Percutian

10 Sebab Kita Mesti Bawa Anak Travel ‘At Least’ Sekali Setahun

39.4K
SHARES
kebaikan bercuti

“Duduk pejabat rasa tak kena, duduk di rumah rasa ‘boring’, lepak di kedai mamak dengan kawan pun rasa tak gembira. Aku rasa ‘kedap’ sangat otak aku kebelakangan ini. Mungkin dah tiba masa bawa keluarga pergi ‘adventure’. Ramai-ramai pun lagi seronok. Nak cari tips melancong sekarang juga!”

Tentu ramai lagi yang pernah berasa sedemikian, lebih-lebih lagi setelah setahun dua melakukan rutin yang sama. Setiap hari pergi kerja, menguruskan anak-anak, hujung minggu pula pergi ke ‘shopping mall’.

Sebenarnya, memang banyak manfaat pergi mengembara atau travel ini, tak kiralah pada orang tua, muda, lelaki, perempuan, mahupun anak-anak.

Malah, saintis menganjurkan untuk travel sekurang-kurangnya sekali setahun. Tak kiralah  naik kapal terbang, kereta, bas, berbasikal, bot layar, atau kereta api. Tapi, kenapa?

Inilah 10 alasannya!

bawa anak travel

Foto Kredit: goerie.com

10 Sebab Kita Mesti Bawa Anak Travel ‘At Least’ Sekali Setahun

Sebelum anda mencari tips melancong ke tempat pilihan bersama keluarga, ketahui dahulu 10 manfaat luarbiasa apabila anda travel.

Dekat atau jauh bukan kayu ukurnya, asalkan anda keluar dari ‘kepompong’ keselesaan dan rutin harian yang sama. Cubalah, ini 10 perkara yang akan anda rasai.

1. Mengurangkan Stres

Menurut kajian sains, travel akan meningkatkan paras kortisol, iaitu sejenis hormon stres.

Maka, ia dapat menjadikan anda dan juga anak-anak lebih relaks, tenang, dan tidak bimbang.

Malah, 89% daripada mereka yang pergi bercuti akan merasa kurang stres hanya setelah 1-2 hari travel.

Foto Kredit: chuansong.me

Foto Kredit: chuansong.me

2. Terapi Ketagihan Gajet

Dari segi psikologi, travel adalah sejenis penawar bagi mereka yang kecewa atau ‘patah hati’ – tidak kiralah dari sudut percintaan, pekerjaan, atau masalah kekeluargaan. Ini kerana, travel boleh menjauhkan kita daripada media sosial dan daripada segala sudut pandang negatif yang mengelilingi kita.

Bagi anak-anak juga, mereka dapat belajar untuk ‘hidup’ dalam dunia sebenar. Mereka dapat belajar menguruskan diri dan melalui pelbagai pengalaman yang bukan lagi dalam skrin tersebut. Mereka dapat hidup tanpa bergantung tanpa gajet.

anak terlalu manja

Foto Kredit: huffingtonpost.com

3. Mengurangkan Risiko Penyakit

Dengan kurangnya stres dan unsur negatif seperti yang dinyatakan di atas, sudah tentulah ianya akan memberi kesan kepada kesihatan fizikal anda.

Menurut penelitian ini, travel membantu anda mengurangkan risiko penyakit jantung hingga lebih 30% pada orang dewasa. Bagi anak-anak pula, ia tentu akan menjadikan mereka lebih aktif secara fizikal dan mental. Tidaklah asyik duduk dan menghadap televisyen saja!

cara cepat tinggi

Foto Kredit: thedailybeast.com

4. Resume Lebih ‘Mahal’

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh Inc.com bertajuk ‘5 Reasons You Should Hire The Well-Traveled’ ini menerangkan bahawa seseorang yang kerap travel ini mempunyai aspek yang sangat menarik perhatian bakal majikan. Mereka dikatakan lebih mudah mempelajari perkara baru, berani bereksperimen, mampu beradaptasi dengan mudah, dan lebih kreatif.

Di zaman yang kompetitif ini, status pendidikan dan pengalaman kerja telah menjadi sesuatu yang sangat ‘mudah’ untuk dicapai. Maka, kualiti ini tentunya dapat membantu anda dan juga anak-anak untuk lebih menyinar berbanding calon lain.

Cari Kerja Part Time

Foto Kredit: hubpages.com

5. Memori Indah Seumur Hidup

Walaupun anda telah berkeluarga, jangan sesekali berasa takut atau teragak-agak untuk membawa anak-anak ikut sama.

Para saintis telah menemukan pelbagai fakta berkaitan hal ini. Selain menjadikan anak lebih berdikari, mereka dapat belajar budaya baru, lebih menghormati orang lain dan bijak mengawal situasi.

Ini semua akan memberi pengalaman yang akan diingati sepanjang hidup mereka!

bawa anak travel

Foto Kredit: tripit.com

6. Belajar Menghormati Budaya Lain

Setiap anak kecil dilahirkan tanpa rasa diskriminasi. Mereka tidak tahu membezakan warna kulit, bangsa, dan agama.

Kalau tak percaya, biarlah mereka bermain dan berkenalan dengan anak-anak kecil yang lain di negara luar. Hubungan antara mereka akan terbentuk lebih cepat berbanding orang dewasa.

Apabila dibiasakan dengan perbezaan budaya ini, mereka akan menjadi lebih prihatin dan sensitif terhadap adab dan budaya. Malah, mereka tentu akan belajar untuk lebih toleransi dan bebas daripada pemikiran rasis!

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Foto Kredit: huffingtonpost.com

7. Semakin Konfiden

Travel meletakkan kita dan anak-anak di luar ruang selesa, jauh sejauhnya daripada ‘comfort zone’.

Oleh itu, banyak perkara yang tak diduga akan berlaku. Maka, kita tidak lagi boleh bergantung kepada apa yang kita selalu lakukan dalam rutin harian.

Apabila kita berjaya menyelesaikan sesuatu masalah atau cabaran semasa dalam perjalanan, tentulah kita akan berasa lebih yakin terhadap diri sendiri.

Foto Kredit: bubhub.com.au

Foto Kredit: bubhub.com.au

8. Mengenal Potensi Diri

Salah satu terapi yang kita dapat belajar melalui travel adalah minat dan kemampuan mereka dari sisi yang tak pernah kita ketahui.Di tempat-tempat asing ini, mungkin mereka akan tertarik dengan keindahan alam, budaya, geografi, kraf, muzik, atau sebagainya.

Mungkin ada anak yang belajar mengambil gambar dengan baik, ada anak yang dapat belajar membina khemah dengan mudah, dan ada anak yang mahir berkomunikasi dengan orang asing. Ia adalah kelebihan mereka yang ibu bapa terlepas pandang sebelum ini.

Foto Kredit: visageorgia.ge

Foto Kredit: visageorgia.ge

9. Merapatkan Hubungan Kekeluargaan

Tempoh perjalanan yang panjang bukanlah sesuatu yang sia-sia. Perjalanan ini mampu ‘membuka mulut’ mereka yang selama ini tertutup akibat kesibukan masing-masing. Mungkin ada yang bijak meluahkan perasaan dari segi kata-kata, dan ada juga yang akan menunjukkan melalui reaksi dan perbuatan. Perkongsian ini menjadikan anda lebih peka dan sensitif terhadap keperluan anak, sekaligus merapatkan hubungan kekeluargaan.

Bukan itu saja, 2/3 pasangan mengakui bahawa percutian hujung minggu adalah lebih romantik berbanding hadiah-hadiah yang mahal. Jadi, apa lagi. Kenalah ajak pasangan anda pergi travel sekarang!

tips melancong

Foto Kredit: cisdem.com

10. Sebab Anda Boleh!

Jangan beri alasan tiada masa, tiada wang, tiada teman atau sebagainya – kerana travel tidak semestinya memerlukan semua ini.

Dah banyak tips pelancongan yang berkongsi pelbagai informasi dan maklumat yang anda perlukan. Semuanya di hujung jari.

Dengan perancangan dan juga keazaman, anda pasti mampu untuk travel sekurang-kurangnya sekali setahun bersama anak-anak.

bawa anak travel

Foto Kredit: pinkpangea.com

Tips Melancong Bantu Rancang Perjalanan

Pengalaman inilah yang lebih berharga berbanding segala material yang anda boleh beli dengan wang anda.

Jangan serik, jangan risau selagi anda mengamalkan tips melancong yang sesuai dan selamat. Tiada masalah pun nak bawa mereka travel!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×