Famili

9 Tempat Tarikan Terbaru Di Pulau Pinang Yang Ramai Tak Tahu

588
SHARES
tempat menarik di pulau pinang

Bila sebut saja tentang Pulau Pinang, pasti sudah terbayang-bayang makanan yang menjadi igauan ramai pelancong. Namun begitu, terdapat pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi di Pulau Mutiara ini. Ibu negerinya Georgetown juga turut dinobatkan sebagai salah satu antara 16 destinasi pelancongan yang wajib diterokai kerana kekayaan sejarah, keindahan senibina serta budaya yang bergerak seiring bersama.

Sekarang, dah ada lagi banyak tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh anda lawati bersama keluarga. Jom kita tengok senarai terbaru ini.

9 Tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Mesti Dikunjungi, Banyak Yang Baru!

Berikut adalah senarai tempat menarik di Pulau Pinang yang terkini pada 2017 dan ada juga tempat lama yang diberi nafas baru.

1. Made In Penang Interactive Museum

Muzium yang menjadi tarikan terbaru ini menceritakan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya merupakan pelabuhan terkenal di Asia Tenggara. Pelbagai replika pelabuhan dan kapal dagang dapat menjadi tatapan pengunjung untuk mempelajari sejarah negeri ini.

Selain itu, pengunjung juga dapat mempelajari kekayaan budaya di Pulau Pinang secara santai dan interaktif dengan menerokai 5 bahagian muzium ini iaitu Wall Painting, Handmade Jetty Water Front, Interactive 3D Trick Art, Interactive Kiosks dan Coffee time.

Alamat: Pengkalan Weld, George Town, George Town, 10300 Pulau Pinang.

Harga Tiket: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00am – 6.00pm)

Facebook: Made In Penang Interactive Museum

Foto Kredit: Facebook Made In Penang

2. Asia Camera Museum

Sebelum zaman Instagram, mengambil gambar bukanlah semudah yang anda sangkakan. Pelbagai keperluan dan kemahiran yang diperlukan semata-mata untuk mendapatkan sebuah gambar yang elok! Malah, anak muda zaman kini mungkin tidak pernah menggunakan kamera kerana semuanya telah tersedia di dalam smartphone. 

Bagi penggemar dan pencinta fotografi, di Asia Camera Museum ini anda boleh melihat koleksi lebih 1000 buah kamera antik beserta aksesorinya yang diperlukan untuk memproses gambar. Ia tentu akan membuka mata kita, lebih-lebih generasi muda yang mungkin tidak pernah berpeluang menggunakan dan melihatnya. Dengan suasana Lebuh Armenian dan rekabentuk dalaman bangunan yang vintage, anda tentu akan jatuh cinta dengan keunikan tempat ini di samping mempelajari banyak perkara tentang fotografi.

Terdapat sebuah lagi Muzium Kamera yang berada di GeorgeTown, iaitu The Camera Museum yang terletak di Lebuh Muntri.

Alamat: 71, Lebuh Armenian, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm setiap hari

Facebook: Asia Camera Museum

Foto Kredit: Facebook Asia Camera Museum

3. Wonderfood Museum

Wonderfood Museum adalah muzium terbaru menjadi pilihan pengunjung di Pulau Pinang. Di sini anda dapat mendalami budaya Malaysia dengan pameran hidangan tempatan berskala besar.

Muzium ini terbahagi kepada 3 zon iaitu Zon Wow, Zon Aktiviti, dan Zon Pendidikan. Semua replika makanan adalah hasil kerja tangan pemilik muzium, Sean Law yang menerapkan teknik replikasi makanan dari Jepun. Menarik!

Alamat: 49, Lebuh Pantai, Georgetown, Penang

Waktu Operasi: Setiap Hari 09:00am – 06:00pm

Harga Tiket: Dewasa RM15.00, Kanak-Kanak RM10.00

Telefon: 04 251 9095

Foto Kredit: Facebook Wonderfood Museum

4. The Top, KOMTAR

Buat yang masih tak tahu, The Top, Komtar kini telah pun dibuka sejak Disember 2016. Mungkin pernah sepi dengan pengunjung suatu ketika dulu, tetapi pembukaan The Tops menampakkan inisiatif yang baik untuk mengembalikan era kegemilangannya.

Foto Kredit: thetop.com.my

Ada macam-macam tempat menarik di The Top ini yang boleh anda lawati bersama keluarga. Antaranya:

  • Tech Dome Penang – Tech Dome adalah sebuah pusat sains interaktif ala Petrosains. Ada pelbagai jenis mainan dan aktiviti berkonsepkan sains di dalam dome ini yang bukan saja khusus untuk anak-anak, tetapi juga orang dewasa. Ternyata, ia adalah tempat hiburan yang penuh pengisian bermanfaat. Harga tiket: RM20 untuk dewasa, RM12 untuk kanak-kanak.
  • Jurassic Research Center – Pasti anda tahu filem Jurassic Park, bukan? Di Jurassic Research Centre, terdapat pelbagai jenis dinasour di dalamnya beserta informasi yang pasti mengujakan peminat-peminatnya. Harga tiket: RM40 untuk dewasa, RM30 untuk kanak-kanak.
  • Rainbow Skywalk Skywalk tertinggi di Malaysia ini memberi peluang untuk anda menyaksikan pemandangan indah skyline di GeorgeTown. Hanya untuk yang berhati waja!
  • Lain-lain – Selain 3 tempat yang disebutkan di atas, ada juga pelbagai tarikan lain seperti Magic Mirror Maze, Ocean Explorer, The Top Boutique Aquarium, Tongkat Ali King, Dragon Regatta, Spacetime Squadron, 7D Discovery Theater dan banyak lagi. Tak rugi datang sini!

Pakej All Park ditawarkan dengan harga yang lebih berbaloi untuk kanak-kanak dan dewasa jika anda ingin meluangkan sepanjang hari di sini. Tiket promosi juga boleh dibeli secara online melalui laman web mereka, thetop.com.my.

Antara tarikan yang terdapat di Tech Dome, KOMTAR Penang

5. Teddy Ville Museum

Tahukah anda kenapa patung beruang comel digelar Teddy Bear? Kalau nak tahu, datanglah ke muzium ini. TeddyVille Museum adalah muzium Teddy Bear pertama di Malaysia yang menempatkan segala macam koleksi teddy bear seawal tahun 1900. Setiapnya mempunyai sejarah tersendiri, dan siapa yang tak berminat dengan teddy bear pun tentu akan seronok untuk mengetahui kisahnya.

Menariknya, dalam muzium ini juga teddy bear diperagakan dengan watak-watak tempatan seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, kapten Francis Light, Datuk Nicol David, Datuk Jimmy Choo, dan banyak lagi. Malah, secara tidak langsung anda dapat mendekati budaya Pulau Pinang serta mengetahui warisan sejarahnya melalui watak teddy bear yang tersangat comel!

Alamat: Ground floor (Dalam bangunan Double Tree Resort by Hilton), 56, Jalan Low Yat, Batu Feringghi, 11100 Penang

Harga Tiket: RM 27 untuk dewasa, RM15 untuk kanak-kanak

Telefon: 016-550 5949

Facebook: Teddy Ville Museum

Foto Kredit: Facebook TeddyVille Museum

6. Tropical Spice Garden

Keluar sebentar dari keramaian bandaraya Georgetown dan singgahlah ke Tropical Spice Garden Teluk Bahang. Juara anugerah taman terbaik Asia Tenggara ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Alami keindahan semulajadi dan kenali dengan lebih dekat rempah serta herba yang menjadi kegunaan dalam masakan sejak turun temurun.

Taman ini memuatkan lebih daripada 500 tumbuhan herba dan landskap untuk dilihat. selain itu, taman ini juga mengadakan kelas masakan sebagai inspirasi bagi penggunaan herba yang ditanam di sini. Jangan lupa juga untuk kunjungi kedai cenderahati untuk membawa pulang rempah eksotik, alatan mandian dan spa serta macam-macam lagi. Mereka juga menganjurkan night walk, kelas masakan, dan tempat penginapan bagi yang berminat.

Alamat: Lone Crag Villa, Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, 11100 Penang

Masa Operasi: Setiap Hari: 09:00am – 06:00pm

Telefon: 04 881 1797 / 012 430 7795

Facebook: Tropical Spice Garden

Foto Kredit: tropicalspicegarden.com

7. Penang Escape Theme Park

Kalau anda kurang gemar melawati muzium, ada banyak lagi pilihan tempat menarik di Pulau Pinang yang menjanjikan kepelbagaian. Dibuka sejak 2012, taman tema berkonsepkan outdoor ini menjadi kegilaan penggemar aktiviti lasak.

Sebenarnya, taman tema ini sesuai untuk kanak-kanak serta dewasa dengan pelbagai permainan menarik seperti gelongsor tiub, terjun jatuh bebas dari ketinggian 20 meter, flying fox dan sebagainya. Sambil menikmati keindahan alam, dapatlah anda menguji ketahanan mental dan fizikal!

Alamat: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang

Waktu Operasi: Selasa – Ahad: 09:00am – 06:00pm

Telefon: 04 8811 106

Facebook: Escape.my

Foto Kredit: Facebook Escape.my

8. Entopia by Penang Butterfly Farm

Setelah mendapat nafas baru pada 2016, taman ini makin ramai pengunjungnya. Dilihat dari jauh saja, rekabentuk bangunan ini menyerlahkan identiti mereka. Malah ia kini dipadatkan dengan pelbagai lagi aktiviti yang menjamin keselesaan kunjungan seisi keluarga.

Pengunjung dapat mempelajari dan melihat sendiri proses tumbesaran serangga dan reptilia secara dekat. Anda pasti jatuh cinta dengan landskapnya yang indah dengan rama-rama yang berterbangan bebas.

Bayaran Masuk: Dewasa RM65, Kanak-kanak RM45

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am-7.00pm)

Lokasi: No 830, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang

Facebook: Entopia by Penang Butterfly Farm

tempat menarik di pulau pinang

Foto Kredit: Facebook Entopia by Penang Butterfly Farm

9. Bukit Bendera

Salah satu tempat menarik di Pulau Pinang yang paling popular adalah Bukit Bendera atau Penang Hill. Percutian ke Pulau Pinang tidak sah jika tidak ke sini.

Sungguhpun Bukit Bendera adalah tempat tarikan yang telah wujud sejak sekian lama, kini pelbagai penambahan telah dibuat bagi membolehkan lebih banyak aktiviti dapat dilakukan di puncak Bukit Bendera. Naik kereta api ke puncak adalah pengalaman yang cukup menarik. Boleh juga mendaki ke atas melalui Taman Botanikal bagi yang minat aktiviti lasak.

Selain menikmati keindahan Pulau Pinang dari ketinggian 830 meter, Bukit Bendera juga mempunyai banyak spot menarik seperti:

  • Muzium Burung Hantu
  • Dataran Love Locks
  • The Habitat
  • Earthquake & Typhoon Pavilion
  • Little Village
  • Viewing Deck

Alamat: Jalan Stesen Bukit Bendera, Air Itam, 11500 Pulau Pinang, Malaysia

Masa Operasi: Setiap Hari: 06:30am – 11:00pm (Masuk Sebelum 10:30pm)

Laman Web: penanghill.gov.my

Foto Kredit: penanghill.gov.my

Banyak Lagi Tempat Menarik Di Pulau Pinang!

Kalau nak diikutkan, ada banyak tempat menarik di Pulau Pinang. Kalau nak disenaraikan semua, memang tak muat. Tapi, ini beberapa lagi tempat yang diharapkan dapat membantu percutian anda.

Puluhan Muzium Unik – Sebagai Kota Warisan yang diiktiraf UNESCO, Pulau Pinang dipenuhi dengan puluhan muzium yang dikelolakan oleh badan kerajaan, NGO, dan milik persendirian. Ada banyak lagi muzium yang tak sempat kami ulas. Tapi, kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik saja pada nama muzium di bawah:

Penang Street Art & Steel Rod Art Seni jalanan di lorong-lorong jalan Georgetown bagaikan khazanah yang tersembunyi di serata kawasan. Hasil karya mereka menggambarkan kelincahan kanak-kanak serta gaya hidup rakyat Pulau Pinang yang menjadi tradisi hingga kini. Selain lukisan, Georgetown juga menawarkan seni batang besi “steel rod art’ yang menceritakan tentang sejarah Pulau Pinang. Dapatkan senarai lokasi street art selengkapnya dalam brochure INI dan pergilah selfie puas-puas!

Pasar Chowrasta – Tak sah kalau tak singgah ke Pasar Chowrasta jika melancong ke Pulau Pinang. Tempat ini adalah tempat utama untuk membeli-belah ole-ole dari Pulau Pinang terutamanya Jeruk Madu Pak Ali dan buah tangan lain seperti minyak angin, pes makanan, keropok dan cenderahati lain seperti t-shirt, poskad dan sebagainya. Selain itu, Pasar Chowrasta juga wajib dikunjungi oleh ulat buku. Di tingkat atas, terdapat kedai buku terpakai yang menjual pelbagai buku dari buku fiksyen sehingga ke buku ilmiah. Bukunya juga masih dalam keadaan baik dan dijual dengan harga berpatutan.

Syurga Makanan – Terdapat pelbagai tempat menarik di Pulau Pinang yang terkenal dengan makanan yang perlu dicuba dan hanya terdapat di sini seperti Mee Sotong Hameed, Briyani Kapitan, dan Cendol Teochew.

Tak salah lagi, Pulau Pinang adalah ideal untuk kunjungan anda yang seterusnya. Jadi, jom bercuti ke Pulau Pinang!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×