Kini Trending

Senarai Protokol Khas Anda Perlu Tahu Sebelum Rentas Sempadan Singapura-Malaysia

17
SHARES
sempadan buka malaysia singapura

Pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura bermula hari ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk kembali bekerja di negara republik itu.

Kerajaan juga ada mengumumkan protokol khas bagi pengembara yang akan merentas sempadan Singapura-Malaysia.

Baca juga: Peralihan Endemik: Ketahui 9 Situasi Tidak Wajib Pakai Pelitup Muka

BAGAIMANA MERENTAS SEMPADAN SINGAPURA-MALAYSIA?

Sempadan darat Malaysia-Singapura buka 1 April, tiada kuarantin dan ujian saringan

Mulai 1 April, para pelawat yang sudah lengkap divaksin akan dibenarkan merentas sempadan darat untuk memasuki Singapura dan Malaysia dengan menggunakan pengangkutan persendirian.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin, mereka yang merentas negeri boleh memandu kenderaan mereka melalui Koswe dan Linkedua buat julung kalinya dalam masa dua tahun.

Tiada kuota dikenakan bagi semua bentuk pengangkutan dan pusat-pusat pemeriksaan darat akan dibuka 24 jam setiap hari.

DARI SINGAPURA KE MALAYSIA

Hanya 50 peratus warga Malaysia kembali bekerja di Singapura

1. Pasport yang sah.
2. Mempunyai Aplikasi MySejahtera.
3. Lengkap 3 dos bagi mereka yang mengambil vaksin Sinovac dan Sinopharm.
4. Pelawat perlu mempunyai insurans perjalanan untuk kos rawatan dan kemasukan ke hospital berkaitan COVID-19 dengan perlindungan US$20,000.
5. Kenderaan berdafter Singapura dikehendaki membayar caj jalan (RC) sebanyak RM20 (s$6.40).
6. Pastikan kad Touch ‘N’ Go sah dan mempunyai baki yang mencukupi.

DARI MALAYSIA KE SINGAPURA

Malaysia | History, Flag, Map, Population, Language, Religion, & Facts | Britannica

1. Pasport yang sah.
2. Mempunyai aplikasi TraceTogether.
3. Mengisi kad ketibaan Singapura (SG) tiga hari sebelum tiba di pusat pemeriksaan.
4. Lengkap tempoh dos minimum sekurang-kurangnya dua minggu.
5. Mempunyai kad VEP/Autopass yang sah dan emel kelulusan Penguasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA).
6. Kad ketibaan SG, bersama dengan pengisytiharaan kesihatan elektronik.

Sumber: ASTRO Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×