Baru-baru ini Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia berkata orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup di tempat-tampat awam meskipun negara bakal memasuki Peralihan Fasa Endemik bermula 1 April depan.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditanya sama ada Malaysia akan mengikut langkah Singapura yang tidak mewajibkan memakai pelitup muka ketika berada di luar bangunan bermula 29 Mac depan.
Baca juga: Ibu Dijangkiti Covid-19 Boleh ‘Breastfeeding’ Bayi, Ini Penjelasan Doktor
9 SITUASI TIDAK WAJIB PAKAI PELITUP MUKA
Bagaimanapun, Khairy berkata, terdapat keadaan dari segi pengecualian pemakaian pelitup muka yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
1. Penghuni di kediaman sendiri, bilik hotel, penginapan, tempat kemudahan awam yang tidak melibatkan interaksi dengan individu lain.
2. Ruang kerja bersendirian.
3. Aktiviti sukan, rekreasi dan riadah.
4. Kenderaan persendirian tidak termasuk e-hailing.
5. Sewaktu makan dan minum.
6. Aktiviti persembahan, menyanyi, menari, berlakon dan berceramah.
7. Kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.
8. Individu berkeperluan khas dan orang kelainan upaya (OKU) tertentu seperti cerebral palsy dan autisme.
9. Individu yang mempunyai masalah pernafasan yang mempunyai laporan perubatan.
LANGKAH SINGAPURA TIDAK MEWAJIBKAN PELITUP MUKA
Menurut laporan Mstar, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa orang ramai tidak diwajibkan lagi memakai pelitup muka ketika berada di luar bangunan di republik itu kerana risiko jangkitan adalah jauh lebih rendah.
Hsien Loong berkata, pemakaian tersebut bagaimanapun masih diwajibkan ketika berada di dalam bangunan.
Pengumuman tersebut juga merupakan sebahagian daripada tindakan Singapura menjalani kehidupan dengan Covid-19.
Video penuh:
Sumber: Mstar, ASTRO Awani