Famili

7 Sebab Kenapa Lelaki Tak Suka Wanita Independent

332
reads
Wanita independent

Saya ingat lagi kata-kata teman sekuliah saya semasa study dulu. “Aku kalau nak kahwin, nak cari perempuan yang manja dan ada pendidikan kurang daripada aku. Selalunya perempuan macam ni dengar kata suami. Rasa dihargai bila isteri meminta kita lakukan semuanya untuk dia, tak macam sesetengah perempuan, yang independent. Konon semuanya nak buat sendiri, tak perlu pertolongan lelaki”.

Memandangkan kelas kami memang lebih ramai kaum hawa, apa lagi berlakulah perdebatan hebat. Nasib baik disuraikan oleh pensyarah, kalau tidak mahu ada yang lebam di mata!

Waktu itu, tertanya-tanyalah juga salah ke menjadi wanita berdikari hanya kerana kami ingin membuat segala-galanya sendiri?

Duhai lelaki, kenapa anda tidak suka wanita yang independent?

Adakah kerana wanita independent….

1. Tidak meminta kebenaran

Disebabkan sudah terbiasa pergi ke mana-mana atau membuat sesuatu dengan sendiri, jadi bukan satu habit bagi wanita independent untuk meminta izin daripada sesiapa sahaja kecuali ibu bapa. Malah ada yang berani menjadi solo traveller dan merantau ke negara orang sendirian.

2. Berani memberi pendapat

Berbeza dengan wanita zaman dulu, perempuan sekarang memang lantang bersuara dan memberi pendapat. Berpendidikan tinggi dan berfikiran matang, wanita kini beroleh “the most powerful freedom of all, freedom of mind.” Sebab itu, dia tidak takut untuk berdebat dengan lelaki jika apa yang difikirkan itu betul.

3. Tidak perlu persetujuan sesiapa

Bagi wanita independent, jika ingin melakukan sesuatu, just go for it! Tidak perlu minta persetujuan mahupun berunding untuk membuat sesuatu apatah lagi jika ia sesuatu yang baik ataupun bermanfaat. Jika ada yang complaint, ada aku kesah?

4. Tidak berpura-pura

Wanita independent biasanya akan menzahirkan apa yang dirasa. Hanya kerana lelaki mahu perempuan yang bersifat manja, mereka akan menjadi yang diminta. Itu bukan sifat wanita independent, berpura-pura untuk kepentingan orang lain. Just like me for who I am, ok?

5. Matang

Disebabkan sifat ini, mereka tidak mudah melatah dengan perkara negatif di sekeliling mereka. Mereka biasanya akan memerhati dan membuat penilaian sendiri. Jangan harap nak dengar gosip kosong daripada wanita independent!

6. Tidak mudah gentar

Baginya, semua perkara adalah satu adventure yang memberi warna pada kehidupannya. Takut untuk mencuba sesuatu yang baru bukan dalam kamus hidupnya.

7. Mampu lakukan sendiri

Wanita independent boleh berfikir sendiri, membuat keputusan sendiri dan apa jua sendiri. Baginya itu satu kepuasan untuk diri sendiri. Jadi, mengapa perlu susahkan orang lain?

Wahai lelaki,

Wanita independent

Foto Kredit: hialbarshadubai.com

Meskipun menjadi wanita independent, tidak bermakna tidak perlukan kasih sayang terutamanya daripada insan lain. Cuma mereka tidak menunjukkannya. Mereka pun ada perasaan juga.

If you fall in love with an independent woman, and she loves you back, it’s because she wants you, not because she needs you.

Lelaki, jangan takut untuk mendekati wanita independent!

Sumber: EliteDaily

Yang Popular

To Top