40 Minggu

Ini Aktiviti Senam Ibu Hamil Supaya Mudah Bersalin. Cubalah!

1.3K
reads
Senam Ibu Hamil

Senam Ibu Hamil

Orang kata bila kita sedang hamil, kena banyak berehat dan kurangkan aktiviti lasak. Benarkah? Sebab seingat saya, mak di kampung dulu memang tidak boleh duduk diam. Walaupun tengah mengandung, ada sahaja aktiviti yang dia kena buat. Takkan di zaman moden ini sudah tak boleh lakukan aktiviti senaman ketika hamil?

Keluarkan peluh

Siapa kata aktiviti seperti menyapu sampah, membasuh baju (bukan pakai mesin basuh ya) dan memasak tidak mampu mengeluarkan peluh? Walaupun ia tidak dikira sebagai senaman, tetapi aktiviti tersebut terbukti mampu menggerakkan otot dan kelak mampu sedikit sebanyak membantu dalam proses melahirkan anak. Kalau ikut betul-betul senaman mudah bersalin, In Shaa Allah, dipermudahkan sewaktu melahirkan anak nanti.

Juga dipanggil senaman pra-natal, pakar bersependapat bahawa sewaktu anda sedang hamil, ia adalah penting untuk sentiasa bergerak. Wanita yang hamil yang bersenam, pada kebiasaannya kurang alami sakit belakang, lebih bertenaga dan sesudah melahirkan anak, kembali lebih cepat ke bentuk badan yang asal.

Apakah kebaikan senaman untuk ibu hamil?

  • Mengekalkan postur yang baik.
  • Relaksasi seluruh badan.
  • Memudahkan proses bersalin.
  • Dapat menurunkan berat badan dengan cepat.
  • Mengurangkan risiko mendapat gestational diabetes dan darah tinggi.

Alatan senam ibu hamil yang penting

Untuk bersenam, anda tidak memerlukan peralatan yang canggih. Senaman berikut adalah mudah, boleh dilakukan di rumah dan adalah selamat untuk dilakukan. Tidak perlu alat yang mahal seperti di gimnasium. Cukup dengan barang-barang yang harganya berpatutan. Lebih elok jika si suami turut bersama-sama melakukannya. Barulah hubungan suami isteri dan kemesraan lebih terjalin, tak begitu?

Apa-apa pun, sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman ketika hamil; sila rujuk kepada pakar terlebih dahulu. Walaupun senam ibu hamil ini bagus, jika pada bila-bila masa anda berasa sakit, cepat-cepat berhenti daripada melakukannya.

1.

senaman ketika hamil push up

 

Mulakan aktiviti senam ibu hamil anda dengan melakukan push-up menghadap dinding, ini akan menguatkan otot di hadapan dada dan otot triceps di belakang lengan anda. Caranya adalah dengan berdiri menghadap dinding dan kemudian sandar pada dinding pada paras bahu. Pastikan lutut anda berasa selesa. Bengkokkan siku dan turun sehingga dada menyentuh diding. Kemudian angkat badan anda semula ke keadaan asal. Lakukan sehingga 15 kali.

2.

senaman ketika hamil leg lift

Antara senam ibu hamil yang lain, anda boleh cuba leg lift (senaman kaki) untuk menguatkan otot belakang dan perut anda. Mulakan dengan kedua-dua tangan dan lutut anda menyentuh tanah. Angkat lutut kanan anda, dan luruskan kaki supaya selari dengan lantai. Kemudian letakkan semula kaki kanan anda ke kedudukan asal dan angkat lutut kiri anda pula; dan luruskan kaki selari dengan lantai. Ulang sehingga 10 set untuk kedua-dua belah kaki.

3.

senaman ketika hamil step up

Seterusnya, untuk senam ibu hamil ini ialah senaman step-up dengan menggunakan bangku kecil atau tangga di rumah anda. Berdiri tegak di belakang bangku tadi dan angkat kaki utama anda ke bangku dan angkat kaki lagi satu, kemudian turunkan kedua-dua kaki tadi. Tukar kepada kaki lagi satu dan angkat kaki tersebut ke atas bangku dan angkat kaki lagi sebelah, kemudian turun semula. Ulang seberapa banyak bagi setiap kaki berselang-seli selagi yang anda mampu.

4.

senaman ketika hamil sandar dinding

Aktiviti senam ibu hamil yang terakhir anda boleh lakukan adalah senaman mencangkung. Setiap kali anda lakukannya, ia boleh membantu untuk membuka laluan ruang pelvis dan memudahkan bayi untuk keluar. Dengan berdiri tegak dan menyandar pada dinding, turunkan badan anda dengan membengkokkan lutut anda ke paras yang anda selesa. Sila pastikan tumit anda kekal rata di atas lantai. Kemudian kembali semula ke kedudukan asal. Ulang seberapa kerap yang anda mampu.

Senam ibu hamil yang lain

Boleh juga cuba senaman seperti di bawah

Senaman Ibu Hamil

Senaman-senaman seharusnya dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Seperti biasa, impak senam ibu hamil ini, lebih banyak anda bersenam, lebih kuat badan anda dan lebih mudah anda dapat melahirkan anak di kemudian hari.

Selamat mencuba!

Yang Popular

To Top