Percutian

Itinerari Penuh 4H3M Ke Pulau Pom Pom, Semporna. View Memang Lawa!

10
SHARES

Pulau-pulau yang ada di Negeri Di Bawah Bayu memang memukau dan sangat menakjubkan. Mana taknya, air yang jernih, persekitaran bersih dan kaya dengan flora dan fauna. Lebih menyeronokan kalau ke Pulau Semporna.

Semporna adalah salah satu destinasi tercantik di dunia dan memang berbaloi jika memilih Semporna sebagai destinasi percutian anda. Nak tahu info lanjut? Jom kita baca perkongsian pengguna Facebook bernama Nur Amalina Athman yang baru sahaja pulang dari Semporna. Wah!

Baca juga: Itinerari Percutian 3H2M Ke Pulau Perhentian Bersama Anak, Siap Ada Private Pool!

ITINERARI PENUH 4H3M KE PULAU POM POM, SEMPORNA

Trip Semporna 4-8 Januari 2022.

Mussah Poteh Resort (MPR)

– Pulau Pom Pom berhadapan Bohey Dulang. Ambil masa lebih kurang 45 minit dari Jeti Pelancongan Semporna (depends on boat juga).

– Sebab ada promo, kami ambik Deluxe Seaview. Twin king size bedroom. Dekat bilik also ada aircond, kipas, hair dryer, bathtub, safety box. Iron tiada ya.

– Promo include lunch, tea time, dinner, breakfast and dapat lunch sekali lagi if check out 1.30pm. Kebetulan hari kitorang check in, tak ada guest lain jadinya feeling-feeling macam super vvip dekat private island (and Gavin, their diving instructor said you’re our super VVIP guest).

– Antara aktiviti yang boleh buat kat sini is mandi pool, snorkeling, berenang, main transparent kayak, naik tower kat sebelah hujung boleh tengok view dari atas. Also, boleh juga join island hopping ke lain-lain pulau from 8.30-11am – Pulau mana dan hari apa dorang ada bagi jadual (hari yang kami stay kat sana ada trip ke Bohey Dulang tapi we decide tak pergi sebab nak spend time dekat resort).

–  Sebelah petang, boleh tengok anak penyu dilepaskan. Comel. Dekat sini ada Turtle Hatchery and Conservation Centre. Sebelah malam, don’t worry ada PGA akan datang dan pantau. Polis marine pun ada juga. Kalau nak ke jeti atau nak duduk tepi pantai also can. (jarak antara bilik dengan PGA jaga tu rasanya less than 500meter, and polis marin pula betul-betul dekat tepi jeti je so don’t worry ya )

Sea Star Resort Semporna Sdn Bhd 

– Lebih kurang 7 minit dari Jeti Pelancongan Semporna

– Bilik semua cantik dan masih baru. Cuma, walaupun semua bilik adalah seaview, lagi better kalau dapat yang sebelah kiri since seaview sebelah kanan adalah terhad.

– Makanan dihidangkan secara buffet, banyak pilihan dan sedap.

– Dekat sini boleh turun ke laut nak snorkeling, main transparent kayak, flamingo dan lain-lain.

– Layanan from big boss Eric pun okay. Layanan from their staff also okay. Siap boleh dapat new knowledge.

Green World Hotel 

– Dekat pekan Semporna, berhadapan MCD, Ikan Bakar dan bersebelahan Terowong Street.
– Since kitorang just stay sini untuk bermalam, okay laa. Bilik pun okay sebab newly built. Bersih dan selesa.

Remarks: 

– Kami arrange sendiri trip kali ni and the best part when you arrange sendiri, you boleh tetapkan your budget. Stay dekat tempat sekian-sekian dengan budget yang you ada dan ikut yang you suka. Juga boleh buat schedule sendiri supaya tak terlalu pack.

– Tapi kalau datang first time dah tentu tak boleh nak imagine lagi kan setiap pulau tu macam mana. Dan mungkin cuma nak stay satu tempat, then join island hopping, seeloknya ambik package pun should be okay (lebih mudah tak perlu pening kepala dan just enjoy je your trip yang dah pun disusun oleh agent).

–  Since MPR baru buka semula December last year, kami ada survey a few resort and water chalet around Mabul, Mataking, Kapalai, Pulau Bum Bum and etc. This one match our budget (tak terlalu murah dan tak terlalu mahal, but very worth it) and rezeki jugaklaa tak terbook tempat lain dulu.

– Kat MPR, line Celcom okay, Maxis boleh dapat line dekat kawasan jeti, Digi no service.

– Actually ada satu hari yang kami ambik package day trip tapi both of us decide to cancel je since dah boleh snorkeling area Pom Pom Island.

– Don’t expect akan dapat view sama. Mungkin hari ini saya pergi dapat view lain, awak punya version lain. Tapi, apa saja view yang kita dapat, itulah rezeki kita. Walaupun hujan, view laut masih juga sangat cantik. So, don’t worry okay.

Our budget per pax:

  •  Ticket AirAsia AOR-KUL-AOR = RM159.58 (include 15kg baggage return)
  • Ticket Malaysia Airlines KUL-TWU-KUL = RM358.96 (economy basic)
  • Sea Star Resort = RM390 (2D1N)
  • Mussah Poteh Resort = RM450 (2D1N)
  • Airport transfer Tawau-Semporna = RM80 (return)
  • Green World Hotel = RM70 (2D1N)
  • Travel Insurance **optional = RM21.68 (5 days)

Total = RM1,530.22 for 4D3N exclude lain-lain belanja.

Thank you my friend, Yas and family bawak kitorang jalan-jalan malam last kat Semporna. Also, thank you juga untuk driver yang bawa kitorang dari Semporna balik ke airport Tawau. Alhamdulillah, dipertemukan dengan orang Semporna yang baik-baik. Surely, will repeat again.

Sumber: Facebook Nur Amalina Athman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×