bukan doktor dekat klinik kesihatan tidak ada pengalaman, malah mereka mempunyai berpuluh-puluh pengalaman seperti saya sendiri. Tetapi kelengkapan yang tidak mencukupi serta kemahiran yang terbatas, kita memilih untuk merujuknya ke hospital.
Doktor hospital lebih masyi, bahkan mereka bergelumang hari-hari dan macam-macam kes mereka atasi.
Ambillah pengalaman kes kematian bayi di Selatan Tanah Air beberapa tahun lalu. Walaupun pihak klinik kesihatan memberi nasihat supaya bersalin lebih selamat di hospital, tetapi si ibu memilih untuk bersalin dalam kolam disambut oleh tangan-tangan yang tidak mahir.
Bahkan tak ada pengalaman pun mengendalikan kes kelahiran songsang. Akhirnya bayi meninggal di tempat kejadian. Siapa yang harus dipersalahkan?
Baca juga: Ibu Baru Bersalin Terkejut Disuruh Mandi Wiladah Jam 4 Pagi, Mufti Jelaskan Bila Waktu Mandi Wajib
Sumber: Suhazeli Abdullah
FT Image: Google