Bersenam setiap hari adalah aktiviti yang paling disarankan supaya dapat mengekalkan kesihatan badan. Tak perlu terlampau lama, bagi anda yang bekerja boleh luangkan masa beberapa minit untuk membuat juga senaman ringan supaya badan tak ‘liat’. Tak terlepas juga buat wanita bekerjaya, ada juga beberapa jenis senaman untuk wanita yang sesuai dan mudah dilakukan.
Setiap kali selepas pulang dari tempat kerja, boleh la lakukan senaman ini walaupun hanya 15 minit sebelum mandi. Mesti fresh!
Baca juga: Hanya RM2 Sahaja, Ini Cara Buat Janji Temu Scaling Gigi Klinik Kerajaan Guna MySejahtera
7 JENIS SENAMAN UNTUK WANITA BUSY, SEMPAT NAK BUAT!
Bagi wanita sibuk yang sukar cari masa untuk bersenam, berikut adalah beberapa senaman yang boleh dilakukan dalam masa yang singkat dan dengan peralatan yang minimum:
1. HIIT (High-Intensity Interval Training)
Senaman yang melibatkan berselang-seli antara tempoh senaman intensiti tinggi dan tempoh rehat yang singkat. Latihan HIIT boleh dilakukan dalam masa 15-20 minit, menjadikannya pilihan yang bagus untuk wanita yang sibuk.
2. Tabata
Sama seperti HIIT, senaman Tabata melibatkan lapan pusingan selama 20 saat senaman intense diikuti 10 saat berehat.
3. Pilates
Senaman berimpak rendah yang memberi tumpuan kepada membina kekuatan, fleksibiliti dan daya tahan melalui pergerakan terkawal. Ia boleh dilakukan dlm 20-30 minit.
4. Yoga
Cara terbaik untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan fleksibiliti, kekuatan dan keseimbangan. Banyak rutin yoga boleh diselesaikan dalam masa 30 minit atau kurang.
5. Berjalan atau berjoging
Boleh dilakukan di mana-mana, pada bila-bila masa, dan merupakan cara terbaik untuk mendapatkan udara segar, mengosongkan fikiran dan membakar kalori.
6. Senaman berat badan (bodyweight)
Banyak senaman berat badan yang boleh dilakukan di rumah tanpa sebarang peralatan, seperti squats, push-up, lunges, dan burpees.
7. Latihan tarian
Banyak latihan tarian yang tersedia dalam talian yang boleh diselesaikan dalam masa seawal 10-20 minit. Contoh: zumba. Ia adalah cara yang menyeronokkan untuk bergerak dan meningkatkan kadar denyutan jantung anda.
*Ingat, konsisten adalah kunci ketika bersenam.Walaupun hanya boleh buat senaman singkat beberapa kali seminggu, ia lebih baik daripada tak buat langsung dan masih akan memberikan manfaat kesihatan dari semasa ke semasa.
Sumber: Twitter @dilla.nur