Kuala Lumpur

9 Tempat Makan Mesra Kanak-kanak Di KL & Selangor. Siap Dengan ‘Play Area’!

1K
SHARES

“Mana nak ajak budak-budak ni pergi makan ya? Nanti kalau diorang dah bosan, mulalah nak meragam. Tak pasal-pasal kita yang tak sempat makan. Kan best kalau ada banyak tempat makan yang siapkan playground atau play area. Dapatlah ibu bapa makan dengan tenang sikit…”

Bila ada anak kecil, kita bukan boleh pergi makan di luar sesenang masa zaman kita bujang dulu. Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Mungkin ada yang perlu ruang agak privasi sebab ibu masih menyusu badan, dan ada juga anak kecil yang cukup cerewet dalam bab-bab makan. Dan kalau ada tempat bermain atau play area, dah tentulah ianya satu bonus!

Dalam post kali ini, jom kita tengok beberapa tempat makan menarik dan unik di sekitar KL & Selangor yang mesra kanak-kanak. Pasti ibu bapa boleh menjamu selera dengan lebih tenang!

9 Tempat Makan Best Di KL & Selangor Yang Sesuai Untuk Anak-anak

1. Blokke Cafe

Blokke Cafe tentunya sebuah berita baik untuk peminat-peminat Lego – tak kiralah yang cilik ataupun yang dewasa. Di sini disediakan menu makanan yang pelbagai. Daripada nasi lemak, lasagna, sandwich croissant, shepherds’ pie – sehinggalah ke pemanis mulut yang sangat memukau seperti kek, brownies, tarts, crepe. Di samping itu, ada banyak pilihan kopi, teh, milkshake, soda, jus dan minuman istimewa yang dihasilkan sendiri. Sambil mengintai-intai hasil binaan Lego yang menarik dan koleksi Lego collector’s items, bolehlah anda  menjamu selera sambil bermesra dengan anak-anak.

Terdapat beberapa bahagian seperti Builders’ Zone, Car Race Zone, Soft Brick Zone, dan Duplo Play Zone. Mereka juga menganjurkan workshop yang menarik untuk anak-anak pada waktu cuti sekolah.

Alamat: F41, First Floor Citta Mall, Jalan PJU 1A/48A, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat – 11pagi hingga 9malam. Sabtu & Ahad – 10pagi hingga 9malam.

Facebook: Blokke Cafe

Foto Kredit: Blokke Cafe

Foto Kredit: Blokke Cafe

2. Big Daddy Little Chefs, Happikiddo

Terletak di dalam Quill City Mall, lokasi premis yang terletak di dalam butik tersebut juga memudahkan ibu bapa membeli-belah barang kelengkapan bayi dan kanak-kanak.

Berkeluasan kira-kira 500 meter persegi, fokus utama kafe ini tentulah taman permainan mini yang terletak di ruang makan utama. Ia dilengkapi dengan pelbagai jenis permainan yang dapat merangsang kreativiti kanak-kanak dan menariknya, ada ruang khas yang berlantaikan cip kayu bagi memberi suasana bermain seperti di luar.

Kafe Big Daddy Little Chefs menyediakan pelbagai menu menarik di sini antaranya adalah jejari ikan kod goreng, nasi ayam Hainan, chicken chop, pasta carbonara, spageti bolognese, fish and chips, burger ayam, soto dan laksa Johor.

Mampu memuatkan sehingga 40 orang pelanggan pada satu-satu masa, kafe ini turut menyediakan pakej berpatutan untuk sambutan hari lahir dan parti baby shower.

Alamat: Lot No. 2.26 – 2.31, 2nd Floor, Quill City Mall, 1018 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Isnin hingga Junaat – 12tengahari hingga 9malam. Sabtu – 10pagi hingga 10 malam. Ahad 10pagi hingga 1 pagi.

Facebook: https://www.facebook.com/pg/Happikiddo/

Foto Kredit: Happikiddo

Foto Kredit: Happikiddo

3. Noriter Cafe@ 1Mont Kiara

Kafe istimewa ini direka khas untuk pasangan yang ingin membawa anak-anak kecil yang berumur bawah 4 tahun. Selain itu, tiada masalah jika anda ingin membawa bayi kerana terdapat tempat menyalin lampin yang cukup dengan semua keperluan. Breastfeeding room juga ada ya!

Selain menyediakan pelbagai hidangan yang unik dan menarik bagi kanak-kanak, terdapat juga pilihan dessert yang sedap-sedap serta snek yang berkhasiat.

Sekiranya anda membelanjakan RM20 dalam satu resit, anak-anak boleh bermain di dalam play area secara percuma!

Alamat: 2-21C. 2nd Floor, 1Mont Kiara, 1 Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480

Waktu Operasi: 10am – 9pm setiap hari

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Noriter-1Mont-Kiara-KL

tempat makan best di kl

Foto Kredit: easyliving.my

4. Lillipilli, The Parenthood Playland

Ini adalah sebuah kafe berkonsepkan famili yang terletak di dalam sebuah taman permainan bertemakan London Street, iaitu The Parenthood Playland. Antara menu istimewa yang dihidangkan di sini adalah nasi lemak rendang ayam. Selain itu, kafe ini juga menyediakan pelbagai menu sihat untuk seisi keluarga.

Menariknya, jika anak-anak dah terlalu ‘excited’ habiskan makanan cepat-cepat untuk bermain, anda bolehlah memantau mereka melalui CCTV yang disediakan di hadapan kafe ini. Jadi, ibu bapa masih dapat meneruskan hidangan selepas menemani anak untuk ke playground. Bagi ibu menyusu pula, di sini ada nursing room yang cukup selesa beserta dengan tempat menyalin lampin.

Bukan itu saja, di dalam ini turut terdapat perkhidmatan manicure, pedicure, salon rambut, rawatan facial, dan sebagainya di Beauty Secret Studio yang terletak di dalamnya.

Alamat: Cafe 2, The Parenthood, Third Floor, Sunway Putra Mall, No. 100, Jalan Putra, Chow Kit, 50350, Kuala Lumpur,

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari

Facebook: www.facebook.com/theparenthood

Foto Kredit: 11street.my

Foto Kredit: 11street.my

5. Rimba & Rusa

Bagi yang kenal dengan kafe Wondermilk, Rimba & Rusa adalah ‘adik-beradik’ kepada restoran kafe tersebut. Dengan konsep interior yang diintegrasikan dengan kehijauan, kafe ini amat selesa, luas, dan sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga.

Dari segi menu di sini, ia menggabungkan pelbagai pilihan makanan Barat dan juga tempatan. Dessert pun banyak! Di bahagian atas premis inilah terletaknya play area atau tempat bermain untuk anak-anak kecil.

Alamat: D-GF-01 Sunway Nexis, 47810 Petaling Jaya, KL

Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad – 8pagi hingga 11 malam. Jumaat – 4petang hingga 11 malam

Facebook: https://www.facebook.com/rimbarusa/

Foto Kredit: Rimba & Rusa

Foto Kredit: Rimba & Rusa

6. Goodness Greens Cafe

Kalau tadi ada adik-beradik Wondermilk, yang ini pula adik-beradik La Juiceria. Tempat makan ini terkenal dengan makanan sihat dan asli – tanpa menggunakan sebutir pun MSG! Begitu juga dengan jus mereka yang lazat dan berkhasiat. Jadi, kalau ada yang cerewet memilih makanan untuk anak-anak, tak perlu rasa was-was lagi dan boleh makan di sini dengan aman.

Play area di sini juga semestinya cantik, selesa, dan super fun! Yang menariknya, tandas serta sinki di sini juga dilengkapi dengan saiz anak-anak supaya mudah digunakan oleh si kecil.

Alamat: 32, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat – 9pagi hingga 10malam, Sabtu & Ahad – 8pagi hingga 10 malam

Facebook: Goodness Greens Cafe

Foto Kredit: Goodness Greens Cafe

Foto Kredit: Goodness Greens Cafe

6. Dear Azalea

Dinamakan sempena anak kecil kepada salah seorang founder kafe ini, Azalea, kafe berkonsepkan famili ini dihiasi dengan dekorasi berwarna-warni dan mural yang pastinya akan menarik minat anak-anak. Bermula dengan perniagaan menyediakan perhiasan untuk parti, Dear Azalea juga turut menyediakan perkhidmatan menyediakan sudut manisan (candy buffet) dan event planning. Maka, tidak hairanlah terdapat sudut-sudut khas yang dihias cantik dengan beraneka barangan comel seperti T-shirt, party gift, lollipop, kek cawan, gula-gula kapas dan sebagainya.

Antara yang popular di kafe ini adalah mac & cheese, ayam panggang, nasi lemak, kepingan roti baguette, dan spaghetti bebola daging. Di samping itu, terdapat pelbagai menu pencuci mulut dan minuman yang disediakan untuk dipilih oleh ibu bapa dan juga si kecil.

Alamat: G-10 Riana Green Plaza, Jalan Tropicana Utara, Persiaran Tropicana, Petaling Jaya

Waktu Operasi: Isnin-Khamis & Sabtu: 12 tengahari hingga 10 malam, Jumaat: 3petang hingga 10 malam.

Facebook: https://www.facebook.com/DearAzalea

Foto Kredit: Dear Azalea

Foto Kredit: Dear Azalea

7. Gula Cakery

Gula Cakery bermula sebagai sebuah kedai kek di laman Instagram. Terkenal dengan pelbagai pilihan kek yang membuat anda rambang mata, kini menu mereka dipelbagaikan lagi dengan 150 citarasa hidangan termasuk main course yang lazat.

Keunikan kafe ini adalah ia mempunyai kelas memasak untuk anak berusia 3 tahun ke atas. Kelas memasak ini terletak di di tingkat bawah. Di bahagian atas pula, terdapat kafe serta tempat bermain bagi si kecil. Dihiasi dengan warna-warna pastel yang menyejukkan mata dan menceriakan suasana. Jadi, sambil-sambil ibu dan ayah menunggu anak belajar memasak, bolehlah lepak-lepak di kafe ini. Kemudahan surau pun ada.

Alamat: 11 Jalan Anggerik Aranda BG 31/ BG, Kota Kemuning, 40460 Selangor

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali Isnin.

Facebook: Gula Cakery

Foto Kredit: Gula Cakery

Foto Kredit: Gula Cakery

8. Owlery Cafe Dine & Grind

Kafe comel berkonsepkan burung hantu yang terletak di Ampang ini menghidangkan begitu banyak pilihan makanan daripada makanan Barat, Italian, dan juga beberapa hidangan tempatan. Antara yang unik adalah Crispy Crab Burger, Crispy Crab Egg Noodle, Owl Pillow, Owlayaki With Read Bean, dan Owlery Sambal Fried Rice.

Selain ambience yang selesa, dekorasi yang unik, dan makanan yang lazat, ibu bapa tentu akan berasa lega kerana terdapat play area yang agak luas untuk anak-anak bermain. Play area juga cukup bersih, selamat, dan teratur.

Alamat:G-6 Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang Avenue, 68000 Ampang, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 12 tengahari hingga 12 malam. Buka setiap hari kecuali Isnin.

Facebook: Owlery Cafe Dine & Grind

Foto Kredit: Owlery Cafe Dine & Grind

Foto Kredit: Owlery Cafe Dine & Grind

9. Benbino, Publika

Benbino mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada mereka yang selalu berkunjung ke Publika. Jika sebelum ini restoran Marmalade sering menjadi perhatian ibu bapa untuk membawa anak-anak makan dan bersantai, kini kemunculan Benbino merancakkan lagi persaingan sihat di kawasan tersebut.

Nampak gah dengan kelengkapan permainan berwarna kuning, dekorasinya yang moden dan simple telah mendapat perhatian ramai ibu bapa. Hidangan yang disediakan di sini juga sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Mereka menghidangkan makanan sihat, tanpa MSG, segar, dan semestinya berkualiti.

Alamat: Lot 49-B, Level G3, Publika Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali Isnin tutup

Facebook: Benbino (The BIG Group)

tempat makan best di kl

Foto Kredit: Benbino

Sambil Makan, Sambil Bersantai Dengan Keluarga

Tak perlu pening kepala lagi nak bawa anak-anak keluar makan. Dah ada banyak pilihan untuk memastikan mereka tidak bosan. Dalam masa yang sama, ibu ayah juga dapat berehat dan menikmati makanan yang lazat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×