Rumah

7 Petua Halau Lalat Yang Berkesan, Tanpa Racun Serangga

900
SHARES
petua halau lalat

“Ish, rimasu sungguh dengan lalat-lalat yang berkeliaran. Asal bau makanan, mulalah dia datang. Nak spray pun susah juga sebab nanti masuk dalam makanan aku pulak. Hmmm… Tak boleh jadi. Mesti ada petua halau lalat secara semulajadi. Nak kena bertindak sebelum dia mula beranak-pinak.”

Masalah lalat ini memang merimaskan. Walaupun kita dah jaga kebersihan, tapi masih ada juga lalat yang dapat masuk rumah. Kadang-kadang tak perasan, dalam tudung saji pun lalat boleh masuk. Geramnya!

Habis, takkan asyik nak sembur racun serangga dalam rumah sepanjang hari? Silap-silap, lalat tak mati, kita pula yang sesak nafas.

Ini petua halau lalat untuk anda cuba di rumah.

petua halau lalat

Foto Kredit: riksteaternhalland.se

7 Petua Halau Lalat Yang Berkesan, Tanpa Racun Serangga

Hanya menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati. Cepat, murah, tapi efektif!

1. Limau Purut Dan Cengkih

Limau purut dan cengkih, kedua-duanya mengeluarkan aroma yang wangi untuk kita. Tetapi tidak untuk lalat.

Sebab itulah anda boleh membuat penghalau lalat yang berkesan dengan menggunakan gabungan kedua-dua bahan ini.

Caranya mudah, potongkan limau purut, lemon, atau limau nipis kepada 2 bahagian. Kemudian, cucukkan cengkih seperti dalam gambar di bawah ini. Biarkan limau ini di atas meja makan atau di mana-mana yang banyak lalat.

Ia dikatakan turut berkesan untuk menghalau nyamuk tau!

petua halau lalat

Foto Kredit: kelliskitchen.org

2. Serai Wangi

Satu lagi tumbuhan yang mengeluarkan bau tidak menyenangkan untuk bagi lalat dan serangga adalah serai.

Seeloknya, tanam pokok serai wangi di sekitar rumah. Kalau tak dapat, gunakan serai wangi ini untuk membuat semburan organik.

Caranya juga amat senang. Ambil segenggam serai wangi dan bersihkan sebelum dikisar kering. Kemudian, campurkan pes ini ke dalam secawan air biarkan semalaman. Esoknya, tapiskan hampas dan masukkan ke dalam botol spray. Siap!

Semburkan pada tingkap dan pintu rumah supaya lalat tidak mendekatinya.

Anda juga boleh membeli essential oil yang sedia dijual dengan aroma serai (lemongrass).

petua halau lalat

Foto Kredit: goodfood.uktv.co.uk

3. Gantungkan Air Dalam Bekas Plastik

Jika anda berniaga atau mempunyai restoran, anda boleh menggunakan petua halau lalat yang ini.

Caranya mudah, isikan air ke dalam sebuah plastik jernih dan gantungkan pada tempat yang banyak lalat. Kalau nak elakkan daripada memasuki rumah, gantungkan pada pintu dan tingkap.

Menurut Home Remedies For Life, tindakan ini akan mempengaruhi deria penglihatan lalat. Lalat juga dipercayai akan menjauhinya kerana ilusi optik seakan-akan sarang labah-labah.

Ada juga yang memasukkan beberapa keping syiling untuk menambahkan ‘silau’ kepada lalat ini.

Foto Kredit: enkivillage.com

Foto Kredit: enkivillage.com

4. Timun

Timun adalah sejenis lagi bahan yang dibenci oleh lalat.

Untuk mengelakkan lalat daripada bertelur pada tong sampah anda, letakkan hirisan timun di sekitar tong sampah atau di atasnya.

Anda juga boleh meletakkan timun ini di atas meja atau di sekitar pintu dan tingkap rumah.

petua halau lalat

Foto Kredit: freefoodphotos.com

5. Kayu Manis

Aroma kayu manis juga boleh digunakan untuk menghalau lalat yang berkeliaran dalam rumah anda.

Caranya, tumbukkan kayu manis dan jadikan ia sebagai pewangi dalam rumah.

Untuk menambahkan kesan, anda juga boleh menambahkan bawang putih dan serbuk cili ke dalam kayu manis yang ditumbuk tadi. Masukkan ke dalam kain perca dan gantungkan.

Foto Kredit: foodesto.com

Foto Kredit: foodesto.com

6. Daun Kari

Ambil secekak daun kari dan rendamkan ke dalam air bersih.

Aroma yang dihasilkan ini juga akan menyebabkan lalat tidak suka mendekati rumah anda.

Foto Kredit: topcount.co

Foto Kredit: topcount.co

7. Lilin aromaterapi

Petua halau lalat yang seterusnya adalah dengan menggunakan lilin.

Apabila menyalakan lilin, habanya akan menyebabkan lalat tidak menyukainya.

Kalau anda menggunakan lilin beraroma itu lebih baik, kerana lalat amat bencikan aroma herba seperti lavender, lemon, atau pudina.

Foto Kredit: intdecor.net

Foto Kredit: intdecor.net

Bebas Bahan Kimia, Selamat!

Amat sesuai menggunakan petua halau lalat ini di setiap kediaman kerana ia terdiri daripada bahan semulajadi.

Ia juga tidak memberi kesan sampingan dan tidak membahayakan anak kecil.

Cubalah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×