Artikel kali ini penulis ingin kongsikan beberapa tempat menarik untuk anda singgah sepanjang percutian Singapura. Lebih menarik lagi, anda boleh habiskan berjalan di sini hanya dalam satu hari sahaja.
Percutian Singapura dalam masa satu hari sudah tentunya lebih jimat kerana tidak perlu mengeluarkan kos penginapan. Ikuti perkongsian lengkap di bawah.
Baca juga: Senarai Makanan Halal Di Paris, Jangan Lupa Singgah Bila Dah Sampai Sini!
PERCUTIAN SINGAPURA DALAM MASA SEHARI, JOM PERGI SINI
Nak pergi Singapura dalam masa satu hari sahaja? Ini benda yang anda kena tahu bila dah sampai sana.
1. Ada dua jalan
Nak masuk Singapura ada 2 jalan sahaja sama ada Woodlands atau Tuas. Kalau taknak sesak dan beratur lama, Tuas adalah lebih
2. Sediakan maklumat ini
Bila nak pergi Singapura, kena sediakan ini:
- Passport
- CC/Wise/BigPay/Alipay+
- Download aplikasi MylCA Mobile
Cash tak perlu bawa banyak sangat kerana rata-rata kedai menerima bayaran menggunakan kad.
3. Aplikasi MylCA
Isi semua maklumat dengan betul sebelum masuk border sebab dekat sana hanya nak imbas sahaja. Bila dan isi, akan dapat code dan boleh tangkap layar maklumat tersebut.
4. Peraturan ketat
Singapura agak ketat peraturan dekat sana. Pastikan bawa barang yang dibenarkan sahaja.
5. Tempat menarik
Bila dah selesai semuanya, ini antara tempat yang anda boleh singgah untuk percutian Singapura. Paling penting sekali, semuanya percuma sahaja.
- Merlion Park/Marina Bay
- Gardens by the Bay
- Sentosa
- Sultan Mosque
- Changi Airport
6. Merlion Park/Marina Bay
Tempat wajib singgah walaupun terlalu ramai orang di sini. Paling penting sekali, pemandangan sangat cantik. Datang waktu pagi untuk elak cuaca panas. Jangan lupa bawa tripod untuk ambil gambar cantik.
7. Gardens by the Bay
Bila dah selesai bergambar di Marina Bay, boleh terus ke Gardens by the Bay. Sekiranya anda pencinta alam semula jadi, pasti tempat ini menjadi kesukaan.
8. Sentosa
Bila dah penat bergambar, boleh singgah Sentosa kerana di sini pelbagai tempat menarik ada seperti Universal Studios Singapore, S.E.A. Aquarium, Dolphin Island dan Adventure Cove Waterpark.
9. Jewel Changi Airport
Seterusnya, percutian Singapura anda tak lengkap kalau tak singgah Jewel Changi Airport. Orang datang sini untuk tengok indoor air terjun. Cantik dan tenang sangat.
10. Arab Street
Di Arab Street boleh singgah Masjid Sultan yang mudah diakses dari MRT Bugis. Selepas selesai solat, boleh jalan-jalan di sekitar Arab Streer untuk makan murtabak dan lain-lain. Rugi tak cuba!
11. Bugis Street
Akhir sekali, kalau nak beli cenderahati untuk orang tersayang, boleh singgah di Bugis Street. Pelbagai barangan boleh dibeli tetapi jangan convert harga ya, nanti rasa mahal.
Itu sahaja beberapa tempat anda boleh singgah sepanjang percutian Singapura ini. Semoga bermanfaat!
Baca juga: 5 Tempat Pelancongan Bajet RM1000, Nak Pergi Luar Negara Pun ‘Lepas’!
Sumber: Facebook Faris Zainurin