40 Minggu

Ibu Dijangkiti Covid-19 Boleh ‘Breastfeeding’ Bayi, Ini Penjelasan Doktor

115
SHARES

Umum mengetahui susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda. Hal ini kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Susu ibu noleh membantu bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis, radang paru-paru serta masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.

Selain membantu dalam perkembangan otak, ia juga boleh melindungi bayi dari jangkitan wabak Covid-19. Ikuti penerangan lanjut di bawah yang diberikan oleh Dr Mohammad Iqbal di laman Twitter.

Baca juga: Berapa Lama Susu Ibu Boleh Tahan Selepas Dipam? Rupanya Macam Ni…

IBU DIJANGKITI COVID-19 BOLEH BREASTFEEDING BAYI, INI PENJELASAN DOKTOR

Beliau menegaskan agar para ibu tidak perlu berhenti menyusukan anak mereka meskipun disahkan positif Covid-19. Hal ini kerana terdapat antibody Covid-19 dalam susu ibu. Jadi, meskipun anak positif, kebarangkalian untuk bayi dijangkiti Covid-19 sangat rendah.

Jangan berhenti breastfeeding when you are positive for Covid-19. Breastfeeding supports and protects your baby. Jangan berhenti menyusukan anak dengan susu ibu semasa ibu positive dengan Covid-19.  Susu ibu mampu lindungi anak kita dari Covid-19. Ada Covid-19 antibodi dalam susu ibu.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga yang bertanya cara betul untuk menyusukan anak sekiranya ibu dijangkiti Covid-19. Doktor menjawab dengan memakai pelitup muka, mencuci tangan sebelum dan selepas menyusukan anak serta sentiasa menjaga kebersihan.

Sekiranya wanita yang menghidap COVID-19 tidak dapat untuk menyusukan bayinya secara terus, dia boleh mendapat sokongan untuk penyusuan dengan selamat melalui cara lain:

1. Memerah atau mengepam susu.

2. Penyusuan semula.

3. Penderma susu.

Wanita yang menghidap Covid-19 harus mendapat sokongan untuk menyusu dengan selamat, memberi sentuhan kulit ke kulit dan berkongsi bilik dengan bayinya.

Sumber: Twitter Dr Mohammad Iqbal & WHO

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×