Percutian

Senarai 5 Tempat Menarik di Penang. Kalau Tak Lawat Tak Sah!

94
SHARES
Tempat Menarik di Penang

Tempat Menarik di Penang

Pulau Pinang, atau lebih selesa dipanggil Penang adalah antara negeri yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Laut ada, hutan ada, bukit pun ada. Jika ada anak, sangat sesuai untuk percutian seisi keluarga sempena cuti sekolah.

Tambahan lagi, Penang adalah syurga makanan bagi penggemar makanan. Banyak makanan best dan sedap di Penang yang sering dicari seperti Nasi Kandar dan Pasembor. Hinggakan ada orang kata, Nasi Kandar di Penang tidak sama dengan Nasi Kandar di Kuala Lumpur!

Bagi keluarga yang ingin bercuti di Penang sempena hujung minggu atau cuti sekolah ini, boleh lawati tempat-tempat menarik ini. Senang cerita, kalau tak lawati tempat ini, tak sah kunjungan ke Penang!

1. Bukit Bendera (Penang Hills)

Tempat Menarik di Penang

Bukit Bendera Penang (Penang Hills)

Bukit Bendera atau lebih dikenali dengan nama Penang Hills merupakan tempat wajib setiap kali datang Penang. Kalau musim cuti sekolah, sangat ramai yang beratur untuk membeli tiket! Sampai kita yang datang tak sanggup nak beratur sekali.

Tapi kalau tidak mahu beratur, kena datang awal dalam pukul 9-10 pagi. Kalau tidak, memang berjam-jam menunggu!

Sedikit tips, jika mahu beli tiket di Bukit Bendera, kena tunjukkan MyKad. Kalau MyKad tertinggal,  beritahu yang MyKad tertinggal di hotel.

 

Apa yang menarik di Bukit Bendera?

Pengalaman menaiki keretapi mendaki Bukit Bendera selama 5-10 minit. Mempunyai pemandangan bandar Pulau Pinang yang cantik, boleh lihat Jambatan Pulau Pinang, terdapat kunci cinta iaitu Petlock dan kawasan yang cantik untuk bergambar.

Jika mahu bersantai, dan tenangkan fikiran boleh datang Bukit Bendera. Namun, keadaan di atas agak panas.

2. Penang Street Art

Tempat Menarik di Penang

Tempat Menarik di Penang

Salah satu tumpuan pelancong di Penang adalah Penang Street Art (Mural) atau lebih dikenali sebagai seni jalanan. Boleh dikatakan kawasan street art di Penang ada merata tempat. Kalau nak mudah boleh sewa basikal atau beca untuk mengelilingi penang dan teroka kawasan street art.

Harga basikal hanya RM10 untuk 1 orang, kalau sewa basikal panjang untuk 2 orang harga RM30. Syok naik basikal keliling Penang. Lagi best dapat pusing sampai Padang Kota Lama dan juga Gurney! Tapi ada sedikit risiko keselamatan kerana kawasan agak sesak.

Ada lebih kurang 20 lebih seni mural di Penang. Masa sewa basikal boleh mintak peta supaya mudah nak cari setiap satu mural yang ada.

Oh! Jangan lupa cuba ais kepal! Sedap dimakan waktu panas terik! Lega tekak.

3. Gurney Drive

Tempat Menarik di Penang

Pelangi di Gurney!

Gurney ni kawasan makanan pasembor paling sedap di Penang. Selain dari pasembor ada juga makanan lain, tapi pasembor yang menjadi tumpuan disini. Kalau bertuah boleh tonton pemilik pasembor menyanyi sambil menyediakan pasembor!

Selepas makan boleh lepak-lepak tepi laut macam di Padang Kota Lama. Cuma disini agak sesak sebab sangat menjadi tumpuan. Nak cari kawasan parking pun susah!. Kalau malam, parking kebanyakkan perlu dibayar!

4. Padang Kota Lama

Tempat Menarik di Penang

Padang Kota Lama

Padang Kota Lama antara tempat menarik di Georgetown kerana terdapat kubu pertahanan dan juga meriam merupakan tanda kedatangan British. Setiap tahun, Hari Kemerdekaan turut disambut di sini.

Padang Kota Lama terletak berhadapan dengan laut. Jadi ada bersantai bersama keluarga di tepi laut.

Selain tu, ada tempat makan di sekitar. Antara yang popular di Padang Kota Lama adalah Mee Sotong Hameed. Cuma kami tak berkesempatan nak merasa kesedapan Mee Sotong Hameed sebab kedai ditutup pada hari Ahad! Ada juga pasembor disini, tapi tetap tak boleh lawan pasembor di Gurney!

Padang Kota Lama Busking

Busking larut malam!

Pada waktu malam pula, ada persembahan busking. Seronok layan busking malam-malam sambil santai dan lepak bersama kawan-kawan. Boleh katakan agak ramai juga yang menonton!.

5- Batu Feringghi

Batu Feringghi Night Market

Batu Feringghi Night Market

Batu Feringghi terkenal dengan pasar malam atau bahasa orang putih, Night market! Pasar memang agak panjang dan banyak barangan dijual seperti handbag, baju, jam, dan perhiasan. Memang lenguh la berjalan! Tapi bagi kaki  shopping tak ada hal la kot!

Sepanjang gerai night market, kami jumpa satu kedai apam balik crispy yang mempunyai pelbagai jenis rasa. Kami cuba Apam Balik Coklat Pisang! Memang sedap!

Apam balik Crispy Batu Feringghi

Apam balik Crispy Batu Feringghi

Pantai pun ada. Cantik. Namun, sunset tak nampak dari Pantai Batu Feringghi. Waktu petang, ada perkhidmatan menunggang kuda dan jualan layang-layang.

Di Batu Feringghi juga terletaknya Hard Rock Cafe Penang. Bagi yang suka sangat kumpul koleksi baju Hard Rock Cafe atau yang suka layan live band boleh singgah. Nak pergi sana boleh jalan kaki dari Batu Feringghi ataupun naik bas.

Akhir kata

Cuti sekolah tinggal lagi beberapa minggu. Kalau masih tak ada idea nak pergi ke mana, mungkin boleh ke Penang. Banyak motel, dan hotel di Penang. Tak perlu risau sangat.

Jangan lupa singgah tempat menarik di Penang ini dan mencuba segala jenis makanan di Penang seperti Pasembor, Nasi Kandar, Nasi Beriani dan Mee Sotong serta Jeruk Pak Ali!

Untuk lebih banyak gambar tempat menarik di Penang, lawati blog peribadi saya di norfanil.com.

Selamat bercuti!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×