40 Minggu

Ajar Cara Pam Susu Secara Sopan, Tapi ‘Diserang’ Komen Lucah Pula

3.7K
SHARES

Zaman teknologi digital kini digunakan sebagai salah satu medium untuk orang ramai bukan sahaja berkongsikan kisha hidup, malah menjadi tempat berkongsi ilmu. Apa yang dikongsikan adalah percuma dan boleh dimanfaatkan oleh orang yang berkaitan.

Namun, berbeza pula dengan pengalaman wanita ini dimana dia ‘diserang’ dengan komen-komen berbaur lucah apabila menunjukkan cara mengepam susu buat ibu dalam keadaan sopan. Macam-macam!

Baca juga: Patutlah Rasa Pedih & Terbakar Ketika Menyusukan Anak, Rupanya Salah Teknik!

AJAR CARA MENYUSU DENGAN SOPAN, TAPI DAPAT KOMEN LUCAH!

Situasi yang sama turut dilakukan oleh wanita ini menerusi akaun TikTok @nadmasrom di mana beliau selaku kaunselor laktasi bertauliah aktif mengajarkan ilmu mengenai susu ibu kepada para pengguna pada platform tersebut.

Dalam pada itu, niat baik beliau mengajarkan ilmu mengenai susu ibu ini telah ‘diserang’ oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dengan meletakkan komen yang melucahkan isu penyusuan.

Bukan itu sahaja, beliau dilihat masih lagi ‘dibuli’ oleh golongan tidak bertanggungjawab ini meskipun sudah menutup aurat dengan baik tanpa mendedahkan tubuh badan.

@nadmasromNUMOM LIGHT HANDSFREE @numommalaysiatv ##nadbreastfeedinginfo ##breastfeedingcounselor ##tiktokguru ##learnontiktok ##jombelajar ##teamsusuibu♬ nhạc nền – 15schill

Ramai dalam kalangan warganet yang turut naik marah dengan beberapa komen berbaur lucah sebegini dan mengatakan betapa teruknya mentaliti sesetengah pihak. Ada juga yang menyarankan kepada kaunselor ini juga supaya terus kongsikan ilmu yang sedia ada dan jangan peduli dengan komen-komen negatif.

Sumber: Nadmasrom

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×