Susu merupakan minuman penting bagi anak-anak yang membesar. Namun, pemilihan susu yang betul dalam kalangan anak-anak adalah penting supaya sesuai dengan perut mereka. Seperti yang dikongsikan oleh doktor ini bahawa anak-anaknya sudah menukar jenis susu, dari susu formula ke susu segar apabila sudah mencapai usia 2 tahun.
Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi susu segar ternyata lebih banyak manfaat berbanding susu lain. Jom kita baca perkongsian dari pakar.
Baca juga: Ajar Cara Pam Susu Secara Sopan, Tapi ‘Diserang’ Komen Lucah Pula
‘LEPAS SUSU’ USIA 2 TAHUN, ANAK-ANAK DIBIASAKAN MINUM SUSU SEGAR
“Banyaknya beli susu?” tanya staf Mydin yang bantu saya angkatkan kotak susu ke dalam troli.
“Anak-anak minum susu ni… Beli banyak lebih jimat,” jawab saya sebelum mengucapkan terima kasih kepadanya.
Selepas ‘lepas susu’ pada usia 2 tahun, anak-anak kami dibiasakan minum susu segar UHT. Daripada 4 orang anak, hanya 1 orang sahaja yang minum susu formula. Jadi saya terbiasa mencari/survey harga susu.
Jika di Australia dulu, 1L susu Devondale dijual dengan harga AUD$1 ada masanya 90sen saja, di Malaysia ini harga RM6 dikira murah. Di Shopee pun biasa dijual dengan harga begini juga. Kedai runcit tak jual pula jenama ni. Kebanyakan masa saya kena beli susu Dutch Lady yang paling mudah dijumpai di kedai atau pasaraya, biasa dijual pada harga lebih kurang RM5.80 sekotak jika beli sedozen. Kalau beli di kedai runcit atau mart, biasa lebih RM6.30 harganya.
Hari ini di Mydin, ada jualan susu Devondale penuh krim dengan harga RM4.79 apabila dibeli sedozen. Dibandingkan dengan Dutch Lady hari ini RM5.73 jika beli sedozen, saya jimat 94sen X 12 kotak = RM11.28. Untuk 3 dozen, saya save RM33.84. Alhamdulillah.
Elok ke beri anak-anak minum susu segar/UHT ni?
Ya, sangat elok. Tiada gula tambahan sepertimana susu formula tu. Dan disebabkan anak-anak minum menerusi gelas, bukan dengan botol susu/puting, gigi jadi elok. Alhamdulillah. Khasiat? Ya, berkhasiat. Semulajadi. Kenyang pun kenyang. Syaratnya beli penuh krim (full cream) ye. Saja share. Saya kalau buat kopi, teh atau minuman coklat, saya guna susu segar UHT ni. Tak guna susu pekat manis. Cubalah.
Bukan itu sahaja, menjengah ke ruangan komen, ramai juga dalam kalangan ibu bapa yang sudah mencuba cara ini dan memberi kesan positif kepada anak-anak.
Sumber: Syahr Musafir