Sponsored Post

Rindu Nak Melancong? Kini Anda Boleh ‘Bercuti’ Secara Maya Ke Singapura, Macam Real!

724
SHARES

Lama rasanya tak pergi bercuti kan? Kalau kita dah dibenarkan untuk bercuti dan melancong ke luar negara nanti, tempat manakah yang anda paling rindu nak pergi? Kalau admin, mestilah ke Singapura!

Selain banyak tempat makan yang best, kat sana juga boleh shopping dan banyak lokasi menarik untuk anak-anak anda nikmati.

Haa..kali ini Singapore Tourism Board nak bawa anda jalan-jalan ke Singapura! Yang lagi best, terdapat pelbagai lokasi menarik buat anda seisi keluarga. Walaupun secara maya, tapi kami yakin anda akan rasai pengalaman yang menakjubkan!

Anak-anak pasti suka!

Jom kami kongsikan antara tempat-tempat yang menyeronokkan buat anak-anak anda!

1. Hello from the Wild Side

Kalau ditanya tempat mana yang anak-anak anda nak pergi, mesti zoo akan menjadi pilihan utama! Haa..bermula 22 Mei hingga 31 Disember 2021 ni, program Hello From The Wild Side dah kembali di mana anda akan dibawa untuk melihat haiwan-haiwan comel di zoo ni secara virtual melalui segmen Zoo Explained!

Sambil melawat tu, bolehlah anak-anak anda menambah ilmu pengetahuan dengan bertanyakan soalan tentang haiwan kegemaran mereka kepada zookeeper Ken yang sangat mesra!

Di sini juga, anda boleh pilih untuk melawat ke pelbagai lagi tempat menarik seperti Jurong Bird Park, Rainforest Lumina dan Night Safari.

Untuk info lebih lanjut, klik di sini.

2. Gallery Children’s Biennale

Haa..aktiviti yang ini memang lain dari yang lain. Mana taknya, Gallery Children’s Biennale ni merupakan pameran seni terbesar dengan pengalaman seni multi sensori yang diadakan setiap dua tahun dan pada tahun ini akan dilancarkan secara ‘phygital’ pada 22 Mei 2021 hingga 31 Disember 2022.

Di sini, anak-anak anda boleh mempelajari dan mengetahui pelbagai seni, sejarah dan budaya dari negara lain serta bermain permainan yang interaktif mengikut umur mereka.

Untuk info lebih lanjut, klik di sini. 

3. Gardens by the Bay

Di sini, anak-anak juga berpeluang untuk meneroka pemandangan di Flower Dome, Cloud Forest, OCBC Skyway serta mempelajari secara maya tentang pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan, hutan, bunga-bungaan dan pelbagai spesies tumbuhan eksotik yang jarang dijumpai.

Bukan itu saja, anda juga akan dibawa menyelusuri Supertrees yang tinggi, air terjun indoor serta seni bina yang menakjubkan!

Untuk info lebih lanjut, klik di sini.

4. Gallery Kids!

Buat anak-anak anda yang gemarkan aktiviti seni, Gallery Kids! adalah tempat yang wajib dikunjungi! Di sini, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anak anda boleh pelajari seperti membuat sculpture 3D, mereka bentuk haiwan, mendengar cerita, bermain games dan macam-macam lagi!

Yang lagi best, anak-anak anda akan dibimbing oleh fasilitator seni yang berpengalaman serta boleh berkongsi hasil seni mereka sendiri!

Untuk info lebih lanjut, klik di sini.

5. River Safari

Kalau anda nak tahu River Safari ni merupakan tempat yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia kalau berkunjung ke Singapura.

Walaupun tak dapat datang ke sini, jangan risau, River Safari menawarkan Virtual Learning Programme bagi anak-anak anda mempelajari tentang haiwan seperti panda, dugong, memerang, ular dan pelbagai lagi haiwan liar di seluruh dunia. Mesti mereka teruja!

Untuk info lebih lanjut, klik di sini.

Rindu makanan dan bandar Singapura?

6. Singapore Food & Tasting Tour

Tak lengkap ke Singapura tanpa merasai makanan tempatan dan berjalan-jalan di sekitar bandar Kota Singa ni. Walaupun tak dapat menikmati secara realiti, jangan risau, Singapore Food & Tour akan membawa anda merasa, menghidu, dan merasakan seolah-olah berada di sana!

Semasa sesi interaktif dalam talian selama 1 jam ini, anda juga akan dibimbing melalui pelbagai aktiviti dalam talian yang menarik dan menyeronokkan!

Untuk info lebih lanjut, klik di sini. 

Nak shopping pun boleh!

7. Maison CHI CHI by Lisa Von Tang  

Berita baik buat penggemar jenama Lisa Von Tang, tahun ini, beliau akan melancarkan koleksi terbaru secara realiti maya.

Di sini, anda boleh menavigasi rumah kedai maya Maison Chi Chi dalam 3D untuk mengetahui lebih banyak koleksi terkini dan maklumat mengenai jenama dan produk mereka. Yang bestnya, sekiranya berminat, anda boleh beli secara dalam talian kerana mereka menyediakan penghantaran ke luar negara.

Untuk info lebih lanjut, klik di sini. 

Jom “melancong” ke Singapura hari ini juga!

ABC News

Admin yakin, anda mesti dah tak sabar nak bercuti ke Singapura kan? Tapi kali ni, tak payah susah-susah nak naik flight, anda hanya duduk di rumah dan Singapore Tourism Board akan bawa anda!

Percayalah, anda pasti akan puas hati dengan pengalaman yang lain dari lain ni.

Apa lagi tunggu, jom buat tempahan untuk menikmati pengalaman secara virtual yang luar biasa ni!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web VisitSingapore.com

*Disebabkan oleh amaran kesihatan dan penjarakan fizikal yang dikeluarkan oleh kerajaan Singapura, beberapa siri lawatan telah ditunda sehingga tarikh yang akan dimaklumkan. Anda boleh semak dahulu laman web yang berkaitan sebelum membuat sebarang tempahan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×